coretan fatrah imtihan

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan kedinginan bayu syita yang sungguh kuat mendakap tubuh serta lambaian cuti yang mula memanggil-manggil untuk mara kepadanya , penulis mulakan penulisan kali ini

 
seusai peperiksaan

alhamdulillah, peperiksaan pertengahan tahun penulis sudah tamat lewat tengahari Khamis, 4 Feb yang lalu. Alhamdulillah, usaha sudah penulis curahkan biarpun masih belum mencapai tahap maksimum, doa sudah dititipkan saban solat dan usaha, tekun dan cermat sudah disisipkan ketika menjawab soalan dan kini dirantaikan dengan ikatan tawakkal dan doa yang harusnya tidak putus-putus agar Allah mempermudahkan segala urusan.Sebagai makhluk yang lemah setelah membuat segala persiapan dan pertempuran kepada Allah sahajalah kita menyerahkan segala ketentuan dan natijah.

pesan hasyimi, tak baik mempersoalkan natijah, itu mempertikaikan qada' dan qadar Allah namanya... insyaAllah, biar faham, keindahan usaha adalah terletak pada hasil yang ditentukan. keindahan hasil yang ditentukan adalah pada hati yang sedia menerima apa sahaja tanpa banyak bicara dan soalan. Menerima dengan tangan terbuka dan hati yang seikhlasnya meredhai.Itulah yang terbaik dalam mempersiapkan hati untuk keputusannya. Biarpun penulis antara insan-insan yang Allah kurniakan kelemahan (takut gagal dan kalah) tetapi sentiasalah berdoa agar Allah menetapkan hati kita atas landasan taqwanya yang lurus amiin.

ingin berkongsi pengalaman hidup ketika di dalam ftrah peperiksaan. kata orang pelajar medic hidupnya memang 'tiada life' terutamanya ketika exam...sesekali mengenangkan diri yang lemah serba kekuarangan ini, tergelak juga mendengar ungkapan itu. benarkah tiada life? penulis sendiri tidak tahu jawapannya.hidup yang sebenar adalah pada hidupnya hati mengingati Allah...jika tubuh fizikal mampu kesana kesini tetapi hatinya sudah lama tidak berhubung dengan Allah, mati juga hatinya. bila mati hatinya apakah gunanya tubuh itu diangkut ke hulu dan ke hilir...evaluasilah hati anda , hidup atau mati?


1 feb 2010
-peperiksaan histology, antara subjek yang seringkali di anggap remah oleh sebahagian pelajar. Nak kata susah , susahlah juga. nak kata senag, setiap kali diadakan ujian kecil, taklah selalu dapat markah tinggi
-malam pertama mengulang kaji, kantuk terlalu awal menyapa perpebral muscle ini. Jam 8 sahaja sudah menguap minta direhatkan diri. Oh , ini namanya nafsu dan malas. jangan dilayan sangat
-alhamdulillah, tahajjud berjaya ditunaikan,memohon kekuatan dan pertolongan daripada Allah setiap masa
-waktu pagi digunakan untuk membuat latihan ringkas, teman di ruang tamu sudah mengadakan kuiz kecil-kecilan sesama mereka.....soalan demi soalan dijawab, ada yang salah, ada yangg betul......
-masuk ke dewan kuliah, bersama debaran...Allah ingin uji, kertas itu tidak berjaya dijawab dengan yakin, ada keraguan yang masih berbaki biarpun seusai satu jam masa menjawab berlalu...membawa diri pulang bersama kekecewaan kecil itu.

2 Feb 2010
-peperiksaan Biochemistry , subjek yang memang diakui susah oleh professor yang mengajar,  berjaya menimbulkan kegerunan dan sedikit semangat (kononnya).....
-tugasan memasak terhidang, Alhamdulillah, sempat menyaipkan menu ringkas tetapi berkhasiat insyaAllah. Dalam kesibukan berkejar-kejar bersama-sama waktu yang ada... Allah kurniakan dengan kesempatan untuk  habis mengulang kaji setiap sub topik
-kertas peperiksaan berjaya dijawab dengan lancar tetapi waspada. teringat pesanan ummi, haste makes waste.
-tersenyum tatkala teringat kata-kata professor sewaktu menyerahkan kertas soalan. "do well Saeed. Good luck".... hadiah suatu doa.

3 Feb 2010
-peperiksaan Phisiology, subtopik paling banyak perlu dirivise .... digelar killer subjek tahun 1.. betulkah?
-berita yang sungguh mengejutkan.....boleh call free ke Malaysia melalui no celcom.... ADUSSS! habis waktuku untuk study digunakan untuk melepaskan rindu...nge3
-alhamdulillah, dalam mengejar-ngejar waktu untuk mengulang kaji pelajaran, masih sempat untuk menghubungi semua ahli keluarga di tanahair.....juga teman-teman yang dirindui khususnya yang masih lagi meneguk ilmu di UIA....
-mohon maaf kerana tidak sempat menelefon semuanya kerana terlalu lewat... afdholul rahman, faiz shahabuddin,adli shahrin, ali foudzi dll
-hahaha...tulah telefon lagi....kan dah sempit massa untuk study..... ya allah bantulah hambamu.

4 Feb 2010
-peperiksaan Anatomy, sepatutnya menjadi subjek yang paling berat dan paling banyak untuk diulang dan dihafal...tetapi....hehehe
-professor telah mengadakan latihan oral dengan begitu banyak menyebabkan kami yakin soalan-soalan itu yang akan naik ke dalam peperiksaan.
-sekadar mengulang kaji mengikut soalan-soalan tersebut sahaja , sambil membuat latihan sikit-sikit... aiyyo, harus lebih yakin dan bersemangat.
-tetapi Alhamdulillah, bermula dari problem solving hinggalah ke MCQ semuanya sudah dibincangkan dalam kelas.... ma fish musykillah...

Ma'radh kutub di stad kaherah.....alhamdulillah, seusai peperiksaan, penulis bersama semua ahli bait dan beberapa teman yang lain bertapak juga ke pesta buku antarabangsa keharah itu. Pada mulanya hanya beberapa orang sahaja yang ingin ke sana tetapi setelah 'aku pun nak pergi, saya pun nak ikut, ana baru teringin nak pergi...', berjalan segerombolan manusia merentas jalan raya di bandar kaherah itu untuk ke sana. Stadium Kaherah yang terletak beberapa kilometer sahaj daripada kuliah Tibb Azhar dijejaki dengan berjalan kaki sahaja, pada mulanya ingin mengambil bas kerana tidak tahu tempatnya di mana, tetapi setelah disarankan oleh beberapa senior tahun dua, berjalan kaki sahaja sudah cukup.

Pesta Buku Antarabangsa Amerika Kaherah

pertama kali menjejakkan kaki ke sebuah pesta buku antarabangsa.....tidak terlawat setiap booth yang menjual buku, sekadar melewati di sekitar kawasan menjual buku-buku bahasa arab sahaja. Kalau tidak kerana ilmu bahasa arab ini masih tumpul dan mentah sudah pasti segala buku-buku arab itu dibeli dan dibaca...omong kosong berbunyi nyaringkah itu? yang pasti, penulis tidak dapat membeli sebarang buku pada pesta buku antarabangsa kali ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan yang paling penting harus mengkhatamkan segala buku yang ada di rumah itu terlebih dahulu barulah boleh memikirkan untuk membeli buku-buku baharu...lagipun nak save duit sket tahun ni...hihi

petang itu, penulis tidak dapat berlama-lama di pesta buku kerana bakalan menerima tetamu daripada Tanta, insyaAllah, kembali ke hayyu safarat dan alhamdulillah, tetamu yang merupakan teman kepada ketua rumah penulis di sambut dan dilayan mesra insyaAllah tetapi penat ternyata lebih menguasai diri, dengan kepala yang berdenyut-denyut itu, terpaksalah masa petang itu digunakan untuk tidur sebentar bagi meghilangkan letih. kata ummi petang-petang tak elok tidur selalu, kalau letih sangat baru boleh, itupun jangan amalkan....insyallah ummi.

La Tansa, janji kepada diri dan semua ahli bait, malam hari last peperiksaan kita semua akan makan di restoran ternama itu di Hayyu Asyir...alhamdulillah, Allah permudahkan jalan ke sana. biarpun penulis pernah memboikot kedai tersebut gara-gara insiden yang tidak dapat diceritakan disini dahulu, kerana sebuah janji penulis gagahkan jua...tetapi perancangan Allah sangat baik, La Tansa sudah kehabisan lauk dan penulis bersama ahli bait dibawa ke Rumah Sate .....alhamdulillah. Makan nasi ayam bakar dan menjamah sedikit sate beserta bakso yang sungguh sedap dan mengenyangkan...insyaAllah, buat bekalan menmpuhi musim cuti ini.

di rumah Sate

menjamah hidangan dengan gembira dan selera, penulis yang mana ya?

kepada Saung Parachyangan..arigato gozaimasu

sewaktu dalam perjalanan pulang, penulis terfikir, mampukah untuk memanfaatkan musim cuti ini dengan sebaik mungkin, atau mungkinkah ia akan sama seperti cuti-cuti yang telah lalu.... pesan rasulullah, barang ssipa yang hari ini lebih baik dari hari semalam, maka beruntunglah dia, jika sama seperti hari semalam, maka rugilah dia, jika lebih buruk dari heri semalam, maka celakalah dia' . insyaAllah birpun tidak selengkap perancangan untuk cuti hari itu, penulis optimis untuk lebih membelasah waktu cuti ini dengan perkara-perkara yang bermnafaat insyaAllah.

ibrah fatrah imtihan
-study bukan untuk peperiksaan semata-mata, tetapi untuk kegunaan di masa hadapan , sebagai doktor , kita bukan berhadapan dengan pesakit di dalam peperiksaan semata-mata, tetapi dalam setiap inci ruang hidup kita, maka muhasabahlah niat kita untuk study
-stamina study harus seimbang dengan stamina iman. Bukan study sampai lewat malam tapi nak bangun subuh pun tak larat. Yang bagi dapat itu adalah Allah, jangan kita lupa perkara itu
-ilmu adalah untuk semua, jangan kedekut ilmu atau terlalu inferior untuk menyertai perbincangan orang ramai. Salah itu adalah kunci kejayaan, belajarlah untuk menerima kesalahan diri (khas untuk penulis sendiri)
-di tanganmu ada amanah, adakah kita akan membiarkan orang lain yang memikul amanah itu sedangkan kita yang lebih layak buatnya...fikir-fikirkanlah.

mesir atau UK

wallahualam
wassalam

NB
-oh cuti....insyaAllah, zaqaziq, iskandariah,dumiat dan sinai menantiku
-buku-buku yang banyak perlu dihabiskan , thanks Ma'radh
-menanti kedatangan tetamu jordan
-selamat datang gen 3 SMAKL ke group IKHLAS

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger