layarku masih jauh

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan memuji dan bergantung kepada kuasa yang Maha Esa dan debaran ujian peperiksaan pertengahan tahun yang semakin mendekat ini, penulis mulakan penulisan kali ini



berbekalkan sedikit kekuatan yang Allah berikan kepada kita semua dan sedikit kelapangan biarpun tidak sebanyak orang lain, marilah kita memperbaharui kembali niat dan matlamat hidup kita. Kita tajdid kembali iman dan Islam kita. Kita muhasabah kembali kehidupan kita pada saat dan ketika ini, adakah kita berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah, atau kita berada di dalam kesamaran hidup seperti yang pernah penulis ceritakan pada post baru-baru ini

insyaAllah...layar kehidupan masih jauh terbentang..insyaAllah peperiksaan pertengahan tahun bakal penulis hadapi....biarpun sekadar peperiksaan pertengahan tahun yang markahnya tidak lebih daripada 40% daripada markah keseluruhan, tetapi seorang mukmin itu mampu untuk mencipta kegemilangan di dalam setiap perjuangan yang dihadapinya. Tidak mengambil mudah setiap urusan hidupnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamerkan yang terbaik dalam perkara yang diceburinya...


terkenangkan sirah Rasulullah , ketika setiap peperangan terjadi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada semua pada sahabat supaya tidak mengejar dunia di dalam berjuang dan selalu bertawakkal kepada Allah di dalam setiap urusannya.Orang mukmin itu sebenarnya orang yang paling berjaya. Sama ada menang ataupun syahid. kedua-duanya dikira berjaya, kalau menang, berjaya menegakkan martabat Islam, kalau syahid berjaya pulang ke pangakuan Allah dengan saksi perjuangan yang ditempuhi...alhamdulillah.Juga, mukmin itu paling beruntung, jika mendapat anugerah, dia akan bersyukur dan jika ditimpa musibah, dia akan sabar... maka siapa lagi yang dapat melawan kekuatan dan keunikan orang mukmin?

insyaAllah, melihat kepada tarikh entry ini dipostkan, penulis cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk melangkah ke fatrah examination.Biarpun pada asalnya, penulis ingin meng'post'kan entry ini sehari lebih awal, tetapi disebabkan connection internet di rumah ini seperti nyawa-nyawa ikan, terpaksa ditunda hingga saat ini.Kalau diikutkan rasa hati, mungkin Allah tidak mebgizinkan penulis untuk menulis entry ini tetapi alhamdulillah, doa yang penulis pohon saban waktu solat Allah makbulkan jua.



insyaAllah...pelajar tahun 1 Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar tahun 1 dan tahun 2 akan menempuhi peperiksaan pertengahan tahun bermula 1 Feb hingga 4 Feb.Kalau diikutkan pengalaman senior -senior medic tahun lain, peperiksaan straight tanpa gap satu atau dua hari benar-benar membebankan, tetapi pada penulis mungkin itu cabaran yang Allah hendak berikan kepada kami. Untuk menjadi kayu ukur, sejauh mana usaha dan kebergantungan kami kepada Allah.Sekadar sibuk mengulang kaji dan membaca sahaja atau tidak lupa menunaikan solat hajat dan berdoa siang dan malam....

insyaAllah, berbekalkan doa kalian yang membaca dan sudi ziarah ke blog yang tidak seberapa ini, penulis yakin untuk meraih keputusan yang setimpal dengan usaha penulis. Biarpun penulis tidaklah sehebat yang lain tetapi pesan Dr Hafizuddin, orang yang berjaya itu adalah orang yang meraih keputusan mengikut kemampuannya. Kalau Allah bagi Jayyid sahaja, maka jayyidlah kejayaannya. InsyaAllah. Pangkat M itu tetap menjadi target penulis. Mohon doa semuanya ya.

 

Juga penulis ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada sahabat-sahibah penulis yang melata sekali di bumi Anbiyak ini. bioarpun ada yang sudah tamat ujian mereka, teruskan berdoa dan meminta daripada ALlah, dan ingat 'pelajar yang hebat adalah mereka yang belajar sebelum dan selepas peperiksaan. Bukan sebelum peperiksaan semata-mata.


Dr Faiz Sobri,Dr Sh. Nurul Hidayah, Dr Umar Hakimin, Dr Haziq - Cairo University

Dr Hasyimi Mat Noor, Dr Syamila Rosman, Dr Atikah Razak,Dr Insyirah Abdullah,Dr Nawwar Afifah- Alexandria University

Dr Shafie Idris,Dr Che Muhamad Anas, Dr Tarmizi Ibrahim - Ain Shams University

Dr Usamah, Dr Khairun Najmi, Dr Abrar - Mansurah University

Dr Husna dan Huda ahmad Sani, Dr Deeni wan Ali - Tanta University

Dr Muhaimin , Dr Imran dan seluruh warga AQ - University Zaqaziq

Dr Taufiq Alis , Dr Sa**d (insyaAllah) dan seluruh warga AQ - Al-Azhar University

Gambatte kudasai~
Bittaufiq wannajah~

Selamat berjaya menempuh peperiksaan~
innalah ma'ana

layarku masih jauh......doakan penulis ya
wallahua'lam


NB-
-Semoga Allah memberikan kekuatan kepada penulis untuk menhadapi ujian kali ini
-pesan kakak kepada penulis 'jangan cuba-cuba nak couple...kalau nak tengok kakak naik hantu , trylah!' nauzubillah mengenangkan virus itu sudah mula menular dalam masyrakat keliling penulis
-suka berkongsi tweet kak huda ' single is simple, couple is trouble, married is synergism (1+1=3)'
tetapi urusan 'itu' masih jauh untuk difikirkan penulis ...hihihi 
-kalau kak sinar islami menerima kunjungan tetamu alex, penulis tidak sabar-sabar menerima kunjungan tetamu Jordan dan menjadi tetamu Alex,dumiat,zaqaziq dan juga Sinai...insyaAllah





10 comments:

hoodsunny said...

end round exam on early march~ thanks for da early du3a.

'itu' perlukan perancangan daripada sekarang, cuma bukan perlu difikirkan setiap masa sehingga mengambil hak2 perkara lain dan kewajipan lain utk difikirkan.

May Allah grant the very BEST thing for you..everytime, anytime, everywhere, anywhere..

'aliyah himmatuha said...

alfu syukr atas doanya

teringat pesan ustaz lutfi
saling mendoakanlah sesama antum tapi bukan untuk diri sendiri tetapi untuk sahabatnya dan sebaliknya

kerana malaikat akan mengaminkan hambaNya yang mendoakan sahabatnya

A --> B = B --> A = synergisms

rabbuna yustir 'ala kulli haal

sirulasrar88 said...

salam..

adikku yang tercinta dan sudah lame tak menatap matanya..

kaifahal...

semuga sukses yer dalam imtihan kali ni..kami dicni sentiasa mendoakan kejayaan adiknya (kakak, kak da dan abg siddiq) atau abangnya (tb, su, ma dan wa) dan terutamanya anakanda (umi dan abi)..

jga HDA dan D&T yer..

poskanlah doamu untuk kami dari tanah barakah itu...

salam alaik..

lowprof said...

slm,

nak dtg alex ke.... ??? wah... alex ni x byk tempat nak ziarah... tapi boleh je ana bawakkan.. adela 3,4 tempat yg senang dilawati...

tapi.. nak dtg.. bg taw dulu... okay je... kalau nak tdr rmh... bg taw lg awal... kalau ramai... mgkn x muat.. rmh x muat la...

isyaAllah ... kite yg berusaha. natijah alah yg uruskan.. kite x elok mempertikaikan natijah...

ana doakan nta berjaya dunia dan akhirat...

N.B:
ana exam lmbt lagi... lepas cuti...
cuti x rancang nak p mane2 la... cairo insyaAllah...

saza s said...

kepada hoodsunny

salam kak hood
insyaAllah..Allah permudahkan
syukran atas saranan atas urussan itu.

tetapi mungkin sekarang bukan lagi masanya untuk memikirkan perkara itu

masih jauh layar ku ini

saza s said...

kepada aliyah himmatuha

syukran...baru terdengar ucapan itu
ukhuwwah is synergism
lets start pray for ownself and others too

sharing is caring
syukran

saza s said...

kepada sirulasrar88

dinda di sini tidak pernah henti lengalirkan air mata rindu yang tiada tara serta doa tulus buat sekeluarga agar terus hidup di dalam rahmat dan bahagia

insyaAllah...nama kalian tidak pernah terhenti meniti di bibir hati ini

rindu kerana Allah

saza s said...

kepada hasyimi

insyaAllah...we have a commintment
tak sabar menjadi tetapi iskandariah

hihi

sinar_islami said...

=) baru ana sedar ada entri termaktub nama ana ni..
syukran ana ucapkan..
dah kllinikal ni lain pula setiap 2 bulan kerjanya pekse je..
InsyaAllah..mid term saza pun dh berlalu.
.Moga ini antara pengalaman baru untuk merangka kejayaan masa hadapan..
rancanglah kehidupan pelajar medic yang Allah redhai..

saza s said...

kepada sinar islami

setiap ujian itu adalah alat mematngkan diri dan ilmu

insyaAllah...gambatteh

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger