bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan memuji keagungan Allah serta selawat dan salam yang tidakn putus buat junjunganNya yang dikasihi, Muhammad Al-Amiin , cahaya seluruh alam, penulis mulakan penulisan kali ini.
terpadam api biara majusi
runtuhlah istana Kisra Parsi
mekkah diterangi cahaya putih
tanda lahir nabi anak yatim
terngiang-ngiang suara lantang seorang pemidato puteri sewaktu menyertai pertandingan pidato anjuran sebuah kelab di SMAKL bebrapa tahun lalu. Syuur meraikan kelahiran Junjungan Besar manusia , Muhammad s.a.w. benar-benar menyentak hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Jikalau manusia biasa itu mampu memukau pandangan manusia apatah lagi kalam Rasul mulia itu, bagaimana agaknya hati dan perasaan kita sekiranya kita didatangkan dengan kelibat Rasulullah di hadapan mata kita....mampukah kita untuk menjadi seperti kita hari ini dan saat ini?
Nabi Muhammad s.a.w. , itulah nama yang paling mulia yang Allah angkat hingga ke langit ketujuh, menembusi arasynya , melepasi lapisan-lapisan langit bersama makhluk pantas bernama Buraq, dikenali semua manusia tetapi dicintai oleh hanya sebahagian sahaja daripada kalangan kita. Orang mukmin itu tidak pernah lari daripada kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. serta di dalam hati mereka cinta juga ditujukan kepada nabi Muhammad sebaik-baik manusia. Tidak pernah cuba untuk mengurangi sedikitpun rasa cinta itu.Antara tiga perkara yang dilakukan manusia untuk mendapatkan kemanisan iman adalah mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada segala-galanya , Insya Allah
namun begitu dalam galak kita mencanang ke sana-sini sempena Maulidur Rasul ini akan rasa cinta dan kasih sayang kita yang teramat kepada Nabi Muhammad, pernahkan kikta terfikir bahawa sebenarnya Nabi Muhammad lebih mencintai kita daripada kita mencintai baginda. Kalau ditanya, siapa yang kita cintai, pastilah kita akan katakan seseorang yang kita kenal nama, rupa, sifat dan peribadinya dan sekuarng-kurangnya kita pernah melihatnya sebelum ini. Namun apakah kita mampu untuk menanam rasa cinta buat seseorang yang tidak pernah kita jumpa, tak pernah kita kenal dan tak pernah tahu pun kewujudannya?
Rasululloah s.a.w. suatu hari pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya "Aku rindu kepada ikhwanku" . Kemudian para sahabat bertanya "bukankah kami ini ikhwanmu Wahai Rasulullah? ". Rasulullah pantas menjawab. "Kamu bukan ikhwanku. Ikhwanku adalah orang-orang yang beriman tanpa melihatku" . Sekiranya kita masih mengaku beriman kepada Allah dan Rasulullah, ketahuilah, kita semua ini orang yang sentiasa dirindui oleh Rasulullah.
Perasaan Rasulullah terhadap ummatnya bukan seperti perasaan ibubapa kepada anak-anak mereka, bukan seperti seorang kawan kepada temannya, bukan seperti seorang kakak atau abang kepada adik-adiknya.Lebih jauh daripada itu,Rasulullah menyayangi ummatnya dengan nama 'sayang' dan bukan dengan nama 'sabar'. Cuba kita bayangkan kalau adik kita merosakkan barang kita, kita dalam hati akan didik supaya sabar dan tidak marah, atau seseorang yang terlanggar kita hingga jatuh buku-buku, pasti kita akan ucap dalam hati 'sabar...sabar' . Rasulullah bukan setakat terlanggar, bahkan dilempar dengan batu dan najis, diherdik dan dihina, dikatakan gila dan macamp-macam lagi . Kalau kita , kawan kata kita bodoh pun sudah tidak mahu berkawan, Rasulullah tidak seperti itu.
Seorang sahabat Rasulullah ini terlalu lapar. Sudah berhari-hari tidak makan hinggakan dia terpaksa mengikat batu ke perutnya untuk menahan kelaparan. Dalam hati , dia ingin bertemu dengan nabi Muhammad untuk memeinta sedikit makanan. Tatkala bertemu dengan Baginda, rupa-rupanya Rasulullah sendiri sudah mengikat perutnya dengan dua biji batu lantaran lebih lapar daripadanya.Allah sendiri tidak sanggup menyaksikan baginda berlapar dan mengutus Jibril untuk turun dan berpesan "kalau kamu ingin aku jadikan jabal Uhud itu sebagai emas agar dapat kamu beli makanan, nescaya akan aku jadikan" . Tatakala baginda mendengar sahaja tawaran Allah itu baginda terus meminta agar UmmatNya di akhir zaman tidak berpecah belah. Lihat bagaimana dekatnya kita, ummat di akhir zaman di hati baginda.
Kisah penyebaran Islam di Taif, dakwah baginda bukan sahaja ditolak malah baginda ditentang dan di ancam dengan lontaran batu oleh penduduk Taif. Jibril turun sekali lagi kepada Nabi Muhammad "Kalau kamu ingin aku balikkan bukit Taif ini lalu dihempapkan keatas mereka yang durjana ini, pasti aku akan lakukannya" tetapi apa yang dijawab Rasulullah. "Jangan, mereka tidak tahu, mungkin anak-anak mereka akan beriman kepadaku. Jika kau menghabiskan riwayat mereka sekarang maka nanti tiasdalah sesiapa yang akan beriman kepadaku." Mulia sungguh hati Rasulullah.
Tidak cukup dengan itu, ketika nyawa baginda sendiri berada di hujung nafas, hanya kalimah 'ummati....ummati' sahaja yang kedengaran di bibir baginda. Dekatnya kita di hati Baginda hingga saat-saat akhir kehidupan , kita masih bginda ingati. Begitu dalam kasih dan sayang bginda Rasulullah kepada kita semua. Namun adakh kita mampu untuk mencintai susuk tubuh agung yang satu itu? mampukah kita menanam rasa kasih seperti Rasulullah mengasihi ummatnya yang selalu ingkar kepadanya?Janganlah kita melanggar arahan Rasulullah kerana di akhirat nanti syurga tidak bisa menemukan tempat buat manusia-manusia seperti itu.
kini , kita berdiri di atas bumi yang pernah ditadbir oleh Rasulullah s.a.w. , bagaimanakah perasaan kita terhadap Rasulullah. Adakah kita selalu berselawat padanya , adakah kita selalu mengutamakan baginda dalam perkara-perkar kehidupan kita, adakah kita selalu menghidupakn sunnah baginda, adakha kita berusaha untuk mengenali cerita di sebalik hidup Muhammad yang mulia itu? Kalau kita pernah katakan, kita cinta Rasulullah, kita rindu Rasulullah, kita ingin bertemu Rasulullah , cuba kita raba bejana hati kitasejauh mana sucinya diri kita sebelum kita bertemu dengan sesuci Insan itu nanti. itupun kalau Allah izinkan kita bertemu.... berdoalah selalu kerana penulis juga ingin sekali menatap wajah Muhammad al Amin itu.
Dia Muhammad
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)
Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat
Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment