bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan memuji nama Allah serta segala kenikmatan yang dikecapi biarpun acap kali terjerat dengan perangkap Masa dan jerangkap lupa, penulis mulakan penulisan kali ini.
alhamdulillah...sekarang sudah boleh menghembuskan nafas lega, setelah seminggu minda dipenuhi dengan kerja yang banyak serta tertangguh, ber entry-entry yang menanti masa untuk disipakan serta di post...maaf buat semua sekiranya blog ini tidak begitu up to date dengan kehidupan penulisnya. Benar, permulaan sem baru ini Allah uji dengan lambakan kerja yang tidak menang tangan penulis dibuatnya, dari laporan lawatan hinggalah ke nota kuliah yang tidak boleh dilupakan. kini semakin menemui titik noktah kerja-kerja itu.
Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut ' Masa yang ada itu tidak pernah cukup dengan urusan manusia' . Kadang-kadang kita benar-benar tercekik dengan masa yang ada kerana masing-masing punya peranan dalah kehidupan. Urusan semuanya menuntut hak mereka. Hanya apabila kita putus hubungan dengan Allah s.w.t sahaja , kita mungkin akan hanyut dalam deras arus waktu itu. Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Banyak masa kita memotong masa? atau adakah kita yang selalu dipotong oleh masa... muhasabahlah.
Sekadar entry kecil yang khusus ditujuakn buat anak-anak bulan dua. Bulan yang terlupakan penulis. Sedar tidak sedar beberapa hari lagi, Mac akan menjelma. Bulan yang dinantikan itu bakal datang. Sedih rasanya kerana borang muhasabah yang diisi, bulan satu lebih berprestasi berbanding Februari, Mungkin sikap ketika menghadapi cuti itu agaknya. Cuti serringkali diabaikan, bairpun azam ditanam untuk tidak menyia-nyia cuti, tetapi Allah tentukan terbazir juga cuti dengan perkara-perkara yang tidak begitu berfaedah. Astaghfirullah.
apapun, hidup harus diharungi dan jalan ke hadapan masih terlalu jauh hanya untuk dilihat dan perlu ditempuhi.Maaf buat semua sekali lagi. InsyaAllah februari akan pergi dan diganti pula dengan Mac.Sepanjang bulan ini bagaimana iman dan kahlaq kitaAdakah sama seperti bulan Januari yang lalu atau lebih baik. kalau begitulah, penulis ucapkan tahniah kerana penulis merasakan penulis adalah sebaliknya.. Norma kehidupan , kita ibarat putaran roda. sekejap di atas sekejap di bawah. Yang lebih penting istiqamah dengan niat di Jalan Allah di mana sahaja kita berada. "Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada". Itu sahaja yang dapat penulis ucapkan sebagai ucapan 'bye-bye' buat februari ini.
untuk anak-anak februari ini hadiah kalian
2 Februari - Maisarah Ghazali
3 Februari - Muhd Zulfeliqaruhulahaq , Wan Nur Deeni Wan Ali
6 Februari - Muhd Syafiq Shahrin
8 Februari - Nur Waheedah Sabaruddin
12 Februari - Muhd Hasyimi Mat Noor
17 Februari - Halimatus Sa'adiah Safir
20 Februari - Muhd Adli Shahrin , Ahmad Tajuddin Zulkifli,Muhd Zubir Abdul Rahman
23 Februari - Ahmad Izofi Zainuddin
26 Februari (12 Rabiul awal) - Muhammad ibn Abdullah Al-Amiin
27 Februari - Nor Zuliyati Jaafar, Muhd Hafiz Zainol Abidin
Angka dua di bulan ini mengingatkan kita akan dua Paksi keimanan yang harus kita sematkan selalu. Tunjang aqidah bersih dan suci, Keimanan kepada Allah dan Rasulnya , Muhammad s.a.w.. Angka dua juga mengingatkan kita kepada penunjuk jalan kita, Cahaya yang tidak akan padam hinggakan ke hari Qiamat, Al quran dan As-Sunnah. "Aku tinggalkan dua perkara,sekiranya kamu berpegang padanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, Kitab Allah dan Sunnah Rasul." Dua juga merupakan simbolik indah kepada kita untuk tidak melupakan ibubapa kita yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita hinggalah kita menjadi insan yang berjaya dan berguna pada hari ini.

Lihat, banyak lagi sebenarnya Februari mentarbiyah diri kita. Semenjak hari pertama Februari menjelma hinggala ke hari terkahir , insyaAllah kita sentiasa berada di dalam jagaan Allah yang maha Agung dan maha Perkasa.Tidak pernah terlepas daripada pengawasannya. Pupuklah di dalam hati untuk bersikap ihsan dan wara' selalu. Sesungguhnya mukmin itu tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. andai terjatuh jua...mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t
khusus ucapan salam , rindu kasih mesra kerana Allah taala, semoga hidup kalian diberkahi Allah selamat di dunia juga di akhirat...merindui antum semua
Muhd Adli Shahrin
Muhd Hasyimi Mat Noor
juga Muhd Zubir Abdul Rahman dan Ahmad Tajuddin Zulkifli
(tiada gambar)
kerana Allah , aku cintakan kalian seperti bintang di langit , hadirnya bukan satu tapi beribu, kelipnya tidak terlihat tapi dihayati. Cantiknya bukan barang hiasan tetapi lambang keagungan tuhan. Butirnya buan mudah dicapai tangan tetapi kekal indah dalam ingatan...
lafaz rindu dan air mata , merindui antum semua
hadiah hari jadi daripada ana, semoga Allah melindungi dan melimpahkan rahmat buat semuanya agar kita sama-sama dapat tersenyum tatkala bertemu di dalam jannah nanti insyaAllah.
surah Al-Anfaal , Ayat '2'
wallahua'lam
NB
-tak sabar menunggu bulan seterusnya
-tahniah kepada Acha dan Ijo dia atas kejayaan Biochem
-kadang-kadang duduk di bawah itu lebih baik daripada di atas...
-mohon doa semuanya
2 comments:
slm saeed,
khaifahaluk... ana x dpt turun kot cairo nanti... ade exam... exam start mggu dpn... update blog x update kat group...
kalau update... leh ana taw nta dah update.... ana ni kipas susah mati kot blog nta heheeh...
kepada guest (lain kali tulislah nama)
alhamdulillah, sihat sahaja. Tak pelah , dahulukan yang lebih pnting.Selamat berjaya
tak sempat nak post dlm group..maaf.
insyaAllah next post ana akan letak..syukran
Post a Comment