Hilal Asyraf di Mesir

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan kesyukuran kepada Allah yang tidak terhingga , dan rindu kerana Allah kepada semua sahabat-sahabat yang tidak pernah luput dari ingatan dan lantunan doa, penulis mulakan catatan kali ini.



Alhamdulillah, sengaja menulis ayat itu sebagai entry post ini. Kedatangan penulis muda, penulis berwibawa dan penulis dahsyat ke Mesir.Biar bukan khusus untuk bertemu penulis tetapi apa yang lebih diharapkan kedatangannya bisa meninggalkan sedikit mutiara dan bekalan buat penulis khasnya untuk menempuhi denai kehidupan serta laluan penulisan yang serba mencabar ini, InsyaAllah.

Pertamanya, penulis ingin memohon maaf kerana terlewat meng'post' entry ini kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, biarpun sudah hampir 3 minggu Hilal Asyraf beangkat kembali ke bumi Jordan tetapi ada datangnya bukan datang sekadar bertemu mata, perginya bukan angin lalu bertiup pergi. Hadirnya ke bumi mesir bersama niat kasih kerana Allah, pulangnya ke kota pengajian merentas langit Ilahi meninggalkan harapan sarat dengan Islam dan Iman. Kedatangannya suatu peluang untuk meingkatkan kehambaan, kehematan dan kekuatan insyaAllah.

Hilal Asyraf bertandang ke masir lewat 22 Januari hingga 29 Januari yang lalu. Disebabkan tempoh itu merupakan fatrah persediaan untuk menghadapi peperiksaan, waktu yang Allah sediakan untuk bertemunya agak sempit sedikit.Memandangkan banyak lagi yang perlu diulangkaji ketika itu, aduh..pening juga memikirkan bila boleh ketemu dengannya. Hajat di hati, ingin ke rumah ust Musab , di mana Hilal tumpang berteduh di Kaherah ini, pada malam cuti Hari Polis yang lalu bersama Aiman Mahzuz. kata sepakat telah dicapai, selepas maghrib kami berdua datang bertandang.

sedang khusyuk menelaah latihan Phisiology Kuliah Banat, loceng rumah kedengaran, lantas Hamzah di ruang tamu mendapatkan gerangan yang datang.Penulis di dalam bilik sekadar memicing telinga sahaja.

"oo...nak cari saeed ya...sekejap ye" kedengaran tapak kaki hamzah menuju bilik, ada orang nak jumpa, siapa?

"saeed, ada orang nak jumpa...ana lupa nama dia siapa." kata hamzah sambil tersenyum. agak jarang sebenarnya penulis menerima tetamu.

"oh, ust Mukhlis...masuk ust." akhi mukhlis rupanya yang bertandang... "Saeed, anta sibuk ke? ana nak ajak pergi makan kat luar. Tu Hilal ngan yang lain ada kat dalam kereta."

ya Allah, terlalu cepat intuisi hatiku sampai kepada mereka. macam tahu-tahu sahaja penulis akan datang malam ini. Biarpun ulang kaji masih belum selesai, hati tetamu tetap perlu dijaga. Terus bersiap dan keluar bersama mereka. Pertama kali bertemu mata dengannya setelah dua tahun tidak berjumpa, perkara pertama yang terlintas 'hilal semakin berisi dah sekarang..hehe', Ust Ali Hanifah selaku driver terus memecut menuju ke Restoran Sabi'.... "abang Ali lain kali tanyalah otai Sabi' ni jalan nak keluar , kan dah terpusing-pusing kita ni" , tergelak kecil penulis mendengar ungkapan itu. terlalu mentah dan muda untuk dipanggil otai sabi...banyak lagi benda yang belum diterokai.

ketika di restoran, Hilal sempat berkongsi pengalaman sebagai seorang penulis yang semakin hari semakin mendapat tenpat di media massa. Katanya, hidup penulis hidup yang indah , terutamanya jika penulis itu menyerahkan sepenuh penulisannya kepada kerja-kerja Islam. menulis bukan sekadar mengisi masa lapang, hobi, tiru orang tetapi menulis untuk mengembangkan fikrah dan wa'yu Islam kepada masyarakat. Ketadusan nilai dalam kalangan manusia menyebabkan ramai tercari-cari bahan yang dapat membantu menyegarkan kembali spiritual mereka. Di sinilah peranan kita untuk membantu dan mendekatkan diri kita kepada masyarakat sekaligus membawa mereka mengenal Islam

kebanyakan penulis sekadar gilakan wang dan kuasa tatkala terjun ke dalam bidang penulisan ini.Sebenarnya itulah kesalahan pertama yang dibuat oleh kebanyakan penulis hari ini. menulis bukan untuk memberi kesedaran tetapi untuk mendapatkan imbalan yang sewajarnya.Maka apa yang lebih dititkberatkan oleh sebilangan penulis adalah hasilnya dari segi material dan bukan kualiti sesebuah karya itu agar mejadi mahar berguna buat masyarakat. Kalau begitulah sikap golongan penulis, sampai bila-bila pun masyarat tidak terdidik. sampai kapan pun tulisan-tulisan itu hanya kekal sebagai abjad-abjad sepi yang tidak mampu menyerlahkan manfaatkan kepada orang lain.

ketika menegndalikan bengkel penulisan di Jordan, Hilal menceritakan, ramai yang tidak begitu faham akan konsep menulis untuk berdakwah. Mulanya penulis juga mati akal ketika ditanyakan Hilal soal itu. "cuba tukar penulis dengan daie dan penulisan dengan dakwah. Kan senang tu. tahu matlamat dan tahu wasilah untuk ke arah meralisasikan matlamat itu" masyaAllah, sempit sungguh pemikiran kecil ini. Terbentang luas jalan untuk berdakwah. Sebak rasanya di dada ini tatkala mendengar ungkapan itu. Syukur dipertemukan dengan sahabat yang mampu menyinari hidup sahabat yang lain, alhamdulillah

petang itu, penulis dijamu dengan masakan tahiland. Kata Hilal bersama dua lagi sahabat, Usamah dan Syazwan, mereka rindu masakan ala-ala malaysia, terutamnya Ikan. maklumlah di Jordan katanya makanan sebegitu amat mahal, di sinilah boleh dibuat asam pelepas rindu, tergelak penulis mendengarnya. Alhamdulillah, tahun ini ramai benar anak-anak Jordan melawat mesir. Di Restoran tersebut, ramai pula kenalan-kenalan Hilal yang dijumpainya. bagaimanalah restoran kecil itu mampu memuatkan sejumlah besar manusia tu......plan malam itu dibatalkan, penulis terus sahaja bergerak bersama mereka , dan aiman Mahzuz akan menyusul kemudian

malam itu, semalaman penulis menghabiskan masa bersama Hilal Asyraf..banyak benda yang dikongsikan, bermula dari kesejukan Jordan yang memang tidak ditandingi dengan kesejukan Mesir hinggalah ke tontotan KCB untuk kali yang ke berapa pun penulis tidak ingat. Yang paling penulis terkejut adalah murahnya baju-baju di jordan mengalahkan Mesir..kalau di sini baju sejuk pun paling murah 100 geneh , tupun yang cikai sahaja, di sana...satu nus..oh..kalau tahu sudah diminta borongkan banyak-banyak..... insyaAllah, jika ekonomi tidak jatuh, cadangnya mahu ke Jordan juga....

apapun, kedatangan Hilal aysraf memang tidak dapat dilupakan, biarpun usia bertemu terlalu sekejap tapi pesanan-pesannya takkan dapat dilupakan. Penulis perlu punya ego, penulis perlu punya niat jelas dan penulis perlu punya taqwa...itu yang paling penting. Memohon sejuta kemaafan kepada hilal jika sepanjang keberadaaanya di bumi anbiyak ini, penulis tidak dapat memberikan layanan sepatutnya. Lagi ketika itu sedikit sibuk dengan persediaan peperiksaan. tambahan pula tidak sempat mengucapkan good bye kepadanya , hanya doa di hati moga selamat pergi selamat kembali insyaAllah.


'thanks you for helping me to know my way to know you..insyaAllah' 
~mari menjadi hamba~
wallahua'lam

NB
-menanti tetamu Jordan
-bengkak di jari tangan dan kaki datang kembali..doakan agar ia cepat sembuh dan baik seperti sedia kala.
-menanti 'Tuhan manusia dan juga menanti masa membaca 'Sinergi' ...
-moga cuti ini menjadi sinerfi buat penulis mencipta lebih banyak kecemerlangan...insyaAllah

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger