11 Januari

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kesyukuran atas kurniaan kesempatan waktu ya Allah berikan ini, juga hayat yang semakin meningkat , penullis mulakan penulisan kali ini.



baru sekarang merasai beratnya tanggunhjawab sebagai seorang manusia. Semua perkara harus dilaksanakan. Semua benda perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. berbekalkan pengalaman dan pengurusan waktu yang masih belum baik lagi, kadang-kadang capek sering kali datang menggoda , jika tidak kerana suruhan Rasulullah agar tidak menagguh-nangguh kerja , sudah pasti segala dibiarkan begitu sahaj... tambahan pula musim peperiksaan semakin mendekat, seperti ingin menatap buku-buku pelajaran sahaja tanpa melakukan perkara lain tetapi lumrah manusia yang lemah takkan dapat menelaah sahaja tanpa merehatkan minda... hihi

Alhamdulillah 11 Januari 201- sudah genap 4 bulan penulis berada di bumi anbiyak ini. Tempoh yag dirasakan sangat sekejap berlalu. terlalu singkat masa bergerak eminggalkan manusia, membiarkan yang lalai dalam lekanya dan membawa bersama yang sedar menuju Pencipta.Alhamdulillah dengan sedikit kesedaran yang Allah campakkan ke dalam hati ini, setiap kali keluarga di malaysia menelefon di sini, hati sentiasa meronta-ronta mahu pulang, tetapi apa kan daya , tugas di sini masih jauh perjalanannya... kata ummi " you always keep counting the days right?" dan penulis hanya akan tertawa mendengar ucapan itu.. sungguh rindu yang semakin menebal ini mengiakan pernyataan itu.

menjadi kebiasaan di rumah ini meraikan setiap kali ulang bulan kami ke Mesir... biarpun baru 4 bulan, alhamdulillah banyak sebenarnya yang penulis perolehi, biarpun ia sesuatu yng sangat kecil nilainya tetapi jika Allah yang menilainya, maka itulah sebaik-baik penilaian.






" dah empat bulan kita kat sini. macam baru dua minggu je ... kejap betul masa berlalu " kata Syamil sewaktu menunggu untuk berbuka puasa kelmarin.

" alah.. baru 4 bulan, belum lagi setahun ... nanti sekejap je kita rasa " kata Zikri pula , biarpun tidak berpuasa tetapi turut ada bersama untuk meraiakan kita semua.

"tengoklah nanti 6 tahun tu sekejap je... tahu-tahu kita semua dah habis belajar.. kalau Allah izin semuanya jadi dotor kat Malaysia... " ....

gelagat itu sungguh meruntun hati.... masa takkan pernah berhenti bergerak dan penulis di sini selalu berdoa dan berharap agar Allah terus menguatkan hati untuk tahun pertama ini, untuk 6 tahun nanti hingga ke akhir hayat insyaAllah. Dua tiga hari ini, bayangan sahabat-sahabat di Malaysia sentiasa menari-nari dalam legar ingatan, rindu pada mereka memang tidak terkata.... tetapi mengingatkan kata-kata Naqib ketika perjumpaan di UIA dahulu..

"Saeed, kalau anta sayangkan hubungan yang kita bina sekarang ini, anta takkan merindui kami semua.... tapi anta akan merindui kami sambil berlajar dengan lebih bersungguh-sunggu di sana... dan kami semua pasti akan merindui anta juga" ... menitis air mata mendengar.....



tahun baru... bauan 2010 sudah dapat dirasakan tetapi aroma 2009 takkan pernah pudar... kata Kakak, status penulis sama dengan statusnya  di YM... mendidik diri untuk menjadi lebih sabar dan terus kuat berusaha.. .. terima kasih kakak kerana terlalu memahami adikmu ini... yang takkan punya apa-paa tanpa dirimu yang selalu menunjuk ajar dan menunjukkan contoh yang amat baik dan mengagumkan.....

kini, usia sudah meningkat, 2010 ertinya sudah masuk era 19 tahun . tahun hadapan sudah masuk era puluhan... tanggungjawab makin berat, masuliyyah makin banyak.... kalau dalam rumah ini sudah ramai yang sibuk-sibuk cakap sola walimah sama ada ketika belajar mahupun seusai pengajian.... itu semua urusan Allah, jangan dicari kerana insyaAllah yang suci akan Allah temukan nanti.....



wallahu'alam

NB
-rindu semakin membuak-buak
-ingin menyertai sayembara penulisan GLKN... mohon doa antum semua... insyaAllah
-tahniah buat adik TB dan kak Su atas kejayaan mereka untuk PMRU dan SMU ... ternyata korang semua tak dapat pintas abang Saeed lagi ..hihi
-moga adik-adikku terus kuat menelusuri tarbiyah di SMAKL, Matri dan SMIK insyaAlah

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger