bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kebergantungan kepada Allah, hidup yang penuh dengan urusan untuk dilakukan, tanggungjawab untuk dilaksanakan dan kehidupan untuk diteruskan, penulis menulis lagi kali ini
perasaan untuk menulis sesuatu yang bermanfaat itu membuak-buak tetapi terkenangkan masa yang sangat terbatas ditambah dengan kemahiran mengurus masa yang masih lagi perlu dididik dan dibetulkan, terpaksa menahan keinginan itu. Sungguh belajar itu tidak habis, bahkan hidup itu sendiri tidak habis. Hidup hingga ke alam akhirat, hidup hingga menerima timbangan amal,hidup hingga ke pangkuan Yang Esa.
tersenyum sendiri tatkala menekan papan kekunci, kehidupan di Mesir, biarpun dua hari yang lalu genap tiga bulan, belum cukup untuk mematangkan penulis biarpun ramai yang mengatakan "alah, sebulan je , nanti pandailah cakap arab tuh " , tertawa sendiri mengenangkan untuk meminta membeli tong gas pun penulis masih belum mahir, apatah lagi mahu membawa abi dan ummi berjalan-jalan ke bumi anbiyak ini jika ummi dan abi datang.
hidup tidak pernah puas.... terutamanya penulis yang sangat suka untuk melebihi orang lain , perlu membetulkan dan membuang sikap itu... hihi
tadi ada ujian, dua lagi. Ujian Phisiology untuk kali pertamanya dan ujian Histologi untuk kali keduanya.Ujian... terkenang post penulis yang bertajuk 'Ujian Itu'... satu kenangan yang begitu bermakna. biarpun apabila di'check' semula... penulis banyak juga salah, itu semua adalah guru yang emngajar kita. Mengajar kita untuk terus sabar dalam mehnah hidup ini. Terus kuat untuk berjalan dengan kemegahan Islam dan ke'izzah'an iman. Di tangan ini ada amanah yang besar dan takkan pernah bisa di lengahkan oleh kuffar yang selalu ingin menjatuhkan Islam.
di dalam rumah biru yang kecil tetapi agak mewah ini... dengan peti TV yang dipanggil 'gereja dalam rumah' ini, juga laptop teman-teman yang selalu dipinjam di tekan-tekan ini, dan juga henset yang tersimpan barisan nasyid-nasyid yang selalu menjadi peneman dan juga katil dan musim sejuk yang semakin menonjolkan rupanya... oh hidup ini memang dijadikan untuk dilalui oleh manusia kerana hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan mengambil keberuntungan daripadanya.....
juga perasaan yang tidak selesa dalam hati ini 'malas,dengki,penting diri,buruk sangka,masam muka,nakal,tidak matang dll yang seumpamanya'... sekarang ini sifat kedua itu semakin menjadi-jadi hingga Allah sendiri menghantar peringatan kepada penulis "sesungguhnya Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan kebencian di antara kamu " surah al-maidah (91).... kecilnya diri tatkala membaca ayat itu pagi tadi, sungguh jahat syaitan itu.
'kita adalah penyeru bukan penghukum, maka serulah mereka , jangan pernah menghukum mereka kerana mereka juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada silap dan lupa seperti kita' ... jika hatimu tidak bisa berbicara maka carilah ia di dalam zikirmu, jika tidak ketemu carilah ia di dalam lantunan quranmu,jika tidak ketemu carilah ia di dalam solatmu... jika tidak kau temui juga mintalah agar Allah menukarkan hatimu dengan hati yang lain.....
NB
-rindu kepada Keluarga di rumah semakin menjadi-jadi
-rindu kepada sahabat-shabat di malaysia semakin meninggi
-rindu kepada lubuk tarbiyah , SMAKL dan SRIQ semakin menikam diri
-rindu untuk berdua-duaan bersama Allah di tikar tahajjud semakin mencengkam hati
-moga Allah bagi kekuatan menempuhi musim sejuk ini
egypt....here is my journey
here is my destination
this is my destiny
study mode....khusyuk with internet at my side
scene-atas katil with blanket
saeed, jangan dengki-dengki
jangan gaduh-gaduh tak baik
kuliah yang sejuk dan penuh dengan khazanah memori
ngantuk~tersengguk~frust~dizzy~tak faham
borio best (ganti oreo)
peneman di kala waktu rehat....nananan everyday delicious
along oh along
saeed contohi along, pemimpin yang berwibawa
'saeed, jangan selalu tidur...musim sejuk ni sedap tidur'
scene-dalam bas
wallahu'alam
4 comments:
salam akhi...banyk post dlm blog anta ni..x sempt 2 membaca..hex3... eh saeed skali tgk anta ni cm kumpln outlandish dah..dgn kopiah 2..hex3
apa yg pentg sllu jernih niat di bumi ini...
May Allah lead your journey..
tak kira apa musim sekalipun
Moga Allah permudahkn...
Salam abangku...
Ingin tb kongsikan sesuatu dengan abang...
Jgn berdengki melainkan untuk 2 perkara;ilmu dan kekayaankerana kedua-duanya mahar besar untuk mencari mardhatillah...
HDA selalu...
kepada naeem qomar
wassalam..anta sihat ke?
beginilah ana.. blog ini satu kewajipan...zalimlah kalau ada blog tapi tidak updatenya
merinduimu
ana ni macam outlandish ke?
kepada sinar_islami
insyaAllah... musim sejuk ini sungguh menguji diri
moga Allah permudahkan diri kita semua
kepada pejuang fitrah
merinduimu tbku sayang
terima kasih atas nasihat itu
sedang berusaha membuang perasaan dengki itu jauh-jauh ~
Post a Comment