syabab VS remaja

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kebergantungan kepada Allah dan kesyukuran yang teramat sangat kerana connection yang agak lancar pada hari ini, penulis mulakan penulisan kali ini.



sekadar perkongsian buat semuanya agar kita semua terus bersama-sama kekal di atas jalan yang benar dan lurus yang bebas daripada penyimpangan syaitan dan hawa nafsu.

memilih tajuk ini untuk dikongsikan bersama-sama, sebagai tanda protes pada diri sendiri yang selalu sahaja lupa akan tanggungjawab yang terpikul di pundak yang sentiasa jatuh ini, selalu kalah dengan bisikan-bisikan kelalaian yang sentiasa mempermainkan perkataan 'syabab' ini. Penulis masih ingat kalau perkongsian ini pernah disampaikan oleh sahabat penulis ketika berada di Tingkatan dua dahulu ketika di SMAKL.. oh sungguh indah kenangan itu.

S-SOLEH
Y-YAKIN
A-AMANAH
B-BERSIH
A-AMAL
B-BAKTI

seorang syabab itu haruslah mempunyai perwatakan yang soleh, perwatakan yang menyejukkan mata memandang. Perwatakan soleh tidak lain dan tidak bukan berlandaskan syariat islamiyah. Perwatakan soleh tidak hanya terucap dibibir , ditutur dengan bicara tetapi terpancar dengan perbuatan. Dalam erti kata lain, soleh itu hanya bisa dibuktikan dengan perilaku kita sendiri. Cara untuk soleh sangat senang. Tinggalkan apa yang Allah larang, lakukan apa yang Allah suruh.itulah syarat untuk soleh.

contoh terdekat yang bisa kita ambil ialah Rasulullah s.a.w. sendiri. Tatkala Saidatina Aisyah ditanyakan oleh para sahabat tentang akhlaq Rasulullah ,beliau terus menjawab "Akhlaq Rasulullah adalah Al-Quran". itulah seindah contoh ikutan manusia. Hidup dinaungi lembayung Alquran, bergerak dilitupi bayang-bayang as-sunnah.Setiap kali melakukan sesuatu, setiasalah muhasabah, perbuatan ini soleh atau tidak dan antara tanda-tanda menunjukkan perbuatan itu tidak soleh ialah .. hati kita akan berdebar tatkala melakukannya.

seorang Syabab itu juga mestilah bersikap yakin.yakin terhadap setiap amal soleh yang dilakukan. Yakin untuk mempertahankan nilai-nilai islam (bukan seperti penulis yang sentiasa gentar untuk berjuang... T_T). Keyakinan itu tidak lain hanyalah berpasakkan keimanan yang utuh dan teguh kerana Allah. Pertolongan Allah itu hanyalah buat mereka yang ingin membantu agama Allah dengan yakin dan ikhlas. Yakin tanpa perlu risau akan musuh-musuh Allah yang turut sama menentang tetapi bersama kita ada kekuatan yang tidak terkalahkan iaitu kekuatan daripada Allah.

jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, para sahabat sentiasa melangkah dengan yakin ke mana sahaja mereka pergi. tatkala islam baru tersebar, mereka tidak penah berpaling daripada menyahut seruan berjihad hinggakan Saidina Umar sendiri dengan begitu yakin dan beraninya mencabar sesiapa sahaja yang berani menghalang laluannya untuk berhijrah ke madinah. Kalau yakin untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan, itu yakinkah?... tidak,itu bukan yakin tetapi itu adalah ketakutan sebenarnya tetapi ketakutan itu telah dikaburi dengan dorongan nafsu dan syitan yang hanya sementara.



Amanah, itulah tugasan terbesar seorang syabab. Sebagaimana yang kita semua tahu, hidup kita di bumi ini memegang amanah yang sangat besar, amanah yang tidak terdaya untuk diraih oleh gunung-ganang, amanah yang tidak sanggup dipikul lautan dan tanah tetapi sebagai manusia, amanah itu sanggup diambil. Amanah untuk menjadi khalifah , pengganti Allah di muka bumi, bukan pengganti sebagai ilah mahupun rab, tetapi pengganti sebagai pemimpin, pentadbir untuk memakmurkan bumi ini.

dunia hari ini semakin tenat. Jika kita singkap kembali sirah Israk dan mikraj, ketika Rasulullah dalam perjalanan menemui Allah, baginda ditemukan dengan berbagai-bagai kejadian aneh. Antaranya, seorang wanita yang sangat tua, tatkala baginda bertanya kepada Malaikat Jibril siapakah itu, dijawab, itulah bumi ini. Jika ketika itupun, wanita itu sudah sangat tua, bagaimana pula jika sekarang ini? bagaimana agaknya rupa wanita tu jika Allah tunjukkan pada kita saat ini. Muhasabahlah

nilai bersih merupakan aspek penting yang mesti dijaga oleh setiap syabab. Kebersihan diri sekaligus kebersihan hati dan iman. Itu yang paling penting dan utama. Kebersihan diri mungkin semua sudah maklum , tetapi kebersihan hati mungkin ramai yang masih belum tahu. Kebersihan hati boleh diumpamakan dengan menjaga baju putih yang sedang kita pakai. Kita mungkin telah meng'klorok'kan baju itu dan membasuhnya berkali-kali, tetapi kita tidak sedar ketika kita pakai itu, mungkin terkena debu-debu jalan, ataupun tertumpah kuah atau air yang kita makan dan minum seharian....

kebersihan hati , antara penyebab kekotorannya adalah terikat kepada dunia. terikat ini bukan bererti melupakan akhirat secara terus , tetapi terikat akan benda-benda yang boleh melalaikan diri daripada menempatkan Allah di dalam hati. Antaranya couple, cinta yang tidak diluluskan syarak, kerja yang melampau dan juga study juga kadang-kadang. Semua itu sememangnya tidak pernah lari daripada hidup kita bahkan buat penulis sendiri.Menjaga Allah di dalam hati sangat sukar, dan semoag kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk itu.

Amal dan bakti mungkin boleh disimpulkan sekali memandangkan kedua-duanya saling berkaitan cumanya terdapat sedikit perbezaan antara keduanya.Amal itu merupakan perbuatan yang kita lakukan dan lebih menjurus kepada diri kita sendiri.Amal yang dimaksudkan ini ialah amal soleh yang digalakkan islam untuk dilaksanakan. Amal yang soleh akan membuahkan pahala yang berlipat ganda. Lebih baik lagi jika kita berjaya menambahkan perisa Ikhlas dan istiqamah untuk dilakukan

bakti pula lebih untuk disebarkan mafaatnya kepada orang lain. Manfaat yang bisa digunapakaikan untuk kebersamaan orang lain. Erti hidup adalah pada memberi, apa guna mengumpul selembah emas jika orang lain tidak bisa menikmati manfaatnya bersama. Usahlah individualistik, didiklah dalam hati untuk terus berkongsi sesuatu yang berguna bersam orang lain biarpun ianya sebuha senyuman yang tanpa perlu dibayar dengan apa haga sekalipun. Berbaktilah kepada kedua ibubapamu, berbaktilah kepada sahabat-sahabatmu, berbaktilah kepada agamamu dan negaramu dan yang lebih penting lagi adalah berbaktilah untuk kesenangan dirimu di akhirat kelak insyaAllah.

kepada mesti VS remaja? bukankah remaja dan syabab itu ertinya sama?

memang sama cuma Syabab itu membawa syuur yang lebih tinggi berbanding remaja. Antara tujuh golongan yang Allah janjikan lindungi ketika di akhirat kelak , salah satu golongan itu adalah seorang syabab atau remaja atau pemuda yang hidup dalam ketaatan beribadah kepada tuhannya. Sewaktu mempelajari hadith ini daripada Ustazah Nafisah di Tingkatan 3, Ustazah ada menyebut kenapa tidak digunakan kalimah Rijal tetapi Syabab. Ini kerana Rijal itu kebanyakannya yang sudh berkahwin sedankan syabab lebih kepada yang belum.

sebagaimana yang kita tahu, ujian mereka-mereka yang belum berumahtangga ini lebih berat berbanding yang sudah. nafsu yang perlu dijaga dan dikawal ditambah lagi dengan godaan-godaan syaitan yang tidak pernah puas, menjadikan syabab itu suatu martabat yang sangat tinggi yang amat sukar untuk dikecapi. Kita takkan pernah mengaitkan anak muda yang rosak lewat hari ini dengan syabab tetapi selalu dikaitan dengan perkataan remaja... rema yang sudah lalai, remaja yang rosak, remaja yang hilang arah dan sebaginya.



sebenarnya, perkataan itu tidak pernah penting dan apa yang lebih utama ialah kita faham dan sedar akan kepentingan menjadi seorang muslim yang yang penuh beradab dan bertanggungjawab.Takkan pernah ditanya kita ini seorang syabab atau remaja tetapi adakah kita sudah selesai melaksanakan tugasan kita atau belum. Sudahkah kita memenuhi tanggungjawab kita atau masih terbengkalai. Allah tidak pernah melihat rupa parasmu mahupun harta bendamu, tetapi Allah melihat kepada hai budimu dan amal ibadahmu....



wallahu'alam

NB
-bersyukur kerana Allah sudah kembalikan air ke rumah ini kerana tadi bekalan air agak terputus, tetapi bersabar kerana baldi yang digunakan untuk menakung air tadi telah pecah kerana terjatuh
-terkejut kerana baru tahu esok keputusan PMRU akan keluar... mendoakan agar Kak Su ku sayang berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada penulis ataupun sama baik macam abang TBnya
-tahun abru sudah hampir... tahun 2009 yang sarat kenangan ini takkan kulupakan

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger