jangan letih berdoa

bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.

dengan penuh kelemahan dan kebergantungan kepada Allah , penulis mulakan penulisan kali ini.

meskipun post terbaru bertarikh 4 Dis , lama rasanya tidak menulis.... sekadar memerhatikan perkembangan daripada jauh.Banyak insiden yang berlaku.... geli hati rasanya tatkala mengenangkan kembali.Tentang examnya, tentang study nya, tentang kerjanya, tentang tugasan hariannya.... sungguh waktu yang ada takkan pernah cukup untuk semua keperluan manusia.

Insiden lucu yang berlaku kepada penulis.... mungkin biasa bagi anda tetapi banyak ibrah yang penulis kecapi setelah insiden ini.Pagi tadi merupakan giliran penulis untuk menyediakan sarapan pagi. Biarpun bangun agak lewat dan sakit kepala menghimpit ubun-ubun gara-gara tidur agak lambat disebabkan menonton **r*to, tugasan tetap tugasan. Seusai solat subuh di masjid, penulis terus sahaja ke dapur membuat itu dan ini bersama-sama dengan Zikri sebagai partner memasak. Doa sebelum memasak tidak dilupakan agar rezeki yang Allah kurniakan beroleh keberkatan.

menu asal iaitu telur goreng bersama roti Fino tidak dapat diadakan kerana telur hanya tinggal sebiji sahaja. Lantas kami memutuskan untuk memasak pasta , antara enu yang kerap penulis masak ketika bertugas sarapan. Setelah segalanya siap... bawang siap ditumis, pasta sipa direndam, dan air pun sedang dijerang bersama-sama dengan bawang tumis tadi.... sedang penulis menuang rencah pasta... saat itulah api tiba-tiba mengecil.....

"Zikr, kenapa dengan api ni... dah habis gas dah ke?" tanya penulis
"tak tau.... baru lagi beli... tapi boleh jadi jugak abis..." jawab zikri

dalam hati Allah sahajalah yang tahu betapa berdebarnya hati penulis jika gas habis kerana penulis takkan dapat menyiapkan sarapan itu sedangkan segalanya sudah siap untuk dimasak....

"tak pelah Zikr, kita masukkanlah semua ya..." tangan penulis pantas sahaja menuang segalanya ke dalam periuk itu... dalam hati ini tidak putus-putus berdoa agar Allah panjangkan hayat api itu....

"Zikr, nak buat apa dengan kertas tu? " tatkala melihat Zikri memegang kertas surat khabar... dan masuk ke dapur.... "Nak nyalakan api guna cara tradisional sket... hihi. " Zikri ternyata cuba unuk menjernihkan keadaan yang agak tegang itu. "Ya Allah janganlah bagi padam api ni. Tunggulah kami habis masak dulu. Janganlah ya Allah tolonglah kami, semua dah masuk periuk ni... "

Allah nak izin juga. Api akhirnya padam juga.... sedih dalam hati melihat sup pasta menggelegak di atas dapur tidak sempat untuk habis di masak.Zikri yang menyaksikan insiden itu terus sahaja keluar untuk membeli gas daripada bawwab tetapi bawab masih lagi belum keluar daripda rumah mereka. Sudah puas salam diberikan, ketukan berbalas ketukan sudah bertalu-talu pintu rumah mereka  tetapi hampa sahaja yang menemui kami. Allah sahajalah tempat bergantung saat itu.

"Tak pelah Zikri..... biar ana pergi rumah 1 lah . Takkan nak biarkan benda ni tak masak. Kalau tunggu lama lagi takut tak sempat pulak nak ke kuliah nanti. Dah dekat pukul 6.45 pagi ni. Pukul 7 suku nak gerak dah.Memang kebiasaan penulis pergi ke kuliah satu jam atau 45 minit lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan dan 'penyesalan' daripada berlaku. Setelah periuk berisi sup pasta itu diangkut penulis, tatkala baru sahaja melangkah keluar daripada pintu, Allah takdirkan ternampak bawab yang baru keluar untuk mencuci kereta sebagaimana biasa..... Indah sungguh penyusunan Allah.

akhirnya Allah makbulkan doa penulis dan tugasan penulis dapat disipakan sebagaimana yang dirancang dan yang lebih menggembirakan penulis ialah.... menu pagi itu mendapat 'pujian'... alhamdulillah, ya sedap dan lazat itu Allah berikan, kita manusia , jagalah kebersihan sumber makanan itu dan jagalah kebersihan hati kita. "Zikr, Allah telah mendengar doa kita.... Allah memang sangat baik dan takkan pernah melupakan hamba-hambanya yang selalu memohon kepadanya. " Masya Allah, dikaulah yang Maha kuat, yang maha Melihat dan Maha mendengar rayuan hamba-hambamu.. ya Allah

jadi...ibrah yang lebih penting yang penulis perolehi hari itu
janganlah pernah letih untuk berdoa dan meminta daripada Allah
kerana Allah amat suka kepada kita yang suka untuk meminta-minta daripadanya
maha suci Allah yang bebas daripada sifat kedekut dan bakhil
tetapi sangat memelihara dan maha memperkenankan

sambil-sambil mengulang kaji pelajaran, diperkenalkan oleh kakak dan kak da akan nayid oleh Maher Zain.Meniti di bibir bait-bait nasyidnya yang sungguh dalam dan memberikan makna kepada penulis


"insyaAllah...insyaAllah...insyaAllah....
we'll find the way"



wallahu'alam

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger