bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kelemahan sebagai seorang hamba yang acap kali lalai dan leka penulis mulakan penulisan kali ini.
sudah lama tidak menulis di sini..terasa rindu pula. Terutamanya tatkala keluarga di Malaysia sudah mula bercuti. Adik-adik di SMAKL diharapkan dapat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya dengan berbagai-bagai KMK yang diuar-uarkan oleh Haluan , sahabat-sahabat dan sebagainya. Juga adik-adik gen3 yang sekarang sedang berjuang menempuh SPM, sekarang merupakan kemuncak zaman menengah antum, gagal di sini ertinya 'no turning back'... gambatte Kudasai~
kesibukan sehari-harian benar-benar menjerut keupayaan penulis hingga kadang-kadang terasa fuutr dan lalai kerap kali menyapa. Sungguh belajar perubatan bukan seindah bicara, belajar dimesir tidak semanis berita. Apabila hati yang gersang tidak disirami peringatan tarbiyah, jahiliyyah yang penuh dengan penyusunan mula menebarkan jejarumnya yang sungguh tajam dan berbisa.
manusia dan lupa takkan pernah dapat dipisahkan. Sekuat manapun ingatan seseorang pasti akan ada juga perkara-perkara yang dilupainya.Contohnya ..dalam sehari berapa banyak kita mengingati dan berzikir kepada Allah . Adakah dalam solat sahaja? ataupun sesudah solat sahaja? cuba bayangkan kalau kita dilalaikan ketika solat... maka bilakah lagi kita mengingati Allah
khusyuk amat sukar untuk dicari dan dijaga. Jika kita sudah menjumpainya..genggamlah ia sekuat yang mungkin.ketika di SMAKL dulu, pernah dalam satu perhimpunan mingguan, Pengetua Ustaz Rohmat ada menyampaikan tazkirah tentang solat. "bagaimana untuk khusyuk dalam solat? jawapnnya....
'berwuduklah zahir dan batin' ..." Bagaimana itu ya?
penulis juga ketika itu dihujani banyak persoalan....keliru sedikit tentang ungkapan itu.... ditambah pula dengan adik-adik yang turut inginkan penjelasan . Berwudhuk zahir ertinya sempurnakanlah wudhuk di anggota badan . Alirkanlah air wudhuk dengan penuh kesungguhan untuk beribadah dan mohonlah perlindungan daripada Syaitan yang direjam.
berwudhuk batin?.. cucilah hatimu daripada segala bentuk gangguan.Kosongkan jiwamu daripada dunia yang sementara ini. Carilah Allah di dalam solatmu. Carilah dia di dalam sujudmu. Sebak rasanya tatkala mendengar bicara Rasulullah "Barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya maka Allah akan memberikan kekayaan kepadanya , mengumpulkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan merendah diri. Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya , maka Allah akan menjadikan kemiskinan padanya , mencerai-beraikan urusannya dan dunia takkan pernah datang padanya"
berwudhuk batin juga boleh dilakukan di luar pada waktu solat mahupun selain daripada wudhuk batin ? bagaimana?..... mintalah peringatan daripada teman-temanmu. Sahabat-sahabatmu yang menjadi cermin dirimu. Janganlah pernah puas dengan keadaan hatimu kerana jahiliyyah tidak pernah berhenti bekerja, maka haruskah kita ternokhtah di sini?
musim ujian semakin hampir... di Malaysia pelajar SPM 09 sedang bergelut di medan itu penulis pula sekarang menantikan ujian Anatomy...antara subjek yang banyak perkara perlu diingat.. tatkala mengulang kaji bersama-sama teman serumah, barulah penulis sedar masih banyak lagi benda yang tidak ingat, masih banyak ilmu yang belum dihadam di ingatan. tatkala melihat teman-teman lain yang lancar sahaja segala jenis muscle dan insertion, nerve supply, artery dan segala jenis articulation di mulut mereka, ketika itu juga syaitan memulakan jarum 'hasad dengki' di hati penulis....nauzubillah
zikkirni..... agar tidak terus syirik dengan ilmu yang diterima.
Zikkirni...agar kita tidak leka dengan dunia yang fana
zikkirni...agar kita tidak tertipu dengan nafsu durjana...
zikkirni....agar kita terus tersenyum di dunia, aman di syurga insyaAllah
wallahua'lam
4 comments:
Alaa bizikrillahi totmainnul quluub...
kepada aisyah ulya
insyaAllah
banyakkanlah berzikir dan mengingati Allah
salam..lama dah tak tinggalakan sisipan dalam blog sahabat yang sama-sama tercampak jauh ni..hehe..
kif imanak? iA sama-sama kita doakan yang terbaik, agar tarbiyah Dzatiyah kita tidak luntur..
Doakan ana.. your sincerely friend..
min Urdun
kepada lurv4Allah
wassalam
memang sudah lama tak dengar berita
selalu juga ke blog nti..cuma tak tinggalkan apa-apa...
hanya doa meniti di hati agar kita yang jauh ini dekta dengan Allah
insyaAllah...selamat berjuang
Post a Comment