bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.
dengan nama Allah yang mulia dan segenap keperkasaan dan kebijaksanaanNya mentadbir dan menjadikan manusia, penulis mulakan coretan kali ini
syukur dipanjatkan kepada Allah, usia sudah program Qiamullail yang dianjurkan oleh Exco Dakwah dan Tarbiyah AQ batch 1 bertempat di Rumah 5 kediaman siswa AQ di Hayyu Sabi'. Alhamdulillah program yang berjalan sedikit lambat tetapi lancar insyaAllah.
seharian semalam penulis dilanda virus mengantuk di dalam kelas tetapi tidak sampai tersengguk-sengguk, alhamdulillah sedang mencuba teknik yang diusulkan oleh kak Husna Sani ...thanks kak Husna.Namun begitu , mengantuk itu membunuh mood belajar hinggakan penulis dikerumuni angin 'moody' sahaja sepanjang dua kelas awal berlansung...hihi tetapi Allah pulihkan kembali semangat itu, tempoh rehat 5 minit yang diberikan professor digunakan sebaik mungkin untuk meng'top up'kan kembali semangat dan attention..alhamdulillah
sedikit sedih kerana biarpun course lower limb sudah habis.... penulis bakal kehilangan seorang profesor yang sangat disegani dan disenangi oleh semua teman-teman sekuliah.... penulis pasti akan rindukan bicaranya yang selalu mengaitkan kejadian penciptaan manusia dengan kehebatan dan keagungan tuhan... juga bicaranya yang agak kerap diungkapkan
- "you, stand up!" untuk mereka-mereka yang dipakaikan celak dan digincukan mulut oleh syaitan
-"doctor will speak to us about....." untuk mereka-merka yang diminta membacakan kembali topik yang diajar
-"you must revise and study very well" untuk peringatan dan penegasan amanah seorang pelajar perubatan
dan banyak lagi kata-katanya yang sungguh memberikan pengajaran dan kefahaman kepaa penulis. Moga Allah merahmati Prof Hussin Fahmy
semalam, seusai kelas bahasa Arab tamat, penulis bergegas ke rumah 5 bagi mengikuti program qiamullail bersama Hamzah, teman serumah penulis merangkap pengarah program tersebut. Biarpun berjalan agak lewat dan kehadiran tidak penuh...penulis teringat ucapan hamzah ketika kami sama-sama meniti jalan ke sana "Masalah kita buat program antaranya bila orang tak nak datang...susah tu...tapi takkan kita nak menyerah pada keadaan. Yang lebih penting, kita teruskan dan kita berikan komitmen yang terbaik dalam setiap program dan kerja yang kita laksanakan"
mendapat tugasan sebagai jurugambar (tak profesional).... penulis cuba berikan kerjasama... handset Zikri yang sentiasa ada di saat penulis ingin merakamkan momen-momen indah digunakan dan alhamdulillah , banyak sunggu jasa Zikri dan handset tersebut....
"Halawah Al-iman.....bagaimana untuk mendapatkannya?" Bicara Along sewaktu tazkirah yang disampaikannya pada pagi tadi....
-mencintai Allah dan Rasulnya melebihi daripada segala-galanya
-mencintai seseorang hanya kerana Allah
-benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan dia
mencintai Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya.Meletakkan segala kerja buat kita atas nama keimanan dan dengan berlandaskan syariat Islam. Menaruh rasa kecintaan yang sebenarnya iaitu cinta kepada Allah. Hanya cinta itu yang sebenarnya.
mencintai seseorang hanya kerana Allah. Cinta sahabat kepada rafiqnya. Cinta syabab kepada temannya, cinta nisa' kepada sahibahnya.... cinta bukan didustai dengan nafsu yang durjana. Cinta hanya kerana ingin mencari keredhaan Allah. Cinta yang tidak diiringi pengaruh dunia, pengaruh nafsu, pengaruh hati tetapi hanya berlandaskan konsep..'bertemu berpisah kerana Allah..'
benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana kita benci untuk dicampakkan kembali ke dalam neraka setelah allah menyelamatkan kita daripada terjerumus ke dalamnya.Benci untuk kembali kepada maksiat yang dilazimi dahulu, benci untuk mengulangi kesilapan dan dosa yang dilakukan semalam...benci untuk masuk kembali kedalam kegelapan jahiliyyah setelah Allah kurniakan hidayah kepada kita
tadhiyah...makna yang amat besar buat semua manusia baik pelajar baik ibubpa baik anak dan semua orang. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. harga sebuah kejayaan apabila dia mendapatkan kembali apa yang dikorbankannya... harga sebuah jihad apabila dia melihat pengorbanannya membuahkan kejayaan yang insyaAllah Allah redhai.....
cuti sudah bermula..... medan perjuangan yang baru sudah tiba...penulis berharap agar kesempatan waktu yang Allah kurniakan ini terlaksana segala perancangam
-kemas rumah untuk eidul adha,histology,iftor di rumah ust Musab
-korban Perubatan dan rumah ustaz Mus'ab,anatomy
-majlis Perubatan,bakan,ijtima3,biochemistry
-majlis korban AQ,phisiology (blood dan ANS)
-habiskan nota anatomy, biochemistry dan phisiology
-hafal lower limb dan habiskan buku palestin yang tertangguh
-jaulah Giza, zagazig, jaulah ukhuwah fillah
-program 'glow with flow' Azhar dan Ain Shams
-manfaatkan masa cuti untuk habiskan ulangan juzuk 30
-berusaha menjadi azhari,misri,dan juga rijal aqidah yang berjaya
moga Allah berkati hidup kita semua
salam tadhiyah....eid mubarak sa3eed
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment