syita' journey ~ iskandariah

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan berbekalkan kekuatan yang Allah kurniakan serta segala macam nikmat yang diberikan biarpun amat sedikit penulis bersyukur bahkan seringkali dibalas dengan maksiat, nauzubillah, penulis mulakan penulisan kali ini.


alhamdulillah, perjalanan kedua , Iskandariah . Penat , itu sahaja perkataan yang dapat digambarkan melalui jaulah kali ini. Seronok , perkataan kedua yang terlintas dibenak dan syukur perkataan ketiga. Penat mencari jalan untuk pergi, sampai dan pulang.Seronok bertemu dengan sahabat dan berpeluang menjejakkan kaki ke tanah Mandarah itu serta syukur jaulah itu Allah mudahkan semenjak langkah keluar pertama dari rumah hinggalah ke pijak kembalinya ke rumah di Hayyu Sabi' itu. Walaupun sebenarnya jaulah ini tidaklah senekad JaulahZaqaziq biarpun sudah dirancang agak kemas dan agak awal, alhamdulillah, penyusunan Allah itu ternyata lebih baik.

Iskandariah, dipijak penulis lewat jam 11.30 pagi , 12 Mac 2010. Saat awal pagi itu, penulis bingkas bangun awal untuk bersiap. Meskipun asalnya mahu bertolak selepas Solat Jumaat kerana ingin menyelesaikan beberapa tugasan, namun atas sebab-sebab terentu dan tolak ansur yang diberikan teman serumah, bertolaklah penulis dari rumah jam 8 pagi, menaiki bas 710 ke Ramsis , dan hampir jam 9 , setelah bertemu dengan tempat menunggu tremco ke Iskandariah, bertolaklah sebuah tremco berisi hampir 12 penumpang menuju ke Iskandariah.

perjalanan yang sungguh panas.=) sebelum pergi sudah ramai yang berpesan , kat Iskandariah panas,. Tambahan pula ada yang suruh bawa payung lagi. Terbayang sepanas manalah agaknya iskandariah itu ya. Sepanas Kaherahkah atau lebih lagi. Teringat pula kata-kata Hasyimi dahulu, " Saeed, tahu dok. kat alex tengahari sejuk gi. Kat cairo ni , tengok, syimi berpeluh doh" , ayat itulah yang membuatkan penulis nekad menyarungkan baju panas warna hitam kegemaran serta sweater tebal untuk ke sana. Mulalah ditengah perjalan tergaru-garu di belakang dan leher. Perjalanan itu sungguh panas cuma belum cukup panas untuk menyebabkan penulis membuka sweater itu.

jam 11.30 pagi, tremco berhenti di tepi jalan. Kalau melihat angka di jam tangan, kiranya ada setengah jam lagi melengkapkan 3 jam average perjalanan. Dalam hati, 'tak delah sampai 3 jam, fuh..alhamdulillah sudah sampai' .terus telefon bimbit dicapai dan dihubungi hasyimi. "Salam Syimi.ana dah sampai ni." "sampai doh. Ok try tanye kat mana tu , Mahattah misr atau mauqif gadid" pak cik di hadapan ditanya tetapi..... "syimi , dia kata mauqif misr" Hasyimi di talian meminta penulis bertanya berkali-kali. Penat bertanya pada pak-cik di hadapan yang idak begitu dapat penulis fahami ini, lantas membuat keputusan untuk ke 'mandarah' seperti yang disuruh hasyimi dengan tremco.

"Sa'ah?" pemandu tremco itu kehairanan lantas mengeleng. "Muntazah?" juga bereaksi sama. "Mandarah? " barulah sinar kefahamn terpancar tapi katanya kalau naik tremco mahal, sekitar 50 geneh. 'oh mahalnya. duit pun ada berapa je' , terus diikut panduan yang diberikan pemandu tremco itu ke kawasan menaiki bas. Sudah secure perjalanan ke tempat itu cumanya....... "syimi dah nak dekat solat Jumaat dah ni. ana takut bas tu gerak nanti." "solat ah lu.Banyak lagi bas kan." "syimi, manalah ana tahu bas-bas segala  kat Alex ni...." "dah, ikutlah. Saeed pun yang nak berjalan tuh" hasyimi memang meninggalkan keputusan di pundak lemah ini .menimbang baik dan buruk serta mengenangkan keadan semasa dan keyakinan diri yang tidak begitu mahir dalam urusan berada di tempat orang dan sebaginya, akhirnya jalan 'killing ownself'' diambil.Bergeraklah bas berseat empuk itu bersama penulis ada di dalamnya. Meninggalkan kawasan yang dikatakan mauqif misr itu.

jalan raya dirempuh bas berwarna kelabu itu. Manusia-manusia tekun duduk di dalamnya menanti waktu untuk tiba ke destinasi yang dituju insyaAllah. Penulis menjamah pemandangan bangunan-bangunan yang terpacak di kiri dan kanan jalan. Bangunannya tinggi-tinggi. Macam Kaherah . Berbeza dengan Zaqaziq yang laluan jalannya lebih sempit dan dekat-dekat.Tersenyum sendirian. Membayar tambang 3 geneh, ohh , mahalnya dalam hati tetapi terlajak membayar tambang sudah tak boleh diambil balik.=) meyusur di sepanjang jalan, terlupa pulak bertanya jarak perjalanan ke tempat yang dituju. Kata Hasyimi sekitar setengah jam sahaja.Penulis pun menantilah. Sambil-sambil mulut gatal bertanya . "Muntazah hena?" dan hanya gelengan yang menjadi jawapan hingga penat mak cik di sebelah menjawab. Katanya akhir mahattah, wallahu a'lam

Akhirnya , setelah lama diselubungi kegelisahan yang berpanjangan, tibalah juga penulis di Mandarah. Lebih satu jam berteleku di dalam bas. Patutlah tambangnya tiga geneh. Jauh amat perjalanannya. Hasyimi meminta untuk berjumpa di supermarket Fathallah. Melilau juga penulis mencari supermarket itu."Hasyimi..assalamualaikum. apa khabar? " senyuman berbunga ceria tatkala sudah berjumpa empunya tuan yang sudah agak lama tidak ditemui. Sihat Hasyimi tidak berubah semenjak dari Malaysia lagi. Pekat loghat Terengganu juga menyebabkan penulis selalu tertawa takala bersamanya. Perjalanan Iskandaria ber'musyrif ' kini bermula dan destinasi pertama adalah Muntazah

Muntazah , penulis tidak tahu sejarah tempat tersebut. terlupa untuk bertanyakannya kepada tuan rumah. Ia seperti taman rekreasi dan tempat perlancongan.Menikmati angin Iskandariah yang masih nyaman dan menyegarkan. Letih penulis hilang sedikit biarpun rasa lapar makin mencucuk-cucuk.Kawasan Muntazah menebarkan rindu penulis kepada lautan. Warna biru yang memberikan kedamaian. Meniti Tasbih dan syukur kepada ALlah atas kecantikan lautan.Keindahan taman juga menggamit perasaan. Bersama teman serumah Hasyimi yang supporting-supporting semuanya , mengambil gambar dan melayan penulis seperti sudah lama kenal. Benar-benar merasa seperti ' i'm at home'. Bersiar-siarlah penulis di sana hingga lewat petang.

pulang ke kediaman Hasyimi setelah menikmati keenakan Syawarma dan minum asir farawalah yang sudah lama tidak dirasa.Kemanisan , kesejukan dan kesegarannya tidak pudar di mana sahaja tetapi di Imbi, lebih masyuk dan menyegarkan.=) Apa yang lebih indah ketika itu, dapat berbual panjang bersama Hasyimi, teman seperjuangan di SMAKL, antara kaki-kaki otai yang sering kali membantah di dalam mesyuarat pengawas... kami ni sekaki jugaklah kiranya. Cuma Hasyimi jenis tidak kisah dan absorbing manakala penulis pula emotional dan releasing..^-^. Kata teman yang lain, kalau Saeed tak emo, tak cerialah hidup kita semua. Oh terharu juga mendengar. Emoku ini ada juga manfaatnya.

Malam itu,penulis sekadar menghabiskan masa di rumah Hasyimi, merasai pengalaman menginap di Iskandariah. Memang malam di Iskandariah masih sejuk. Sewaktu sama-sama menontotn filem bersama teman serumah Hasyimi, menggil badan penulis kerana riada saratoga. Teringat saratoga yang tetap setia menghangatkan tubuh di kala kesejukan malam mebelasah badan lemah ini.Tetapi kuncupan cinta milik Alah lebih menghangatkan daripada apa sahaja di dunia ini. Mencintai Allah adalah cinta yang paling hangat di dunia ini.

keesokan harinya, perjalanan di teruskan lewat tengahri. Usai solat Zohor, kami terus bergerak ke Library Iskandariah. Katanya, library itu international. Banyak bahan bacaan yang boleh dicekau di sana. Dalam minda terbayangkan novel-novel inggeris untuk ditelaah sementara masih di sana. Menguntum senyuman di bibir ini. Kagum dengan kemegahan bangunan cantik itu. Bersama bayaran kemasukannya, macam pameran yang hanya dibuka beberapa hari sahaja. Berkali-kali bertanya kepada Hasyimi. "Syimi, bukak hari-hari ke library ni? ". Kagum dengan sistemnya. Pemeriksaan yang sangat ketat, susunan yang sangat bagus. Teringatkan perpustakaan awam Terengganu yang acap kali di ziarahi lewat hujung minggu, menambahkan koleksi bahan bacaan biarpun di rumah sudah bertimbun buku untuk dibaca, juga terbayangkan perpustakaan UIA yang tidak jemu menerima penuli sebagai pengunjung tetapnya.

sambil menjamu pemandangan di dalamnya serta terpesona dengan bilangan buku yang ada di situ, patutlah digelar perpustakaan antarabangsa. Bukunya , Masya Allah sangat banyak. Mungkin kalau nak habiskan semua, makan tahun juga. Menaiki tangga dari tingkat atas ke tingkat bawah, mencari ruangan novel....tapi, sayang tidak ketemu, mungkin tidak jumpa mahupun tiada langsung..wallahu a'lam. Sebelum pulang, sempat menggunakan perkhidmatan internet di sana. Alhamdulillah, memang heaven internet itu. You tube tiada buffer langsung. Memandangakn pendrive tidak dibawa dan persediaan untuk menggunakan internet tidak dibuat, apalagi...gatal tangan ini menonton movie Naruto yang sudah lama tidak dapat ditonton di rumah..alhamdulillah, dapat juga habiskan movie yang satu itu. Dari jauh nampak pak-pak arab gelakkan penulis...ada ke patut datang library tengok Naruto.....hihi

meninggalkan library bererti mendekati Universiti Iskandariah, Seusai menunggu Hasyimi solat serta makan bersama ammu arab di hadapan masjid itu, alhamdulillah, sedap kibdah yang dijamunya, bergeraklah penulis menziarahi kenalan university gang. Alex uni.....di hadapan mata...sempat bergambar (biarpun tak dapat diletakkan di sini) ...alhamdullah, biarpun tak dapat ,masuk, sekuarng-kurangnya dapat tengok dan kenal dengan mata sendiri akan uni lain....

merawat kekecewaan tidak dapat masuk ke Uni Alex, berjalanlah kami menuju ke 3 Gami'. Masjid-masjid yang snagat besar dan cantik. Solat Maghrib di situ sambil menikmati keindahan senja....menerima panggilan daripada Abi yang disayangi dari Malaysia. 'dan dan je tepon time orang tengah melancong nih'. Destinasi seterusnya, Qal'ah Salahuddin. tetapi sayang...malam itu tidak begitu cantik pemandangannya. Hitam dan gelap sahaja. Nak masuk takut sudah lewat, akhirnya berlegarlah kami di luar dan kawasan depan itu sahaja..Dalam hati berkira-kira nak makan apa, nak balik bila, nak balik naik  apa, nak jumpa lagi sahabat-sahabat Alex..dll

Firasy masywi terhidang didepan mata. Bersama roti ish yang menyelerakan , makanlah kami berdua di kedai itu. Sudah lama sebenarnya tidak bersembang panjang bersama Hasyimi. Banyak yang dikongsikan. Masing-masing kaki cerita. kematu kaki duduk lama-lama.Sebelum pulang, hati berhajat untuk menziarahi shabat di Alex. Kata Hasyimi dekat sahaja rumah mereka dengan stesen kerta api. InsyaAllah, hajatnya ingi pulang dengan train setelah datang dengan tremco.sampai di Kaherah, lebih secure sedikit.Tetapi Allah nak uji, tiket pul habis.terpaksalah naik tremco.bergeraklah kami ke Mahattah misr. di tengah perjalanan barulah teringat hajat nak ziarah sahabat. 'tak pelah Syimi, lain kali jelah insyaAllah'. Dalam hati penat sebenarnya, wajah Hasyimi terpancar keletihan..syukran sahabat.

sekitar 10 malam tibalah penulis di tempat menaiki tremco. Memilih tremco yang bertolak lebih awal dan lebih selesa, berpisahlah kami. Merasai hangatnya pelukan seorang sahabat. Tidak mahu bersedih. Panjang umur berjumpa lagi kami insyaAllah. Terima kasih Hasyimi kerana sudi melayan teman mu yang sungguh banyak masalah ini. hihi.Terima kasih, biarpun Hasyimi belum exam lagi, biarpun masih lambat lagi, perjuangan tetap perjuangan. perjuangan meraih keredhaan Allah, perjuangan mencari cintaNya serta syurganya. Amiin. Pulang ke Kaherah, sampai jam 2 pagi setelah ditahan polis ditengah perjalanan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Selamat tiba di rumah 3 lewat jam 3. Dengan rasa ega, syukur serta penat yang masih bersisa.....tersenyum dalam hati, jaulah berakhir  juga...nanti ada perjalanan baru menanti. Sinai awaits me!!!!

NB-
-asif - entry ini sepatutnya di post lebih awal, tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, inilah dia.
-arigato seklai lagi kepada Hasyimi dan housematesnya yang menjadi pelayan penulis di iskandariah
-selamat menempuh peperiksaan buat Iskandariah n Tanta
-reunion IKHLAS...ana nak pergi jugak!!!!
-mohon doa kalian...sem baru bermula dengan lambakan kerja yang tidak menang tangan penulis dibuatnya.
-Allah, butuh bantuanmu.....

Montazah Palace

statue in Alex Library

iskandariah ...aku di sini

banyak tak buku?

kenangan sepanjang zaman ...insyaAllah

quwwah begins with ukhuwwah..amiin


6 comments:

lowprof said...

slm saeed....

letak la gambar besar sikit... takkan nta tak download gambar yg besar dari pewaris net tu...

anyway... ya 'affw

tggu ana arif sikit selok belok alex ni, ana akan bawak la p jln2 kat tmpt lain yg menarik di alex ni...

hari tu ana ade bace, lebih kurang ade 12 tempt menarik kat alex ni...

lame lagi kan ite duk sini, insyaALLAH...
kite yg rancang, ALLAH yg menentukan... (=_+)

sinar_islami said...

Sakan adik kita berjalan...
Moga inilah medan antum memperkukuh dakwah dan ukhwah..
bila lagi nak belajar berdikari kalau tidak di mesir ini...

saza s said...

kepada Hasyimi

wassalam, tak pelah Syimi, gambar tupun dah cukup dah. Nanti ana download lagi.

Syukran Hasyimi kerana sudi menerima ana di Iskandariah..ada jugak org sudi nak bawakana berjalan2

cepat explore tempat2 menarik kat sana.....ana nak pergi lagi insyaAllah

saza s said...

kepada sinar islami

alhamdulillah,Allah izinkan berjaulah sedikit di bumi jauh ini.

insyaAllah....maaf kalau shout ana d shoutbox baru2 ini agak keterlaluan.

asif...gambatte ne

sinar_islami said...

takpe...
cuma ada yang salah interprete...
Mga Allah ampunkan ana juga...
susah nak mengelak dari stalker...
ada nasihat tak?

saza s said...

kepada sinar islami

jazakillah
stalker tu pe ye?
mungkin nak elak org salah interprete senang je...

anggap tulisan kita sebagai dakwah
tak semestinya yang ditulis adalah kita tetapi segala yang kita nukilkan itu harus kita amalkan insyaAllah.

contohnya, pasal urusan 'itu' bukan pasal kak sinar tetapi segala yang termaktub itu harus kak sinar lakukan insyaAllah...

mohon doa untuk ana juga

salam mencintai Rasul

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger