16 Feb 2010
12.00 a.m. - berkumpul di rumah 4 untuk pendaftaran
3.00 a.m. - bertolak
sebelum bersiap
6.00 a.m. - Restoran Wardah Al-Baidha' untuk Solat subuh .... menanti dalam bas
dalam bas...penulis yang mana ya
6.45 a.m. - melalui Terusan Suez
7.10 a.m. - Nuktah hasinah dan Bar Live Line
kawasan penyimpanan senjata
shoot you!
we
8.31 a.m. - Uyun Musa
mata air yang masih ber'air'
10.00 a.m. - Hamam Firaun
berpeluh-peluh tatkala keluar....udara panasnya baik untuk kesihatan
1.45 p.m - Makam Nabi Saleh
padanya terselit hikmah
2.15 p.m.-St Catherine
Boss posing ye!
with Ilyas
st Catherine
3.30 p.m - wadi Arbain
langkah pendakian
nahnu jundullah
musafir sambil mentafsir
jangan jealous .... on air dengan unta
8.30 p.m. - bermalam di Fox camp St Catherine
night light
nak tidur dah
18 feb 2010
12.00 a.m. - Jabal Musa
jom naik Jabal Musa
sang suria sedang keluar
menyaksikan kebesaran Ilahi
sejuk...
dalam genggaman ...alhamdulillah
bersama along yang mendidik
9.10 a.m. - lembu samiri dan makam nabi harun
12.15 p.m - Dahab- Octopus Resort
3.00 p.m. - snorkelling time- Titanic Cafe
arrive from Titanic ... merry moment snor'killing'
8.00 pm - BBQ time
arigato atas BBQ yang sungguh sedap
10.00 p.m. - Dahab Tour
18 Feb 2010
6.30 a.m. - Futsal (tak main pon)
futsal gang- letih seyh
10.00 a.m. - shopping .... terbang 75 geneh
berjalan-jalan
2.00 p.m.- Taba - Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi
citadel- wannabe Salahuddin
meneroka citadel of Salahuddin
jernih air + indah sejarah = pengalaman berharga tak terlupakan
4.15 p.m - gurun El Tih
menuju pulang
12.00 am - safely arrive at Hayyu sabie with full relieve and syukur alhamdulillah
Jabal Musa : Pendakian sebuah Perjuangan
Alhamdulillah,dari jauh Kaherah bertandang menuju Semenanjung Sinai, Allah izinkan jua penulis menjejakkan kaki ke Jabal Musa. Sebuah Bukit yang dikatakan menjadi Saksi pertemuan Antara Nabi Musa bersama Allah. Syukur tidak puas penulis panjatkan seusai turun kembali dari puncak bukit tinggi itu. Biarpun bukan orang yang paling awal tiba di puncak dan bukan yang pertama sampai di tempat mula, itu bukan yang dikejar. Bukan perlawanan lumba lari atau panjat gunung. Apa yang dihajatkan adalah kerendahan dan keberkahan tempat tersebut insyaAllah. Menginginkan kesegaran subuh di puncak bukit sambil bermain-main dengan bibit-bibit sang suria serta kepingin bermunajat di tempat munajat nabi Allah Musa a.s.
bermula pendakian, jam 12.00 tengah malam, kami bertolak daripada Fox camp St Catherine , melewati kaki bukit Jabal Musa. Perjalanannya amat singkat. Sekitar 15 minit sahaja. Di tambah lagi dengan kantuk yang masih bermain di pelupuk mata, perjalanan ibarat pejam mata celik kembali sahaja.Bersama beg UIA berisi pakaian dna makanan sedikit serta torchlight baru dibeli 2 hari lepas serta sweater hitam yang setia bersama penulis dan juga topi coklat kegemaran pendakian dimulakan. Selepas menlakukan sedikit warming up, kumpulan penulis, kumpulan 5 memulakan perjalanan.5 sekumpulan , penulis, Azmi, Khai, Naufal dan Anwar bergeraklah kami meniti lereng bukit satu persatu.
sebelum memulakan langkah, pesanan sinar islami tersemat di dada. Mulakan dengan perbetul niat dan ikhlas. Jauhkan pemikiran-pemikiran yang tidak baik di sepanjang perjalanan. Penuhi dengan zikir dan tasbih memuji Allah, insyaAllah perjalanan Allah pemudahkan. Pengalaman mendaki yang sedikit ini, azam kuat ditanam dalam diri agar menjadi berguna buat orang lain dan tidak menjadi bebanan. Jika boleh, memanfaatkan diri kepada yang lain. Seukir senyuman dihadiahkan buat seklain ahli kumpulan. Doa dipanjat tidak putus. Allah, bantulah aku.
dari jam 1.15 pagi, pendakian dimulakan. Kumpulan 5, kumpulan terakhir bergerak....meniti tiap langkah dengan cermat. Kalau mula-mula khidmat torchlight tidak bgitu diperlukan, lama-kelamaan kegunaannya menjadi prioriti..alhamdulilllah, benda yang dibeli berguan buat semua.Sambil bergerak sahabat yang lain tidak dilupa. Lama-kelamaan, kumpulan mula berpecah, selaku ketua, Azmi tidak menghalang ahli yang ingin mara terlebih dahulu. Penulis memutuskan untuk stay dengan kumpulan, insyaAllah. Barulah perasan, Naufal agak lambat dan terkebelakang. Lantas dipimpin Naufal agar lebih cepat sedikit. Nafas Naufal Pendek, langkahnya juga kecil-kecil sekali. Wajah kepenatan jelas terpancar. Banyak kali juga kami berhenti memberinya ruang untuk melepaskan lelah. Tak putus-putus keletihan.Roti diberi, air dikasi, coklat disuap...lama-kelamaan barulah nampak lebih segar.
menunggu dan bersama Naufal, menyebabkan penulis lewat tiba di puncak. Hajat di hati ingin tiba awal. Ingin menyaingi rakan yang lain. Setibanya di puncak jam 4 pagi, barulah perasan, disana tiada apa sangat yang boleh dilakukan. Tambahan pula angin sejuk berhembus tak henti-henti. Semua yang lain terpenjara dalam kesejukan, ada yang membeli saratoga yang dijual 10 geneh buat mengurangi kedinginan. Cukup sahaja sweater hitam ini serta topi setia ini, sempat juga melelapkan diri seketika sebelum memulakan munajat zikir sementara menanti waktu subuh menjelma.
awal jam 5.10 azan berkumandang, terus surau kecil dituju. Manusia-manusia yang sedari tadi tidur di dalamnya bergerak keluar, berjumpa kawan mungkin, penulis kurang pasti. Alhamdulillah hangat surau memberikan keselesaan untuk bersembahyang. Usai menuanikan solat, keluar untuk menikmati adegan sunrise yang dinanti-nantikan. Kesejukan tetap membaham tubuh kecil ini. Biarpun sudah dibalut dengan sweater tebal , tubuh masih menggigil. Benarlah kata sinar islami akan kesejukan di puncak Jabal Musa.Bersama teman-teman yang lain, sempat berkongsi cerita akan kisah Nabi Musa bermunajat di situ serta peristiwa baginda ingin melihat Allah s.w.t. tetapi saat Allah ingin memperlihatkan zatNya , hancurlah gunung yang terkena nurnya itu. Subhanallah, gunung pun gerun hingga berkecai takut kepada Allah, kita bagaimana?
saat menyaksikan kronologi mentari terbit, terpancar kebesaran dan keindahan ciptaan yang memantulakn kembali kebesaran Allah s.w.t. , menangis tatkala menyaksikan keindahannya. Bermula garisan lurus vahaya hinggalah bulat bentuk mentari itu kelihatan, Subhanallah.'cantiknya...; itu sahaja yang terkeluar daripada mulut kecil ini. Pesan Along, jika berjumpa dengan sesuatu yang cantik dan indah, dahuluakan dengan tasbih dan memuji Allah,daripada perkataan-perkataan wah, amboi, cantiknya dan sebagainya. Bersyukur peringatan ada di mana-mana.
puas bergambar dan mengihur sekali lagi udara puncak jabal musa serta memperuntukkan beberapa waktu bermunajat seketika di tempat Nabi Musa bermunajat, bermulalah kembara turun...perjalanan yang dirasakan lebih panjang dan lebih lama biarpun hanya sekitar 1 jam 15 minit sahaja masa yang diambil...perasaan untuk turun terlalu membuak-buak hinggak ada yang berlumba-lumba antara satu sama lain, Tergelak penulis dibuatknya.
apapun itu suatu perjalanan yang sangat indah dan penuh manfaat dan ibrah.Mendidik supaya sabar dan tabah, menunggu yang lain. Bantu membantu serta berlapang dada antara satu sama lain. Jika punya waktu dan kesempatan ingin sekali lagi berkunjung ke sana. tarikannya cuma satu, keberkahannya benar-benar mencuri hati. Pengajarannya yang terselindung takkan dapat ditandingi apa sahaja. alhamdulillah.
untuk laporan lengkap boleh lihat
di siniwallahua'lam
0 comments:
Post a Comment