ketika cinta bertasbih

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


dengan mengharap redha Allah ,dan keinginan untuk berkonsi  keindahan ciptaan Allah, penulis mulakan penulisan kali ini.



'Ketika Cinta Bertasbih'

pasti ramai yang membuat spekulasi awal tatkala membaca tajuk entry kali ini bukan. Alhamdulillah, ALlah izinkan juga penulis untuk menonton hasil ciptaan Allah yang telah dilaksanakan oleh manusia ini. Dua buah filem, sekual cerita cinta terbaik yang perah penulis tonton sepanjang hayat. Mengandungi mesej yang amat dalam dan skop pemikiran yang amat luas.Mungkin boleh dikatakan sebagai 'filem wajib tonton 2010'

sebetulnya, penulis agak ralat kerana tidak berpeluang lagi untuk membaca dan menelaah buku karangan Habiburrahman El-Shairazy yang sebanyak dua buah itu sebelum menonton filem ini. Berbeza dengan Ayat-ayat Cinta yang telah penulis dahulukan bukunya sebelum filemnya. Dapatlah melihat perbezaan pemikiran antara pembikin buku dan pembikin filem. Yang lebih penting lagi, meingkatkan tahap kepekaan terhadap isu-isu yang ingin di sampaikan. Menyentuh hati atau sekadar mainan di pinggir bibir semata.

kisah seorang pemuda, pelajar bumi anbiyak (oh..penuliskah itu?), Abdullah Khairul Azzam bersama ;liku-liku perjuangannya di sini (egypt), tabah menempuh 9 tahun dalam dunia pengajian,perniagaan dan kesusahan tetapi lahir sebagai pemuda yang tabah dan berjaya bersama kelulusan yang berjaya diraihnya dan akhirnya bersama kekasih yang amay dicintainya, Allah dan rasul serta seorang bidadari selembut wanita di dunia.

cinta yang dipamerkan dalam kisah ini sangat terjaga kesuciannya. Terlalu mementingkan kebersihan akhlak dan iman seseorang tanpa melihat rupa paras, agama mesti syarat utama bersama cinta yang insyaAllah kekal hingga akhir hayat. Tidak tergopoh-gapah menerima sebarang cinta yang hadir tetapi membuat penilaian yang waras berpandukan mata iman dan bimbingan taqwa. Tidak melulu menuruti hawa nafsu, tidak terburu memenuhi kehendak kalbu tetapi berjalan dengan tertib di atas landasan islam bersama untaian tasbih bersemi kalimah ilahi di bibir.

pada penulis, kekuatan sebenarnya yang berjaya mencuri tempat di hati penulis tentang filem ini adalah nilai kekeluargaannya yang sangat kukuh dan juga nilai keagamaannya yang sangat terjaga dan dipelihara. Nilainya cinta yang akhirnya menyatukan Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa' mungkin antara nilai yang agak penting, cuma tidak sekuat yang dua tadi.air mata penulis menitis laju tatkala menyaksikan filem pertama saat Ayatul Husna menyambut kekandanya di lapangan terbang indonesia. Dalamnya keinginan untuk menemui abang yang sangat lama berkelana di bumi orang bersama tanggungjawab ayah terpikul di pundak kecil itu. Rindu begitu terasa terhadap abang yang dikasihi di tanah air.

menjadi pelajar Az-Azhar benar-benar merupakan satu tanggungjawab besar. meskipun pelajar perubatan, nama 'azhar ' itu sendiri akan memberikan 'title' itu kepada kita. Harus mempersiapkan diri dengan selengkapnya. Bukan datang untuk belajar medic dan pulang menjadi doktor biasa. Bukan. Khairul Azzam yang baru selesai S1 itu sudah diminta untuk menghuraikan kitab Al-Hikam karangan Ibnu Atqoilah. Semuanya kerana dia merupakan graduan Azhar...lihat besarnya tanggungjawab sebagai mahasiswa Azhar.... bukan sekdar nama , tetapi praktis itu yang lebih penting.

kalau boleh, penulis tidak mahu menguraikan dengan lebih lanjut berkenaan filem ini...apapun, anda semua WAJIB TONTON filem ini, nilai kekeluargaan, keagamaan,kasih-sayang,ketabahan dan kebergantungan kepad Allah... cukup rempah ratus dan ramuannya...

KCB 1 - "cubalah kamu raba, apa kata Kaherah padamu"

KCB 2 - "kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah tuhannya, tidak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala. kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah tuhannya.tak pernah lelah mebagi cerah cahaya, tak pernah lelah menghangatkan jiwa"

muhasabahlah setelah anda menonton filem ini,
mampukah 'ketika cinta bertasbih' mingkatkan amalan tasbih anda







wallahua'lam

4 comments:

sinar_islami said...

"mampukah 'ketika cinta bertasbih' mingkatkan amalan tasbih anda"

Peringatan yang berguna ana kira..
hebat mana pun penangan KCB...
kita juga kena bijak menilai..
dunia ni penuh tipu daya..
selagi cuba untuk mencari redha Allah selagi itulah si syaitan dan nafsu akan berbuat angkara..
mka hati-hati itu perlu =)

saza s said...

buat sinar_islami

tercipta dunia dengan penuh perangkap dan tipu daya...

hanya mereka yang berjalan dengan sepatu taqwa sahaja yang mampu untuk terus melangkah dengan cermat tanpa terjatuh ke jerat dosa.

doakanlah kita agar sama-sama berjaya
bittaufiq wannajah.

sinar_islami said...

rabbuna ma'ak wa yusahhil InsyaAllah

saza s said...

wallah huyubarik alaina
bittaufiq aidhan kak sinar

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger