eid holiday 1


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

sekadar bingkisan catatan eid adha dan episod cuti 10 hari yang Allah kurniakan dam sifat kelemahan dan kekuarangan yang amat kjetara dalam diri, penulis mulakan catatan kali ini

10 Zulhijjah mencatatkan banyak kenangan yang indah dan juga agak pahit. Kenapa begitu kerana penulis tidak begitu sihat di pagi raya pertama ini. Dengan badan yang suam-suam suku, penulis habiskan malam raya dengan tidak sempat menyelesaikan amal jamaie rumah yang ditugaskan buat penulis...,,mungkin faktor tidak cukup tidur ataupun terlalu letih, sakit kepala dan badan tidak enak membuatkan penulis sedikit lesu dan terpaksa tidur agak awal biarpun sempat menghabiskan 'naruto' beberapa episod.



pagi raya tersebut, sakit kepala masih belum hilang, suam di badan bertambah-tambah lagi. Angin Kaherah memang tidak panas ditambah pula renyai hujan menyimbah-nyimbah ke bumi, penulis terpaksa menyambung tidur seusai solat subuh di masjid. Jam 6 pagi, penulis mula bersiap-siap biarpun kesihatan semakin terbatas dan semangat pun mula pudar tetapi keinginan untuk berjemaah bersama masyarakat arab tetap teguh menggagahkan diri penulis. Mohon bantuan daripada Allah s.w.t.

awalnya, penulis merancang untuk berjemaah di Suq Sayyaraat yang dijangka bakal solat jam 7 pagi, tetapi disebabkan kelewatan , penulis berjemaah bersama warga hayyu sabi' di Masjid Ansar sahaja yang terletak berhampiran rumah penulis. Biarpun berseorangan dan tikar diluar yang basah dek hujan telah melembapkan stokin penulis , penulis tetap berasa sedih dan sayu kerana teringatkan keluarga di tanahair...biarpun hanya eid adha.... tetap mengembalikan nostalgia rindu itu.

usai solat dan khutbah, penulis bertemu dengan seorang ahli bait yang keluar agak awal... dan kami berdua terus sahaja bergerak ke 'Kompleks Rumah Anak Negeri' di Hayyu Asyir untuk menyertai program sembelihan dan melapah daging.Setibanya di sana, kami menjamu selera di rumah Terengganu yang menempatkan makanan sarapan (menurut firasat kami sendiri) tetapi penulis kurang berselera, sekadar menjamah buah anggur dan air teh susu yang nyaman dan menghangatkan itu sahaja.



Berjumpa dengan ramai kenalan di situ memandangkan bukan sahaja pelajar perubatan daripada Kaherah (Cairo u, Ain shams u, Azhar u) tetapi juga daripada Tanta, Alex, Zaqaziq dan juga Mansurah.... meskipun tertipu dengan waktu kerana menjangkakan program melapah bermula awal, penulis sekadar melilau-lilau di sekitar kompleks dan tatkala ia bermula, penulis kehilangan kumpulan (kerana tak kenal seorang pun ahli kumpulan) dan akhirnya penulis bergerak ke rumah ustaz Mus'ab kerana turut di adakan korban di sana.

Dr Haziq (tahun 3 Kaherah u) telah melakukan korban....sempat bermain-main dengan kambing tersebut sebelum disembelih, merasai debaran menyembelih kerana mengambil posisi paling hampir dengan haziq yang telah mengahbiskan riwayat hidup kambing tersebut.....nampak jugalah tangannya terketar-ketar dan juga debaran di dadanya mungkin lebih hebat berbanding getaran di hati penulis...hihi...tetapi apa yang menyentuh hati, di saat melihat kambing itu menggelupur sempat lagi ust Jalal berkata "lihatlah, inilah dia sakarat...sebagaimana seksanya kita melihat kambing ini, mungkin begitulah atau lebih dahsyat lagi sakarat kita semua nanti "



apa yang lebih menyedihkan penulis.... selepas itu penulis terpaksa terus pulang ke rumah kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, badan semakin panas, pening semakin menggila dan tekak semakin ...kus kus... berehat sebentar di rumah, menunaikan solat Jumaat dan kembali menyambung rehat dengan ber'talaqqi'...hihi.... lebih menyedihkan lagi.... di saat semua sedang menjamu selera dengan masakan daging kambing di kompleks, juga juadah di rumah Ustaz Mus'ab... penulis akhirnya berlapar di rumah dan sebelum maghrib, sempat menjamah sebungkus 'indo mee' yang dihadiahkan oleh teman serumah... T-T

apapun... insyaAllah moga pengalaman ini suatu yang mendekatkan penulis kepada Allah.... sekaligus menjadi cabaran buat penulis untuk membuktikan "esok lebih baik daripada hari ini"...

N.B
-ingin memohon maaf abi dan ummi di Malaysia juga adik-beradik sekalian yang pulang beraya di Terengganu kerana tidak sempat call dan mengucapkan salam... mungkin di sini sahaja "Selamat Hari Raya...Maaf zahir dan Batin"
-kepada sahabat-sahabat yang disayangi dan dicintai kerana Allah... sama juga... Selamat Hari Raya...
-Kepada penulis....sila tepati janji yang telah diucapkan dahulu kerana cuti bakal pergi sedangkan exam dan kuliah bakal kembali... Bittaufiq wannajah..~

3 comments:

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

selamat hari raya.. Tadhiyyah lambang menifistasi cinta..

hasyimi said...

slm saeed... ana x dpt nak beraye kat rumah ganu juga... maklum la... duk jauh begini... lagipun... ana nak kena jadi pengiring utk kawan serumah... diorg nak ke tanta... nak jumpe kawan2 se'agen'... lagipun.. ana x berape nak kenal mereka lagi... boleh la menyambung silaturrahim dgn luas lagi.. kirim slm ana kat shbt ye... ana x dpt join la... maaf byk2...

saza s said...

kepada Muhammad shihabuddin

selamat hari raya aidiloadha

kepada hasyimi
merinduimu...teringin nak beraya dengan anta

^-^

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah

jom emel saya !

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers