itulah mereka

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kerinduan dan juga setiap  kekurangan yang membaluti hidup insan yang tidak pernah lari daripada  kesilapan dan kesalahan, penulis mulakan penulisan kali ini.


gen 3 09
tiba-tiba Allah hadirkan rasa rindu dalam hati ini... rindu yang sudah lama tidak muncul, kini muncul membayangi hidup penulis di sini.Oh.... Allah sungguh adil, didatangkan perasaan ini tatkala mereka juga teringatkan penulis. Kalian itulah rindu penulis ketika ini.

gen3 SMAKL... itulah mereka, pewaris yang sudah pun tamat pengajian di SMAKL... tamat menjadi seorang pelajar sekolah, tamat menjadi pengawas dan menjadi ketua pelajar. Tamat menjadi biro itu dan ini dan tamat bermesyuarat di setiap petang dan tengahari, tamat mengatur jadual hidup pelajar dan tamat berpenat lelah berjaga dan berkhatibah di segenap malam.

tetapi bukan itu sebenarnya yang menjadi ukuran kita. Bukan pada title yang telah kita pegang dahulu. Bukan pada warna baju yang kita sarungkan di tubuh kita dan bukan juga pada bilangan markah yang kita perolehi dahulu ketika di setiap peperiksaan....bukan itu sebenarnya yang kita perlukan. Yang kita perlukan adalah inisiatif diri kita untuk mengutip seberapa banyak mutiara-mutiara yang ada tersemai di sana. Sedalam mana tanah perjuangan itu memberikan kesan kepada hati kita.Sebanyak mana kita memanfaatkan tempoh waktu yang kita lalui di sana...... oh... itulah peringatan untuk diri penulis sendiri.

adik-adikku yang amat ku cintai..... sihatkah kalian, bagaimana iman dan Islam antum....

generasi ketiga SMAKL.... tidak tahu exact word untuk menggambarkan mereka.... mereka terlalu unik untuk diungkapkan, mereka terlalu bermakna untuk dibiarkan, mereka terlalu istimewa untuk dilupakan.. itulah generasi ketiga milik SMAKL... bukan milik penulis.... bukan milik Kita semua.... milik sesiapa sahaja yang mahu membangunkan Islam kerana pada mereka tenga-tenaga yang begitu mudah, bertunas untuk disumbangkan kepada Islam....

Salman Azmin (rindu betul pada anta).... ada meninggalkan komen di shoutbox meminta dikongsikan sesuatu buat mereka yang baru sahaja tamat menempuhi SPM sekaligus tamat bergelar pelajar SMAKL.... terus terang penulis katakan, penulis begitu terkejut atas permintaan itu kerana penulis berasakan penulis sendiri masih belum cukup untuk melakukan itu... tetapi mungkin Salman takkan dapat menerima alasan itu.... betul tak Salman..... oh, sesekali menguak kembali jendela kenangan yang lama-lama itu, terasa kecil betul diri ini bila dibandingkan dengan mereka gen3.......

adik-adikku.... pada kalian sebenarnya ada potensi yang lebih besar berbanding diri ana... kenapa ada berkata demikian , kerana antum semua membesar di hadapan mata ana, setiap seorang daripada antum , insyaAllah ana boleh beritahu akan peluang masing-masing..... masih ingat ISD dahulu yang mana antum telah berjaya gegarkan satu SMAKL dan juga diri ana sendiri... akan kelancaran programnya, akan keunikan aktivitinya, akan kreativitinya yang begitu mencuit hati hinggakan pada ana ISD 2 baru-baru ini tetap tidak dapat menandingi ISD milik antum....



masih ingat lagi pada keputusan peperiksaan antum setiap tahun, begitu menbanggakan.... hinggakan ana sendiri kalah pada sebahagian daripada antum.....bagaimana antum semua study, bagaimana antum semua menjadi pemimpin, bagaimana antum semua mengendalikan program, bagaimana antum semua menjadi bibit-bibit indah di dalam hidup ana.itu semua adalahb kekuatan antum, itu semua adalah peluang antum yang sekarang ini perlu antum semua gilap dan kembangkan. KIta bukan lagi di dalam atap didikan,. kita sudah masuk ke dalam era melaksanakan... era untuk melakukan dan untuk kita perlukan kekuatanm dan kesedaran daripada hati kita sendiri.

ana harapkan antum semua disediakan dengan program lepasan SPM seperti yang dijalankan terhadap batch ana dan batch 1 dahulu... mungkin dari situ banyak pengalaman dan amanah yang boleh antum timba. Mungkin melalui program itu, itulah pesanan  yang ingin ana sampaikan, daripada program itu, itulah nasihat yang ingin ana kongsikan.....jangan sesekali antum semua cuba untuk tidak pergi program tersebut....



adik-adikku, jalan kita sangat panjang lagi, teramat panjang lagi dan kita takkan tahu apa yang menanti kita di sepanjang jalan itu... ada durikah, ada selumbarkah, ada kemudahankah, ada RnR kah.....itu semua kita takkan tahu, yang tahu hanya Allah sahaja...oleh itu, janganlah berhenti untuk terus berdoa... jangan pernah lupa kalau Allahlah tempat kita meminta dan mengadu..yang membrikan kejayaan dan keberuntungan kepada kita.

adik-adikku, jangan lupa untuk memanfaatkan masa dengan baik sewaktu cuti ini ya. Medan IPS yang sedang giat dibangunkan kini amat menuntut tenaga antum semua , jangan biarkan tenaga-tenaga murni kita disumbangkan ke tempat lain, diberikan kepada mereka-mereka yang tidak mahu menegakkan syariat Allah... adik-adikku.... jangan lupa juga untuk meneruskan segala perkara baik yang diamalkan di SMAKL ke dalam kehidupan antum, jangan menjadi seperti ana yang selalu lalai dan leka ini kerana ana tahu antum semua lebih baik daripada ana.... ana sayang antum semua....

setahun meninggalkan SMAKL, penulis antara yang kerap berziarah ke SMAKL sewaktu gen3 memegang tampuk kepimpinan.... selalu sahaja abang-abang dan kakak-kakak bertanya kepada penulis akan SMAKL memandangkan penulis anatar yang dekat dengan SMAKL dan selalu pula ke sana.... hanya satu sahaja yang akan penulis katakan "insyaAllah, ana yakin mereka mampu melakukannya" kerana penulis tahu, tahun penulis adalah tahun yang gagal.... dan tahun mereka akan mengembalikan kejayaan yang pernah diciptakan oleh gen 1 dahulu.... \

sewaktu anugerah kecemerlangan SMAKL dahulu, abi penulis pernah menyebut perkara ini "kita (komesnet) terlampau memberikan penekanan dan penumpuan terhadap generasi pertama hinggakan kita terlepas pandang generasi kedua " dan itulah kenyataan yang amat membuatkan penulis sedih.... bukan kerana menjadi insan yang terlepas pandang oleh pihak sekolah tetapi tidak berjaya mencontohi gen 1 yang pada penulis amat berjaya itu...... dan penulis tidak putus-putus berdoa agar gen 3 ini akan selalu dijaga dan dipelihara oleh Allah juga selalu dibimbing oleh pihak sekolah dan juga Komesnet... dan begitu jugalah doa penulis buat generasi yang lain....

sewaktu mengikuti lawatan ke Matri dan KTD yang dijalankan oleh gen3 bulan 4 dahulu.. barulah penulis benar-benar kenal akan gen 3... kasih sayang antara mereka yang tidak pernah goyah, thiqoh kerana Allah yang tidak pernah punah, ukhuwwah fillah yang terus terjaga dan batasan pergaulan yang terus terpelihara... penulis bersyukur allah kurniakan buat penulis adik-adik seperti mereka yang amat mendidik penulis... dan di bumi anbiyak ini, penulis berdoa agar ada antara mereka yang menyertai penulis dalam perjuangan di sini...



ana tunggu antum semua.......
wallahua'lam

3 comments:

Aisyah Ulya said...

Bagaimana ya agaknya rasa terpaksa tinggalkan Bumi Wakafan SMAKL? :(

saza s said...

kepada aisyah

itulah noktah permulaan kita. no matter where ever we go, we will definitely go back from where we start

sekarang, jangan bertangguh. kutiplah mutiara itu sebanyak yang mungkin...

jadilah yang lebih baik daripada ana.
insyaAllah

Anonymous said...

minta sumber idea, masa dan tenaga............

ada lirik2 yg nta reka s`diri yg bagus2 tak...............

ana di kursus jati diri........
setiap kumpulan kena buat 2 lagu........
1) tentng haluan
- terbaik akan diambil jadi lagu rasmi haluan.....
- letak motto dan visi tau..............
2) ttg kursus jati diri

kalau ada hntar sblm esok malam............
kami di KTD nie.........
kami blh gn internet sbg rujukan.........
hanya ana blh gn pc ari nie dgn esok malam je.........
minta cepat keputusan kita sume.........
kami sume nak yg terbaik............
sbb itu minta tolong nta.........


time kasih bayak2 ye...........

(amru musthafa)

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger