bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat yang dikurniakannya, penulis mulakan catatan kali ini.
alhamdulillah, setelah lama merancang dapat juga penulis bertandang ke Zaqaziq , salah satu tempat yang sudah lama dirancang penulis untuk ke sana. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Bermula daripada cuti eidul Adha dahulu lagi rancangan ini dibuat, dan alhamdulillah baru kini Allah jadikannya. Alhamdulillah.Allah permudahkan segala urusan. Tatkala kamu mernacang sesuatu maka bertawakkalah kepada Allah di atas segala urusan. InsyaAllah urusanmu akan mendapat kelapangan.
alhamdulillah, merancang sudah agak lama. Janjinya akan pergi bersam Zikri sahaja memandangkan yang akan menjadi musyrif di sana adalah teman sekampung Zikri, malam sebelum bertolak, kami saling memperingatkan antara satu sama lain. Alhamdulillah.Pagi bertolak, tugasan memasak dilunaskan terlebih dahulu dengan seberapa segera. Seusai memasak, Penulis bertanya "Zik, nanti kita nak naik kat mana?" "Tak tau. Zik pun tak pernah pergi." oh...ayat itu benar-benar melemahkan semangat. Lantas no teman-teman lain yang kebiasaaannya pergi berjalan-jalan itu dihubungi , tetapi tiada satu pun jawapan yang meyakinkan.
"semua tak tahulah Zikri.macam mana ni. zall ni tak tahu, call tu tak tahu" kebimbangan jelas kedengaran. Jarum jam sudah melewati angka 7.45 pagi. Niat di hati mahu bertolak jam 8. "Tak pelah, cuba Zik call Opie. Opie tahu rasanya." Izofi yang sejak tadi cuba dihubungi gagal. Doa dalam hati tidak putus-putus dipanjatkan. Akhirnya Zikri berjaya menghubungi Opie lantas bertanyakan tempat dan lokasi menaiki tramco. terus di ajak teman yang ingin pergi bersiap. Jam 9 pagi , akhirnya, bertolaklah penulis bersama jeans baru dan kasut baru..hehe.
alhamdulllah. Dari Imbi, ke akhir syari' , transit ke Muwafir Asyir dan akhirnya selamat 1 jam 15 minit berjalan ke Zaqaziq. 11 pagi. Zaqaziq menerima kedatangan 4 tetamu dari Kaherah. Pengalaman pertama memijak tanah Zaqaziq. Hawa sejuk menusuk tubuh. Alhamdulillah, baju sejuk 100 geneh warna hitam tersarung kemas di tubuh. Kami menunggu kedatangan Musyrif di mahattah. Pengalaman indah, di zaqaziq, masyarakat melayu cukup sedikit, menyebabkan kehadiran kami memang menjadi daya tarikan yang amat tinggi buat masyrakat arab di sana.. jadilah kami bahan jamu mata orang-orang arab yang lalu lalang di situ hingga naik segan kami dibuatnya.
zaqaziq...we are here
tidak lama selepas itu. musyrif kami, Faiz tiba menyambut kami dengan senyuman dan kegirangan. Terus sahaja kami dibawa berehat di rumahnya di Salam Sandawi atau dikenali sebagai MTA. keanehan bagi masyrakat Kaherah. Tremco dan taxi di Zaqaziq berwarna merah sedangkan di kaherah tramco biru dan teksi hitam atau putih. Geli hati dibuatnya. MTA dan mahattah tidak begitu jauh serta tambang tramco yang teramat murah, kami selamat sampi ke rumah mereka.
hijau zaqaziq akan terus dirindui
persinggahan pertama , tingkat 3, rumah Pelajar AQ Zaqaziq, teman kepada Khairullah. duduklah kami di sana sambil beramah mesra bersama teman-teman yang sudah lama tidak ditemui. Tidak lama kemudian, kami mendaki lgai sehinggalah ke tingkat 6. Roof top bangunan MTA, kediaman musyrif kami. Sempat menjenguk ke pent house yang dikatakan selalu di adakan berbeku dan majlis di atas itu. Dingin bayu zaqaziq benar-bear tidak dapat dinafikan, lebih sejuk dari Kaherah. Kami tidak begitu lama di sana. setelah berbual-bula dan menunaikan solat Zohor. Berkelanalah kami untuk 'zaqaziq tour'.
rooftop bangunan MTA
destinasi pertama - kedai makan arab. menjamu kuftah dan kibdah yang sungguh enak. kalau di kaherah , kuftah atau kibdah sering dijual di dalam roti fino tetapi di sini, kami menikmati mereka di dalam roti 'isy. Sungguh menyelerakan. Habis membelasah nikmat-nikmat Allah itgu, kami terus sahaja memulakan bersiar-siar. dengan menaiki teksi merah serta meninggalkan farhaan yang ralat bersembang , kami terus berjalan ke Zoo Zaqaziq . Biarpun tidak tahu mahu dibawa ke mana di zaqaziq ni, alhamdulillah, ciptaan Allah itu adalah untuk manusia berfikir.
kuftah dan kibdah yang menyelerakan
'berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dan lihatlah ciptaan Allah sambil berfikir akan kebesarannya.'
buat apalah tu ya
a walk in zoo
penat berjalan-jalan di zoo,biarpun sekitar setengah jam sahaja kami ke sana, lantas membawa diri berjalan di mahattah. Berjalanlah kami menembusi lorong-lorong ke cil di tengah-tengah binaan kota itu. Kawasan itu mirip sekali dengan Husin di Kaherah. Kedai berlambakan di sepanjang lorong. biarpun tidak mahu membeli apa-apa, galak sekali bertanya ini dan itu sama ada pada musyrif mahupun tuan kedai. Asal nampak benda yang cantik dan indah di mata, pasti gatal mulut ini bertanyakan harga.nasib baiklah masyarakat zaqaziq ini ramah orangnya. Tidaklah diri ini terlalu malu, cuma sikap mereka yang suka memandang orang asing dengan pandangan pelik dan menakutkan membuatkan penulis sedikit kaget...hihi
musyrif yang disayangi
sore semakin melabuhkan tirai, terlupa, solat asar masih belum disempurnakan. Terlupa untuk menjama' dan mengqasarkan ketika solat zohor tyadi, kam,i bersembahyang di sebuah masjid berdekatan. Sambil-sambil mencari masjid, sempat juga menjamu ais krim di Zaqaziq. Memilih perisa vanilla, yummy. Sudah lama sebenarnya tidak menjamah ais krim. Biarpun tengah winter, ah.....rindu kot merasakan kelazatannya. Alhamdulillah. Usai bersolat, kami terus sahaja kembali ke tempat menunggu tremco untuk pulang kembali ke MTA. sebelum pulang, sempat juga merasai asir qasab wa lemon yang baru ditemui di Zaqaziq. Kalau di Kaherah , selalunya teman-teman penulis akan memesan asir qasab sahaja, tambahan pula penulis kurang suka, di sini hanya memenuhi kehendak tuan rumah ...terima kasih...
ice-cream moment
asir qasab wa lemon moment
malam di zaqaziq, sejuknya memang tidak diduga.Kalau penduduk zaqaziq mengatakann ia biasa, tipulah kalau kami manusia Kaherah mengatakan yang serupa.sambil-sambil melayari jaringan internet di sana , dijamu pula dengan ayam goreng serta kuah kacang yang sungguh membuka selera, alhamdulillah . seakan terdengar keroncong di dalam perut ini.....penulis makan dengan penuh selera hinggalah nasi terakhir.... .penulis yang habiskan (still cannot change the bad habit of mine...waa), apa pun , menu malam itu sungguh enak dan arigato gozaimasu.
air tangan zaqaziq...sungguh menyelerakan
nak makan pun sempat lagi bergambar :)
pulang.....masih dalam perbincangan, mahu naik tremco atau merasai pengalaman naik train. Dari MTA menuju ke mahattah singgah di Qamiah sebentar menemui permatas zaqaqziq. Kalau di awal kedatangan kami di suruh merasai KRIBB , kalau tidak , rugi....hihi...alhamdulillah, sempat juga Allah berikan kesempatan untuk merasainya.Kribb, kpenulis membeli KRIBB Koktel. yang paling sedap katanya, pada penulis, kribb itu memang sedap, Alhamdulillah tetapi tidak sempat dihabiskan dan dibawa pulang ke kaherah. Niat di hati mahu dikenalkan kepada teman-teman serumah lain yang tidak pergi......
KRIBB moment
di dalam train
setelah kata putus diambil, pulang jua penulis ke Kaherah menaiki Train. Alhamdulillah pengalaman pertama menaiki kenderaan itu di mesir ini. Biarpun ramai teman-teman zaqaziq tidak mengesyorkan kami menaiki train tetapi 'experience is the best evidence' right. Jam 10 , train pun tiba...dengan mengantuk yang semakin memberat di pelpebral muscle ini, four-seat compartment terus dipilih.Sempat berbual-bual bersama teman sejaulah sebelum mata merangkak untuk menikmat rehat, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Bermula daripada sebelum bertolak hinggalah ke kembali pulang jam 12.30 malam, kami selama tiba di Rumah 3, ALlah tetap berbisik di telinga "janganlah kamu ragui akan kebenaran petunjukku, maka sesiapa yang berpaling , maka dia termasuk dalam kalangan orang yang rugi'
Jaulah Zaqaziq yang simple ini bernar-benar mengajar penulis untuk terus tsabat hidup di atas neraca Islam walau di mana kita berada,meski di rumah sendiri mahupun di tempat orang.Menjadi manusia berkarakter mukmin di sepanjang masa agar kita dapat mempamerkan indentiti daie dan pemimpin yang baik sebagai langkah awal pembentukan ummah yang islamiyah. Penulis tdak nafikan, di mana-mana syaitan selalu berbisik di hati manusia untuk memilih langkah sumbang yang menyesdatkan manusia tetapi berbekalkan akal waras yang kita ada dan mati hati yang masih celik dan terbuka, sedarlah untuk hidup di atas bimbingan Alquran dan assunnah,bukan berjalan dipandu hawa nafsu semat-mata.
jazakallah for a memorable journey
wallahua'lam
NB
-alexandria.....fi amanillah
-Himah Kembara Sinai......fi amanillah
-rindu abi dan ummi yang sudah dua minggu tidak dihubungi
-rindu 'kehijauan' zaqaziq tatkala pulang ke kaherah.
5 comments:
Akan ke sinai pula kan..
Moga selamat pegi dan pulang..
lihatlah apa yang tersirat dari apa yang tersurat =)
assalamualaikum,
nak dtg alex ka??? ana syorkan tak yah dtg alex la... alex ni x byk pn tempat nak dilawati.... lagi pun sape lah ade kat alex tu...
(=_=")
kepada sinar islami
insyaAllah ...sinai awaits
insyaAllah...semoga jaulah meningkatkan HDA
kepada anonymous
wassalam
alhamdulillah, baru pulang dr Alex..
syukran atas saranan tapi experience is the best teacher
bukan pergi untuk melawati tetapi untuk berjumpa sahabat
insyaAllah,kenalan penulis ramai je di sana
syukran
askm saeed..wua jalan2 ya.. semoga cuti nta bermanfaat..
kepada lurv4Allah
alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan sedikit untuk ziarah menambah pengalaman
insyaAllah, doakan ana terus tsabat
Post a Comment