bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kerinduan yang membuak-buak terhadap keluarga di tanahair dan kesyukuran atas segala nikmat yangg Allah kurniakan kepada penulis, penulis mulakan catatan ini
sekadar bingkisan eidul adha 2 dan juga cuti yang ke3... Alhamdulillah penulis sudah pulih daripada sakit-sakit yang dialami (biarpun tidak sepenuhnya).. memulakan pagi eid ke dua dengan harapan dan penuh doa. Allah uji lagi dengan dapur yang tidak mahu hidup di rumah.. Hamzah selaku AJK dapur puas menghidupkan api, memulas tombol gas dengan harapan agar dapur dapat diasapkan pagi itu tetapi hampa....
biarpun perut agak lapar kerana semalam hanya menjamah sebungkus 'indo mee'... penulis terima sahaja dengan harapan beroleh keampunan Allah. Allah nak hadiahkan hikmah, rumah 1 yang terletak dua blok sahaja daripada kediaman penulis mengajak penulis serumah bersarapan di rumahnya...alhamdulillah, dapat juga memberikan hak kepada perut yang Allah kurniakan ini.Sambil menjamu selera, penulis sempat menonton secara full version ...'Ayat-ayat cinta'...hihi
otw ke Rumah Terbuka Perubatan
tepat jam 10.00, penulis dan ahli rumah yang lain mula bergerak menuju ke Rumah Terbuka Perubatan yang diadakan di DMAK.... memang berhajat ke sana untuk 'macam-macam'...menaiki bas yang ditempah untuk pelajar AQ... tiba agak lewat, tetapi masih sempat untuk menontot tayangan , mendengar persembahan sajak yang 'baitnya syahdu' tetapi 'penyampaiannya tak lalu'... dan juga mendengar nasyid yang sangat best daripada kumpulan 'Daie Nada' daripada Indonesia....
kumpulan Daie Nada di Dewan DMAK
dan akhirnya dapat juga merasai makanan Korban...nasi minyak, daging rebus, daging masak merah dan daging masak rempah....memang menyelerakan tetapi desakan waktu dan juga waktu zohor yang sudah masuk membuatkan penulis terpaksa menghabiskan makanan dengan segera dan terus menunaikan solat Zohor dan pulang ke Hayyu sabi' setelah bersalam-salaman dengan Muiz....hihi... Allah nak ambah nikmat lagi, telah pergi ke Rumah Kedah yang terletak berdekatan dengan rumah penulis .... dan turut sama menyertai rumah terbuka di sana...
Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
Rumah Kedah Baru
petang itu, penulis sekadar merehatkan diri kerana pada malamnya penulis dan ahli bait yang lain akan ke rumah enam yang terletak di Hayyu Asyir bagi membuat persiapan korban AQ yang bakal diadakan pada Hari raya ke3..... masih sempat menghabiskan cerita Ayat-Ayat cinta sehingga menitiskan......... hihi..... banyak rupanya pengajaran yang dapat diperoleh.... Alhamdulillah
'Nil dan Mesir itu Jodoh.... tiada Mesir tanpa Nil.... " itulah kata-kata Maria kepada Fahri dalam cerita itu... hinggakan apa yang benar-benar menyentuh hati penulis.... pengorbanan seorang insan yang mendapat kefahaman baik lelaki mahupun wanita.... jika dibuat kerana kesedaran insyaAllah beroleh balsan yang tidak pernah kuta jangkakan.... wallahua'lam
Al-Udhiyah huwa Al-ubbudiyah
2 comments:
moga berlalunya eidadha kita lebih mengerti apa itu korban, sabar dan ikhlas....
slmt berjuang
kepada sinar islami
berdoa dan berusahalaha agar kita menjadi insan rabbani dan buka insan eidul adhaie
mencari ketaatan dalam setiap amalnya melakukan pengirbanan kerana tuhannya
amiin
Post a Comment