tinggi manusia di kaki pencipta

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

dengan lafaz bismillah dan rasa hina sebagai hamba yang tidak pernah selesai menjalankan amanah dan tanggungjawab yang ditaklifkan, penulis mulakan penulisan kali ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


'dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam itu daripada kalangan jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah,mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah.Mereka itu ibaratnya binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi daripada itu. Mereka itulah orang-orang yang lalai ' - Al-A'raaf , 179


selama kita hidup , pernahkah kita berhati-hati dalam menentukan halal haram sesuatu perkara itu? adakah sama dengan berhati-hati memilih ikan segar ataupun tidak, atau adakah sama dengan berhati-hati menentukan bilangan buah atau sayur agar bercukupan dengan kadar timbangan? pernahkah kita terfikir untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam kelompok haram ketika melakukan sesuatu?

perkara ini seringkali kita abaikan. Penulis sendiri selalu sahaja memandang enteng persoalan ini. Tentang kebersihan makan pakai kita. tentang kesohehan wang belanja kita. Tentang kesucian amal dan perbuatan kita. Benar-benar halal dan diterima Allah , atau dikaburi dengan maya Syubhah.Kita mungkin pernah terjumpa sekeping wang 50 sen sewaktu mengemas almari di rumah yang mungkin terjatuh dicelah-celah almari itu, atau kita mungkin ternampak sebungkus biskut di dalam bilik kita tanpa kita tahu siapa empunya barangan itu. Adakah kita akan membiarkan barang itu atau kita akan keluar dan bertanya milik siapa harat-harta itu, ataupun kita akan terus menggunakannya dan memakannya tanpa fikir banyak.

sifat wara' dalam tarki syubhah. menanam sifat berhati-hati dalam mendepani perkara-perkara yang sama-samar dalam hidup kita.bagaimana agaknya perkara syubhah itu? syubhah itu mungkin secara kasar boleh disimpulkan dengan 'perkatra-perkara yang  tidak begitu jelas halal haramnya' ataupun perkara-perkara yang kita tidak tahu adakah ia boleh untuk kita lakukannya atau tidak. Berlaku kesamaran dalam penentuan hukum bagi perkara itu. Perkara-perkara inila yang dikatakans ebagai syubhah.

bagaimana sebenarnya cara kita mendepani situasi ini, situasi yangs seringkali berlaku dalam hidup kita. Adakah kita mengambil jalan berhati-hati , atau kita tinggal terus atau kita belasah aje?

menurut saudara Hilal Asyraf , cara yang paling baik mendepani keadaan ini adalah dengan menanam sifat wara'. Pada mulanya penulis juga agak keliru, tetapi membaca pandangan beliau barulah penulis faham. Orang-orang yang bersifat warak ini hanya beregang kepada HALAL sahaja.... bukan menolak yang haram tetapi sebarang perkara yang kabur-kabur akan terus ditinggalkannya tanpa ragu-ragu.Bukan terlampau berhati-hati tetapi kuat menjaga kehormatan diri. Kita semua tahu bahawa kebanyakkan yang syubhah atau tidak jelas itu lebih cenderung kepada haram... maka mengapa harus kita ragu-ragu lagi.

rentetan sirah Nabawiyah, ada menceritakan kisah Rasulullah yang terjumpa sebiji tamar ditengah jalan. Kalau  kita sudah pasti akan kita sambar sahaja kan? tetapi Rasulullah bersabda " Kalau aku tidak takut bahawa tamar ini adalah daripada sedeqah dan zakat, sudah pasti aku akan makan tamar ini" lantas Rasulullah membiarkan tamar itu. Jelas bukan praktik waraknya. Kisah Saidina Umar yang memuntahkan kembali makanan yang merupakan hasil peluh hambanya ketika di zaman jahiliyyah juga merupakan contah terdekat dalam kita meneliti kepentingan warak ini.

Namun begitu, dalam menentukan adakah kita akan menjadi hamba yang berhati-hati dalam meneruskan jejak kehidupan, mahupun menjadi golongan yang berjalan dengan panduan hawa nafsu, tanyalah hati kita semua, di pihak siapa ia berada. Sentiasalah bermuhasabah dengan hati akan kedudukannya dalam kehidupan kita. di jalan lurus atau di simpang yang bersiur. 'Al-Qalb' itu sifatnya 'yataqabbalu' yakni sentiasa berubah-ubah Kalau dalam sabda Rasulullah "jika baik seketul daging itu maka baiklah keseluruhannya dan jika buruk daging itu , buruklah keseluruhannya...apa tidaklah ia hati kita", wajiblah bagi kita sentiasa memperbetulkan hati kita di mana sahaja kita berada.



cubalah kita raba ,setinggi mana kita sebagai manusia jika di ukur di kaki pencipta kita
Al-Hasanu ma hassanahu asy-syar'u walqabiihu ma qabbahahu asy-syar'u
wallahua'lam

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger