bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kesyukuran kepada Allah, setelah kesibukan melampau minggu lalu semakin berkurangan pada minggu ini serta segala nikmat yang datang mencurah-curah , penulis mulakan penulisan kali ini.
meniti laluan kehidupan yang berliku, jalanraya hidup terbentang di hadapan, kelegaan sekarang terhembus keluar akhirnya setelah sudah lama dada diserkup dengan kesibukan. Baru pagi tadi siap menyiapkan nota Anatomy serta siap melukis gambar tulang temulang upper limb, tersenyum sendirian menatap kalendar di rumah , sudah masuk bulan Mac rupanya. Tanggal 11 nanti, genap 6 bulan berkelana di bumi anbiyak ini. Patutlah 'ammu bawab di depan rumah itu asyik meminta duit sahaja malam tadi.... ramai yang tidak perasan sudah bertambah usia rupanya.
alhamdulillah, Mac sudah menjelma , Februari sudah ditinggalkan jauh di belakang.31 hari di dalam bulan ini insyaAllah akan dilalui dengan pebuh ketabahan dan kesabaran, tambahan pula memang bulan ini dinantikan . kenapa? adalah sebabnya.Kalau kebiasaan , sesuatu yang diharap-harapkan itu, kadang-kadang akan menghampakan kita tetapi setiap kali dalam hati menyimpan impian , doa pertama sekali akan dipanjatkan. Semoga keinginan dalam hati Allah redhai dan Allah permudahkan.
Semester baru sudah bermula , Alhamdulillah, dua minggu percutian dua minggu lalu kini tinggal kenangan. Bagaimana ada sedikit penyesalan terselit di dalam cuti itu , bagaimana ada kepuasan dapat membelasah cuti tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah. Cuti baru-baru ini, benar-benar sakan penulis berjalan di ketika itu, dari kaherah ke Iskandariah,sinai dan zaqaziq...dalam rumah ini, penulislah yang paling jauh berkelana. Alhamdulillah, kata nia , jauh perjalanan luas pengalaman.
kini kesibukan kembali mengetuk pintu seharian, terasa rindu pula pada waktu senggang hingga kebanyakan ahli rumah ini, sudah 'bosan' dan tidak tahu hendak buat apa . Itulah manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada di hadapan mata.teringat pesan seorang sahabat ketika Kursus Kepimpinan di Wang Mu tiga tahun dahulu, "kerehatan seorang rijal adalah kepenatan di jalan dakwah" . Pesan itu sentiasa ternginag-ngiang di dalam telinga setiap kali terasa malas untuk menulis dan membuat nota mahupun rasa berat untuk ke bulatan mahupun untuk mendengar kuliah syeikh-syeikh mesir ini.
sebelum terlambat, penulis ingin memohon maaf kerana semester baru bermula sudah dua minggu barulah penulis coretkan di sini.Minggu pertama kuliah, kerja benar-benar bertimbun hingga tidak menang tangan penulis dibuatnya, tambahan pula kerja-kerja menuntut penggunaan internet dan laptop. terpaksalah menebal muka meminjam laptop teman serumah untuk membuat kerja, Alhamdulillah, jaringan wireless ada di rumah ini biarpun bukan kami yang punya.
antara perkara yang sangat disukai Rasulullah adalah amalan yang disertai dengan ketekunan dan kesungguhan. Di mana-mana sahaja dan apa sahaja yang kita lakukan, selalulah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana tiada usaha yang sia-sia, cuma kejayaan yang lewat tiba. Biarpun gagal berkali-kali, jangan pernah merasakan penat usaha kita selama ini tidak berguna, kerana ingat satu perkara sahaja , Allah ingin tangguhkan kejayaan kali ini dengan kejayaan yang lebihbaik di masa hadapan insyaAllah.
kini , bermulanya semester baru , ertinya fatrah menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun sebelum ini. Sebelum mula ke kuliah saat hari pertama itu, sudah berpesan awal-awal di dalam hati " jangan terlalu yakin akan kejayaan, selalu berdoa dan berdoa, insyaAllah ".Debaran-debaran tetap berdegup kencang sebelum markah diumumkan. Alhamdulillah, biiznillah , itulah hasil usaha yang terbayar segala kerja-kerja gigih dan kuat. Yang tinggi dan cemerlang itu istiqamahkan, yang rendah dan kurang itu tingkatkan. uhasabah balik, niat dan hubungan dengan Allah.dalam perjalanan pulang, terdengar ucapan seorang teman, 'sebenarnya, kita tak dapat tingg sebab hubungan kita dengan Allah masih lagi kurang. Kena check balik ' ...alhamdulillah, di mana-mana, tarbiyah itu ada di mana-mana.
Histology (microtechnique,cytology,cotygenetic,epithelial cell) - 15/15
Biochemistry (amio-acid,protein,charbohydrate,lipid,enzyme) - 24/30
Anatomy ( lower limb , Abdomen) 50/50
Phisiology (nerve n muscle,ANS,part of CVS , part of Blood) - ?
kini, kehidupan semakin sukar dan payah, exam final nanti pula dikatakan lebih bayah dan susah, berdoa dan meneruskan usaha dengan yakin Allah akan membalasnya setimpal dengan usaha yang kita curahkan. Dalam hati, tidak sabar-sabar menunggu tanggal 12 , 23 dan 28 nanti. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan perkenan di dalam kehidupan penulis ini..insyaAllah
0 comments:
Post a Comment