tahniah !

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

di lewat tengah malam ini, berbekalkan sedikit kekuatan dan juga rasa mengantuk yang sudah semakin memberat di pelpebral muscle ini, penulis mulakan penulisan ringkas ini

sekadar ingin melepaskan kerinduan dan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada gen5 SMAKL yang sudah memperolehi keputusan PMR mereka baru-baru ini... Alhamdulillah, biar apa pun keputusan itu, meningkat atau tidak, berkurang atau tidak, semuanya sudah tercatat oleh Allah setimpal dengan hasil usaha kita semua.... kepada yang berjaya mendapat straight A, tahniah.... dan kepada yang tidak, usaha lagi ingatlah ya.

'tiada usaha yang sia-sia,cuma kejayaan yang lewat tiba'

meskipun begitu,penulis tetap cemburu kerana antum semua berjaya memintas penulis yang tidak berjaya mendapatkan straight A sewaktu PMR dahulu, tetapi, apa yang penulis harapkan adalah antum menjadi lebih baik daripada penulis.. insyaAllah....

di sini disertakan sebahagian sahaja senarai keputusan PMR 09 SMAKL

9A
-Ahmad Afnan Irfan bin Ahmad Zukri
-Ruzaini binti Muhd fauzi
-Tengku Balqis binti Tengku Abdul Rashid
-Shakirah Wahida binti Shamsul Bahri
-Wan Nur Syamilah binti Wan Ali
-Zulfa binti Roslan

8A
-Wan Muhammad Usman bin Abdul Halim
-Kalthum Khalidah binti Sahir
-Wan Nur Sakinah Fakhriah binti Wan Muliyadi
-Anis Afina binti Azmi

7A
-Muhammad Ammar Hasif bin NorAlias
-Ammar bin Nizar
-Nor Khalidah
-Muhammad Hazim bin Mat Noor
-(others unannounced 4)


 gen 5 Putera




gen 5 Puteri

(maklumat dan gambar ini dicuplik daripada blog Aisyah Ulya)

juga disertakan disini sebahagian kecil sahaja keputusan PMR Matri.

9A
-Nurul Amirah binti Khairuddin
-Khufiyah Hubbani binti Khairul Anwar
-Maryam Kamilah binti Ahmad Sani
-Nor Syatirah binti Nor Azri
-Safiah Hazwani Busra
-Siti Hazirah binti Kamal

(Maklumat ini dicuplik daripada blog Perfect's prop)

ingatlah antum semua, kejayaan ini ditentukan oleh usaha pada masa lalu dan kejayaan akan datang ditentukan oleh usaha sekarang dan masa hadapan. janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan ini bahkan selalulah bersyukur dengan taat pada segala perintah Allah dan berusahalah untuk meningkatkan kualiti kerja kita agar pencapaian kita semua boleh dimanfaatkan untuk islam insyaAllah.

Tahniah!....

NB
-Still menunggu-nunggu result penuh untuk PMR 3 buah sekolah itu
-Merindui Ummi dan abi yang berjaya dihubungi lewat petang tadi dan berkongsi rahsia keenakan pengat pisang ummi yang ingin dicuba di sini
-esok sudah kelas, sekarang sudah mengantuk... doakan agar dapat bangun bertahajjud esok
-terngiang-ngiang part akhir 'KCB' yang menyebabkan air mata yang mahal ini tertumpah juga..
-sebarang cuplikan yang dilakukan harap dapat diizinkan demi kemaslahatan bersama .. arigato gozaimasu.

wallahu'alam

5 comments:

Fawwaz Saleh said...

tahniah utk smakl...

tertarik ngan "meskipun begitu,penulis tetap cemburu kerana antum semua berjaya memintas penulis yang tidak berjaya mendapatkan straight A sewaktu PMR dahulu"

ana dulu pun xdpt 9A gak..

naeem qomar said...

salam..saeed gen 5 lah....gen4 batch syatibi lah saeed...dah lupe orng malaysiala 2...tp apa2 pun kami selalu dahagakan doa darimu yang berada di tanah anbiya....hex3 ana baru habis m.term...takut gak kalau kantoi...doakan ana yerk...

IKHLAS_smaskl said...

slm....

tahniah utk smaskl....
to penulis:

plss... link ur post in our group.. insyaAllah, someone will read your post...

please my brother... please help others... others, depend on u....

i envy to u... and i beg to u also...

saza s said...

kepada afiq fawwaz

ana sudah counte kembali dengan harapan agar mereka menjadi lebih baik daripada ana

itu semua penyusunan Allah
itulah yang terbaik sebenarnya

saza s said...

kepada naeem qomar

merinduimu...
maaf gen 5
tak sempat nak tukar lagi
insyaAllah

kepada ikhlas....
ana sudah linkkan

selalulah ziarah ya~

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger