kerana kunci kerana coklat

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kebergantungan dan sifat lupa dan hina manusia, penulis mulakan catatan kali ini




alhamdulillah, pagi ini Allah berikan sedikit kekuatan untuk mencoret sesuatu di sini. Insiden lucu ini berlaku dua malam yang lalu cumanya baru sekarang dapat di'entry'kan. Apapaun diharapkan agar semuanya dapat mengambil iktibar daripada kisah ini

malam itu, buku Biochemistry didepan mata ditatap sungguh-sungguh. Cuba untuk memahami 'sugar derivatives' yang agak mengelirukan itu. Kuliah prof Khalil terbayang-bayang didepan mata. Mulut terkumat-kamit mengumam butir-butiran ilmu Allah itu sambil pena ligat menari mencatat nota persendirian.Tiba-tiba penulis teringatkan coklat yang dibeli tempohari di kedai berhampiran dengan rumah penulis. Lantas perut dan salivary gland meronta-ronta inginkan coklat tersebut

"sapa nak ikut ana pergi kedai melayu. Ana nak beli coklat." Teman serumah yang sedang menumpukan perhatian pada buku masing-masing ternyata tidak begitu berminat. Lebih berselera menghadam ilmu-ilmu perubatan yang masih banyak belum terhafal. Penulis tidak berputus asa. Ilyas di dalam biliknya diajak dan... "jom saeed. Nak pergi jugak"...dalam hati....Alhamdulilah ada juga orang nak teman... setibanya di pintu, "kejap....tinggal dua benda lagi ni. Nak ikut jugak" kata farhaan selaku ketua rumah... "ok..." kami menjawab serentak...

"eh, nak pergi jugak ke....ikut sekalilah." "la...hang pun pergi ke...nak pergilah jugak "..... akhirnya semua yang ada di ruang tamu itu, semua turun untuk ke kedai. "sapa yang tak pergi?" penulis bertanya kepada teman-teman serumah ketika pintu rumah masih terbuka. "Bazil dengan Khai rasanya. Khai tengah tidur." .... lorong malam yang dingin diredah.......bajuk sejuk yang tebal tersarung di badan dapat mengurangkan kesejukan. "Kejap...ada orang bawa kunci tak?...." masing-masing terdiam.... "Khai ada kat rumah kan? " "eh...rasanya dia pun nak pergi jugak ....." bicara itu lantas membuatkan penulis memecut kembali kerumah. "kunci......" hampa rasanya melihat khai dan bazil sudah siap berkasut dan bermafla dan ber'sweater' ingin menyertai kami....

akhirnya...berjalanlah kami lapan orang serumah menuju ke kedai melayu itu tanpa tahu bagaimana untuk masuk kerumah ketika pulang nanti.....penghuni kedai melayu yang fasih berbahasa melayu biarpun berbangsa 'penghuni bumi Nil" menyambut kami berlapan dengan ramah.... coklat yang ingin dibeli dicapai dua paket lantas terus dijelaskan pembayarannya di kaunter...mood penulis untuk menikmatinya dengan penuh kekhusyukan hilang e, mengenangkan bagaimana untuk masuk ke rumah nanti.....

firman Allah dalam surah At-thalaq... "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan sediakan jalan kepadanya"...biarpun agak lama berusaha dan menunggu, akhirnya Allah izinkan juga untuk masuk biarpun setelah Bazil dan Ilyas sampai luka-luka tangan cuba untuk memanjat tingkap daripada belakang dan juga Farhaan yang hapir jatuh ketika cuba neasuk melalui tingkap tepi.... itu semua ketentuan dan perancangan yang Allah telah susun.

apapun, penulis tetap rasa bersalah kerana penulis yang telah menimbulkan keinginan semua untuk ke kedai dan membeli-belah.... tetapi teman-teman serumah lain yang mendapat kecederaan.... penulis lantas ke dapur dan membancuh tepung untuk dibuat cucur bagi mengurangkan tekanan di malam hari itu. sambil-sambil memnggoreng dan teman-teman yang lain bertukar-tukar cerita tentang insiden tadi.... datang bazil.. "saeed..ini semua pengalaman. Pengalaman adalah guru yang terbaik "....alhamdulillah Allah kurniakan teman-teman serumah yang saling ingat memperingati





pengajaran yang diperolehi penulis dari insiden ini
-jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah
-jangan lupa untuk selalu membawa kunci ketika keluar rumah di mesir ini
-jangan selalu ikutkan nafsu, kelak haru dan biru
-jangan suka menyusahkan orang lain
-jangan lupa ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah
-jangan lupa untuk tekun study kerana ujian itu bila-bila masa sahaja




kerana kunci kerana coklat...Allah uji dengan satu musibah...Allah datangkan sejuta hikmah
moga terus diberi kekuatan kerana kekuatan itu datangnya daripada Allah

2 comments:

sinar_islami said...

sudah biasa kami di sini pintu dikopak gara2 suka tertgl kunci..
dan jodoh dgn pintu sentiasa tidak baik..

apa2 pun sgt menyokong...experience is the best teacher...

saza s said...

kepada sinar islami

tak sangka begitu pula... itulah tand manusia dan lupa memang tidk dapat dipisahkan

berdoalah agar kita tidak dibingungkan

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger