Glow with Flow ~ PSMB II

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan kesyukuran yang tidak terhingga dan tawakal kepada Allah atas beban amanah yang terpikul di pundak penulis dalam merealisasikan cita-cita, penulis mulakan penulisan kali ini.



alhamdulillah. Allah izinkan jua penulis mengikuti program yang dianjurkan oleh persatuan PERUBATAN untuk pelajar tahun 1 universiti Ain shams dan juga Azhar. Biarpun penulis dan tiga orang lagi teman serumah telah tersesat hingga ke Ramsis kerana tersalah naik bas, Allah bagi juga peluang kepada penulis untuk mengikuti program tersebut daripada mulanya (sarapan pagi) hinggalah ke akhirnya (majlis penutupan).

biarpun kedatangan peserta ikhwah boleh dikatakan mengecewakan, tetapi pada penulis 'less is more' dan less gives more concentration for both sides. 'Berapa banyak golongan yang banyak itu dikalahkan oleh golongan yang sedikit'.... dan alhamdulillah, penulis tidka berseorangan dan yang sedikit yang datang itu, hampir keseluruhan memberikan respon dan maklum balas yang sangat positif. Alhamdulilah.

slot pertama iaitu perasmian majlis yang disempurnakan oleh Warden Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) disusuli dengan ucapan daripada pelbagai pihak antaranya presiden PERUBATAN yang pertama kali dapat dilihat secara dekat dan juga Pengarah program. Antara pesanan yang amat memberikan kesan yang amat mendalam ialah "program ini bukan program suka-suka kita buat untuk awak semua tapi program ini adalah satu wadah untuk kita sampaikan kefahaman yang jelas kepada awak yang awaklah pertama-tamanya yang mengikuti program ini. "... terpukul pula tatkala mengenangkan niat asalnya (sedikit sahaja) untuk ponteng program ini dan teman-teman lain yang turut berfikiran sama.

pengenalan PERUBATAN oleh presiden PERUBATAN sendiri, Saudara Wafi Arshad , benar-benar membuka ruang kepada penulis untuk lebih mengenali persatuan Perubatan sendiri.Kalau sebelum ini penulis sekadar tahu kalau perubatan ini sekadar satu persatuan yang lebih mementingkan pelajar-pelajat tajaan (bias lah pulak) tapi mendengar penjelasan saudara wafi Arshad, barulah penulis sedar, peluang untuk aktif dan menyumbang dalm Perubatan terbuka kepada semua pelajar sains kesihatan tanpa mengira latar belakang pembelajaran ataupun daripada universiti mana.



 inteligence sharing moment

seterusnya slot 'Intelligence Sharing Moment' yang memberikan gambaran kepada penulis tentang kepentingan mengambil berat semua perkara dalam hidup ini seperti taaruf sampai mati, kepentingan doa dan zikir harian dan juga solat yang seringa kalli dientengkan oleh sebilangan besar manusia zaman kini. Biarpun kumpulan penulis tidaklah sehidup mana dan penulis sendiri sengaja deaktifkan diri ketika LDK itu, penulis tetap gembira kerana terdapat ramai senior-senior atau abang-abang yang amat prihatin dan menyayangi adik-adik tahun 1 ini...


 
slot seterusnya ialah slot Forum. Slot yang paling gempak dalam program ini. dipanelkan oleh Dr Hafizudden (tahun 3 Azhar u), Ust Nazrul (azhar u) dan Dr Afifah (tahun 5 Ain Shams U)..... merupakan satu kerugian yang amat besar agi mereka yang tidak mendengar forum ini...... terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama oleh ketiga-tiga panel tersebut.Mungkin boleh disimpulkan melalui berikut.

-kecemerlangan yang sebenar adalah cemerlang mendapat redha Allah
-manusia semuanya sama Orang kaya ke orang miskin ke naik kereta apa sahaja, mercedes ataupun kancil...bila sakit mesti ke hospital mesti naik ambulans..... apa yang menentukan taraf kita adalah "sesungguhnya orang yang lebih mulia di antara kamu adalah orang yang paling 'bertaqwa' di antara kamu
-kejayaan itu bukan terletak pada 'mumtaz.4 flat, dan sebagainya', tetapi terletak pada apa yang Allah tentukan. Jika Allah tentukan kita patut dapat Mumtaz, kalau kita tak dapat, maka kita tidak berjaya.

bebrapa tips untuk meneruskan perjalanan sebagai pelajar Perubatan yang mempunyai banyak perkara untuk diuruskan....
-mesti mengamalkan konsep consolidation of memory yang menukarkan short-term memory kepada long-term memory
-a memory is exposed to deletion in 5 minutes so we have to revise everything in 24 hours.
-letakkan perkataan 'mumtaz dll' diatas meja , di dalam bilik  - law of attraction
-sentiasa sebutkan nawaitu untuk belajar setiap kali sebelum keluar ke universiti.

apa yang lebih menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada penulis, (bukan untuk membanding-bandingkan dengan pelajar PSMB 1) tetapi nyanyian nasyid tema sangat bersemangat dan penuh penghayatan.Tersentuh penulis tatkala semuanya mengeluarkan suara dan turut serta dalam nyanyian itu biarpun tidak semuanya ingat akan liriknya... 'Taburkan Jasa Semaikan Budi' tetap menjadi ingatan dan kenangan....

juga berasa gembira kerana telah berjaya membantu sorag teman yang menjawab soalan kuiz sehingga membuatkannya memenangi sebuah hadiah... dan juga agak hampa kerana soalan terakhir yang sepatutnya penulis jawab...telah dijawab oleh orang lain kerana kesilapan yang dilakukan oleh kakak fesi itu... huhu



insyaAllah...dengan ibrah yang diperolehi daripada PSMB itu, semoga Allah kurniakan lebih banyak kekuatan dan kesungguhan serta istiqamah kepada penulis untuk meneruskan layar bahtera kehidupan di sini.... juga setelah mendengar segala pesanan yang dicurahkan oleh senior-senior bertahun-tahun dari berbagai-bagai universiti, tiada sebab bagi penulis untuk tidak berjaya kerana .... innalil muttaqiina mafaza.....



berkongsi ucapan timbalan presiden 1 Perubatan, Saudara Ashraf Isa... 'jadilah kita semua lidah-lidah Perubatan yang bukan sahaja menyebarkan isu-isu perubatan tetapi turut saya menyampaikan risalah dakwah yang disyariatkan oleh Allah...."

sedikit sedih tatkala program sudah berakhir tetapi bibit-bibit ukhuwwah itu sudah tersemai dan insyaAllah akan membuahkan bunga-bunga ikatan yang murni dan penuh keimanan kepada Allah... insyaAllah  ... pertama kali menjadi musyrif kepada kaum hawa Rumah wilayah... benar-benar mengajar penulis untuk lebih bertanggungjawab biarpun cukup tidak suka untuk memegang tugasan itu, tetapi tugasan itu amanah Allah.


bersama timbalan presiden 1 Perubatan...

tatkala pulang, terngiang-ngiang bait syair yang dilantunkan Panel ke2 Dr Hafizudden "kamu berharap pada kejayaan tetapi tidak melalui jalannya,,, sebuah kapal takkan pernah berjaya berlayar di atas daratan"

wallahu'alam


4 comments:

Syihabudin Ahmad said...

cantik kupasan yang diberikan.. semoga terus thabat dalam jalan tarbiyyah... masyarakat perlukan DOKTOR seperti anda..

selamat berjuang dibumi anbiya`

sinar_islami said...

telus entrinya...
syabas di atas kedatangan...
lepas ni blh la..adik2 baru mengorak langkah menyumbg tenaga untuk Islam...
terbitkan kemampuan amal dalam kehidupan.. =)

saza s said...

kepada mohd Shahabuddin

insyaAllah... profession yang mulia... kita semua diperlukan oleh masyarakat...

kepada sinar_islami

ada ternampak kak sinar hari itu
teringin mendengar bicara daripada kak sinar sendiri
insyaAllah
kami semua akan melangkah dengan jaya bersama Allah setiap masa

^-^

sinar_islami said...

tak layak nak bercakap sbnrnya...
masih byk benda yg kurang...
perlu develop dan mencari bekal untuk memberi..
InsyaAllah..mga redha Allah kita kecapi..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger