al-udhiyah, kita di mana

bismillahirrahmanirrahi
assalamualaikum w.b.t.

mengaharapkan agar Allah terus berikan kekuatan dan Allah pasakkan kesungguhan yang lebih buat penulis yang selalu lalai dan alpa ini, penulis mulakan penulisan ini.

musim eidul adha semakin meninggalkan kita. Jika kita semua masih terbayang-bayang betapa meriahnya tanggal raya pertama sama ada di bumi anbiya mahupun di tanahair sana, pasti kita akan tersenyum sendirian. Adakah kita menjangkakan sambutannya sebegitu ataupun adakah kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada itu....ataupun kita menginginkan sesuatu yang luar biasa daripada apa yang telah kita saksikan.

kisah ibadah korban, mungkin sudah banyak kali kita dengar rentetan sirah ini ya....mungkin sejak sebelum raya lagi kita semua diperngatkan tentang bagaimana tabah dan taatnya Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih anak kesayangannya yang sudah lama tidak ditemuinya dan bagaimana akurnya Ismail akan perintah Allah sehingga dia merelakan dirinya dijadikan korban asalkan itu suruhan Allah.

Cuba kita bandingkan tahap ketaatan kita dengan dua insan istimewa ini yang Allah uji dengan ujian yang amat berat yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia biasa seperti penulis ini. Adakah kita mempraktikkan konsep pengorbanan dalam kehidupan seharian kita selama eidul adha sudah hampir seminggu berlalu. Dapatkah kita perhatikan kesannya dalam kehidupan kita

mungkin ramai yang bertanya, kenapa perlu berkorban, jawapan paling mudah adalah...berkorban itu adalah jihad dan jihad itu adalah perkara yang amat dicintai Allah, atau mungkin kita petik kata-kata hikmah yang selal kita dengar , "theres is no success without sacrifice" dan mungkin juga kita boleh ambil contah perumpamaan ini.. "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" ... tiga contoh yang mengetengahkan konsep yang sama yakni Pengorbanan.

jihad adalah pengorbanan. Sebagai seorang pelajar , kita tidak lari daripada berkorban apatah lagi penulis sendiri merupakan seorang pelajar perubatan. Perlu sekali kita membuang segala bisikan dan godaan duniawi yang sentiasa membelenggu kita semua daripada terus memperjuangkan risalah Allah. Kehidupan yang tidak teratur dan laluan hidup yang hampir keseluruhannya disusun oleh sistem kuffar. bagaimana? ... awal pagi bangun lambat kerana terperangkap dalam saratoga, lepas subuh sambung tidur, bukan untuk refreshkan badan tapi untuk ganti berjaga malam kerana main game, tengahari baru bangun kemudian sambung main game. Buku pun baca sikit-sikit aje. Quran dan sjadah hilang kemana. begitu caranya ita mengamalkan konsep pengorbanan?

sebanrnya jika kita benar-benar menghayati konsep pengorbanan dan jihad itu, banyak ibrah yang dapat kita petik terutamanya daripada lebaran sirah nabi Ibrahim dan Ismail.
 

-konsep tadhiyah melalui pengorbana yng dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail
-Islam ternyata luas dengan tidak menyempitkan pemikiran koran itu dengan korban binatang tetapi turut sama berkorban yakni berjuang dan menuntut ilmu itu
-perlunya ada amal iaitu cita-cita yang murni dan tinggi demi meraih cita-cita demi islam dan kerana mencari kekuatan dan keredhaan daripada Allah.

tatkala melihat semua orang sedang melapah daging lembu dan kambing ketika majlis korban AQ pada raya ketiga, penulis menjadi malu sendiri kerana penulis tidak dapat merasai pengalaman melapah daging di mesir ( kerana banyak masalah) dan apa yang penulis dapat lakukan adalah menjadi jurugambar biarpun tidak sempat melihat gambar-gambar tersebut dan menjadi pembantu di bahagian belakang sahaja... tersenyum tatakala mencuci baju teman-teman serumah yang terkena darah hingga berbau.... apapun itu semua kurnia Allah untuk menguji pengorbanan kita.

"aku tidak ingin melihat binatang ternak yang kamu korbankan, ataupun darah yang kamu tumpahkan tetapi aku ingin melihat taqwa kamu"

semoga kita tergolong dalam golongan rabbani yang dididik oleh eidul adha dan bukan sekdar menjadi insan eidul adha yang datang dan pergi tanpa mengambil sebaang manfaat darinya.

Wllahua'lam

2 comments:

Syihabudin Ahmad said...

pengorbanan itu bukan hanya dilihat dimata kasar namun ianya adalah lambang kepada kesungguhan hati.. kerana pengorbanan itu bukan sekadar cerita..

saza s said...

kepada shahabudin

syukran atas perkongsian....
pengorbanan itu nilainya mata besar
,moga berjaya kita aplikasikannya
insyaAllah

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger