dengan langkah ini

bismillahirrahamnairrahim
assalamualikum w.b.t.

dengan penuh keinginan untuk memberikan peringatan pada diri sendiri dan juga dengan rasa lega kerana kerja rumah telah siap serta rasa bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah, penulis mulakan penulisan kali ini.



Salam Maal Hijrah.... salam ukhwah fillah....salam dakwah dan tarbiyah
1431,lembaran baru telah bermula... melangkahlah dengan penuh izzah dan bangga

alhamdulilah, hingga saat ini,Allah masih izinkan penulis untuk menikmati udaranya, rezekinya yang melimpah-ruah serta rezekinya yang berbagai-bagai datang jemu biarpun penulis selalu sahaja lalai dan selalu sahaja lupa untuk besyukur dengan munajat dan solat...

oh... pantas sungguh masa berlalu ya. Cuti satu hari , hari ini pun sudah hampir ke penghujungnya. Esok kuliah penulis akan kembali bermula dan kesibukan belajar akan kembali seperti sedia kala. Hidup ibarat putaran roda, sekejap di atas sekejap di bawah... munkin di atas lama, mungkin di bawah sekejap tetapi ketahuilah kalau semuanya itu ada hikmah yang penuh rahsia.

tahun baru merupakan lembaran baru kepada manusia.Juga peringatan bahawa tempoh nyawa yang Allah tetapkan pada manusia semakin berkurang. Ajal bisa datang bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui masanya. Maka sentiasalah bersedia kerana orang yang bersedia itu akan selalu berjaya. "dan berbekallah kamu.sesungghnya sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa"... melalui denai kehidupan yang penuh dengan kerikil-kerikil jahiliyyah selalu melukakan kaki-kaki daie, dengan bekalan inilah, seorang penyeru itu mampu untuk terus berdiri, berdiri sambil membawa panji-panji kebenaran insyaAllah.

tahun baru,azam baru,semangat baru.Mungkin itulah yang selalu kita dengari setiap kali tahun baru menjelma.Baik tahun baru masihi mahupun tahun baru hijrah. Benar, setiap waktu yang datang hari kita niatkan untuk mencapai ke tahap yang lebih baik bukan berada pada tahap yang sama mahupun berada pada tahap yang lebih rendah berbanding tahap yang dulu. "barang siapa yang hari ini lebih baik pada semalam maka beruntunglah dia, barang siapa yang hari ini sama dengan hari semalam, maka rugilah dia.barang siapa yang hari ini lebih teruk pada hari semalam maka celakalah dia.". Hakikatnya, setiap kali selepas kita bangkit daripada tidur, kita perlu memsang niat yang bau,azam yang baru dan semangat yang baru agar kita menjadi golongan yang paling beruntung. InsyaAllah

melangkahlah dengan yakin.Optimislah teman dengan segala kemudahan dan kesenangan yang Allah sediakan kepada kita semua bahawa bersama kita ada amanah yang cukup besar untuk dilaksanakan, juga di tangan kita Allah sediakan pembantu yang sentiasa menjaga dan memelihara kita di mana sahaja kita berada iaitu Allah sendiri.Kita punya Allah maha kuasa, doa itu sebagai senjata. Maka yakinlah untuk melangkah dengan langkah yang penuh kesungguhan.Jangan pernah gentar dengan musuh-musuh yang meunjukkan taring mereka di medan perang kerana kita ada pedang jiddiyah, perisai qanaah dan juga kuda-kuda mujahadah yang akan bersama-sama kita di dalam pertempuran itu nanti.

tinggalkanlah memori semalam.Yang sudah pergi itu biarlah ia berlalu. Let bygone be bygone. Jangan biarkan diri kita terbelenggu dengan apa yang telah kita lakukan semalam andai ianya suatu bentuk kejahatan. Lupakanlah ia kerana jika kita berusaha, yang buruk itu takkan berulang lagi tetapi segala apa yang baik yang kita laksanakan semalam , istiqamahlah melaziminya bahkan usahalah untuk mempertingkatkannya lagi kualitinya agar kita dapat manfaatnya, orang lain juga turut sama beroleh iktibar.'semalam adalah kenangan untuk dijadikan pengajaran. hari ini adalah kenyataan untuk dilalui dengan keyakinan,esok adalah kemungkinan yang akan ditempuh dengan penuh pengharapan.'

tajdid niat sebelum melangkah. Kesalahan pertama ketika menjejakkan kaki yang pertama ialah , diri kita mendukung niat yang salah. Salah dari segi merebut keredhaan Allah. Setiap pagi, sebelum kita mlakukan apa-apa... tajdidkanlah niat. perbaharuilah matlamat dan objektif kita hidup pada hari ini. "setiap perbuatan itu tergantung pada niatnya", jangan biarkan hidup kita yang sepatutnya penuh warna-warni islam dicemari dengan niat kita yang penuh hasad dan kemaksiatan.Selalulah minta agar Allah tetapkan hati kita atas niat yang lurus dan tidak melencong ke arah duniawi mahupun ke jalan yang mungkar... insyaAllah di hujung nanti terserlah pintu kejayaan.

maal hijrah kali ini....penulis menyambutnya di kediaman ustaz musab, bersamaan dengan iftar jamaie yang di adakan di sana. Ditemani dengan housemate tersayang, Hamzah.... kediaman yang sedikit hangat berbanding rumah penulis ini, bermulalah era baru, era untuk berlari meninggalkan yang kot or dan keji itu. Keluar dari kepompong yang lama,menjadi rama-rama yang akan terbang bebas mencai madu-madu islam yang tersbar di setiap bunga-bunga ruang yang Allah ciptakan ini. Sungguh, iktibar itu berselerak di mana-mana.carilah ia dengan mata hatimu agar beroleh ketenangan dan kemenangan.

terkenangkan majlis sambutan maal hijrah ketika di SMAKL dulu, bacaan doa akhir tahun dan awal tahun oleh mereka-mereka yang bertauliah.majlis makan-makan yang sememangnya dinantikan oleh penulis juga. diikuti dengan hari sambutan maal hijrah... dengan kawad, pameran, tazkirah, forum dan sebagainya.oh.. sungguh indah kenangan itu. kenangan di mana penulis perlu menjadi pengerusi majlis untuk sesuatu program. kenangan penulis perlu menjaga makanan sewaktu puasa jamaie tahun lepas... oh... itu semua adalah kenangan lalu untuk dikenang dan di ambil kekuatan daripadanya.... ya Allah pimpinlah aku melalui lorong hijrah itu.

dengan lagkah ini
jangan pernah lupa
sematkan dalam hati
Allah sentiasa bersama




NB-
-kepada ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik gen3 SMAKL yang sudah habis jihad SPM mereka. Ingatlah kalian, as SPM ends, new JIHAD begins.... outside world...
-merindui Keluarga di Malaysia yang tidak call hari ini... T_T
-selamat berjuang kepada batch 1991 yang ada program hari ini dan antum harus kirim kan juga pada ana tau.



wallahua'lam

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger