2009 ~ itulah aku

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh rasa terharu, rasa rindu dan rasa syukur, penulis mulakan penulisan kali ini

sedar tidak sedar, sudah lama penulis hidup, esok lembaran baru akan bermula, yang semalam akan pergi untuk selama-lamanya. 2009, esok tamatlah riwayatnya dan cerita 2010 akan bermula. Bermula tanpa kita tahu apa yang menanti kita. Sebak rasanya di hati penulis, 2009 , tahun yang takkan mungkin berganti, tercatat seribu satu pahit manisnya di situ. Terlakar banyak kenangan, terukir banyak impian yang tidak semua tercapai tetapi itulah yang terbaik yang telah Allah susunkan.

2009 ~ bohonglah jika penulis katakan itu satu tahun yang biasa.Tipu juga kalau penulis katakan tahun itu tahun yang amat istimewa... 2009, tahun yang sarat kenangan, sarat pengajaran, sarat impian dan sarat harapan. Tahun yang banyak mendidik, tahun yang banyak membimbing, tahun banyak belajar dan tahun banyak menimba pengalaman, tahun menempuh seribu suka, tahun menempuh seribu duka... itulah 2009.

Jan 09
-menempuh alam luar yang penuh pancaroba
-bermulalah hidup seorang graduan SPM,graduan SMAKL
-mula mengambil kelas memandu (bitara)
-pendaftaran SMAKL ... sedih tak dapat hadir kerana sebab di atas tetapi gembira kerana Adli dan Anas yang dirindui bertandang ke rumah
-menimba pengalaman menjadi kerani di SRIQ

Feb 09
-meneruskan kehidupan sama seperti Jan 09
-belajar menjadi lebih baik
-menjadi fesi kem pengawas SRIQ


fesi kem pengawas

Mac 09
-pertama kali menjadi mangsa kemalangan jalan raya , biarpun penulis yang salah agaknya, tetapi Allah lindung dengan hanya mengalami luka kecil sahaja di jari tangan kelingking dan motor juga alhamdulillah tiada apa-apa... cuma kereta itu yang tercabut bumper depannya.... biarpun dia lari, redha sahaja.
-terkandas dalam ujian motor... meruakan kekecewaan paling dalam pernah dirasai
-menjadi insan berusia genap 18 tahun dan keluarnya keputusan ujian 'penentu masa depan'... hihi



-Himega 09... mencipta jejak sendiri... meneropong kehidupan IPT...

April 09
-Jaulah Cinta bersama gen 3 SMAKL ke Matri dan KTD.. pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan kenangan yang akan selalu dalam ingatan



-Hari sukan sriq.... antara hari sukan sriq yang paling best dan berjaya... gembira mendapat baju abru tetapi sedih kerana topi tersayang hilang selepas acara ini.. T-T



-mula memikirkan masa depan... mengisi borang itu dan ini, berdoa agar dapat masuk ke UIA dalam bidang itu... juga berdoa agar dapat scholar JPA .. hihi

Mei 09
-Kem Pengawas SMAKL.... mendidik hati menjadi lebih sabar kerana musibah itu ada di mana-mana
-keputusan KPTM sudah keluar.. UIA ditangan tetapi course itu????
-JPA sudah keluar tetapi ??????..... antara kekecewaan yang sangat dalam.. hihi
-merantau ke Selangor untuk menguruskan Majalah sekolah yang agak lambat proses pembikinannya (rindu daud mode)
-hari guru.... merindui zaman-zaman sambutan hari guru di SMAKL dulu
-menziarahi Ustaz Rahmat dan Cikgu Mat Saad yang tidak begitu sihat



-minggu terakhir berkhidmat di SRIQ ..... sedih + gembira
-meninggalkan rumah untuk ke tempat ilmu... UIA..... sedih mode




 uiaku sayang

-taaruf week yang penuh memori biarpun malam kebudayaan itu sangat menyakitkan hati ~

Jun 09
-bermulalah kehidupan di UIA sebagai pelajar yang sangat aktif (cewah)
-sedih kerana kcourse itu tidak berjaya didapatkan biarpun kakak sudah berusaha untuk memujuk tukang bubuh itu... hihi
-dua minggu yang tidak tahu hendak buat apa kerana jadual masih belum ada dan penulis selalu didapati merayau-rayau di library kerana berebut menggunakan internet dan komputer
-mula mengembang puisi dan cerpen, juga aktif mengupdate blog ketika itu... hihi
-menjadi kamcing dengan miss shafiyyah kerana merupakan oarng yang setiap hari pergi ke biliknya..hihi



-minggu akhir itu barulah kelas penulis bermula,, dan bermulalah hidup seorang saza s di UIA

Julai 09
-GPDP ... program paling ***** pernah penulis hadiri tetapi disebabkan ada carry mark, gagahkan jua untukmengikutinya 
-wedding of the year... kenduri kak Umaimah yang dihadiri dan dibantu hingga dinobatkan menjadi tukang cuci paling bertauliah
-kerja semakin meinmbun ... semuanya gara-gara GPDP... hihi ... padahal salah sendiri
-seruan bumi anbiyak...... langkah selalu keliru hingga lidahku semakin kelu dan jejakku seakan hilang sepatu
-memberitahu keputusan untuk ke mesir kepada hafiz dengan penuh harapan dan kesedihan juga kepada sahbat-sahabat yang lain
-meninggalkan UIA yang penuh kenangan... itulah kenangan paling indah pernah dikecapi.
-kembali berteleku di rumah dan merana rindukan UIA.... T_T

Ogos 09
-menghabiskan VT
-mengahdiri kenduri aqiqah kawan abi yang diadakan di SMAKL... rindu untuk makan banyak...
-mempersiapkan diri menghadapai Ramadhan
-ISD 2 ... Smakl bergegar lagi


-mengikuti program Perantau yang memperkenalkan penulis kepada sahabat-sahabat di Mesir dan bumi anbiyak sendiri
-ILIM- orientasi pelajar AQ.... 1 ramadhan
-menemui sahabat-sahabat UIA, kelana ke Klang, Banting dan PJ
-empangan pecah tatkala pulang daripada UIA.... sayonara Uia




September 09
-menghitung hari meninggalkan tanah air
-terbang membelah awan tanpa menangis dan sebagainya kerana dalah hati sudah lama teresak-esak
-menderita rindu tetapi tidak kronik
-berusaha untuk menyesuaikan diri
-Selamat Hari Raya... empangan itu pecah jua

Oktober 09
-mula kuliah dengan semangat dan kesadaran...utuk berjaya
-merasai kehidupan pelajar medic yang semakin hari semakin mencabar
-menghadiri sambutan aidilfitri yang tidak putus-putus
-pertama kali merasai hujan di kaherah....alhamdulillah

November
-meneruskan kehidupan sebagai pelajar, bangun apgi, ke kelas, belajar, pulang, study dan akhirnya tidur untuk bersedia untuk esok pula
-ujian itu... ujian pertama yang benar-benar menyedarkan penulis hakikat sebenar ujian itu.
-eidul adha.... tidak sihat pada hari pertama

Disember 09
-Glow with Flow ~ takkan dilupakan kenangan itu
-merasai kerinduan yang amat saangat terhadap malaysia hingga hidup ini terganggu seketika
-Maal Hijrah... melangkahlah dengan yakin
-teringatkan adik-adik gen 3 yang sudah menjadi graduan SMAKL ~ rindu antum
-PMR ... tahniah kepada semua
-2009 ~ itulah aku

semoga Allah merahmati kita semua ...semoga dengan tahun baru ini, hidup lebih Allah mudahkan

NB
-tertanya-tanya adakah diri sudah bersedia untuk menempuhi tahun baru
-perlu meningkatkan azam, dan memaintainkan azam tahun lepas yang hanya berjaya dilaksanakan 1 sahaja
-tertanya-tanya berapakah keputusan kak su kusayang dalam PMRUnya
-Tahniah SMAKL, keputusan PMRU sangat membanggakan...alhamdulillah
-rindu sahabat-sahabat semua......
-ya Allah , berikanlah kami semula air... kami perlukan air..... T-T

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger