kau yang terisimewa

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan menyebut nama Allah, menyebut nama pesuruhnya serta memperbetulkan niat dan refresh iman dan islam di dalam hati ini, penulis mulakan bicara kali ini.


alhamdulillah,masih berkisar tentang diri, sungguh Mac adalah bulan untuk diri sendiri.Mengenangi kekurangan diri dan memperbaiki apa yang lemah.Ramai yang sering bertanya, best tak menjadi diri kita yang sekarang ini? Ramai pula yang berkata "kan best jadi macam dia tu, belajar pandai, muka handsome,ramai orang suka.Tak macam kita." ada juga yang berpendapat begini. "nak tiru dialah. Pakai kena ikut trend, tak leh lurus sangat, nanti orang tak suka." ... pendapat penulis, 'you are what you are, so start thinking about yourself''.

jika ditanya kepada penulis, apa yang ada pada diri penulis yang tidak ada pada orang lain? pernah seseorang bertanyakan hal itu kepada penulis dan cuba teka jawapannya apa....tunggu nanti ya.

ramai orang tidak begitu menghargai diri mereka yang sekarang ini.Ramai yang begitu inferior dengan penampilan diri mereka dan merasakan mereka sangat lemah dan terlalu mengagungkan teman-teman mereka yang lebih menonjol. Penulis tidak dapat nafikan, dalam sesetengah perkara , penulis terlalu inferior untuk menonjol dan lebih suka menuding jari kepada yang lebih layak biarpun peluang terpampang di depan mata.Benar, biarpun sudah berkali-kali kita cuba untuk didik diri supaya berani, kita tetap akan rasa kecil dan lemah bila berhadapan dengan situasi ini.


Rasulullah sentiasa berpesan kepada Ummatnya agar tidak gentar dalam menghadapi apa-apa sahaja.Biarpun di dalam keadaan susah dan penuh kepayahan , ujian tetap ditempuh dengan kekuatan bersandarkan kepada keimanan yang kukuh.Masing-masing percaya kepada kekuatan diri sendiri dan yakin akan kerjasama yang lain. Inilah hasil daripada pemantapan akidah dan ukhuwwah. Diri sendiri dirasakan sangat berguna, yang lain pula sangat bermakna.

kenapa ramai yang tidak suka pada diri mereka sendiri, mungkin kerana ada orang lain yang lebih baik berbandingnya. Sebenarnya perkara inilah yang harus kita tanamkan dalam diri kita. Melihat kepada orang lain, cungkil kebaikan yang ada padanya, bukan menyerah dan mengatakan bahawa orang itu lebih baik lantas menghukum diri kita menjadi sebutir pasir yang tiada erti.Seharusnya kita bersikap positif. Kelebihan orang lain kita terima seadanya sambil kita cuba mencontohi dan memperbaikinya. Barulah kita mendapat hasil yang wajar dan bermanfaat untuk diri kita sendiri.


Erti hidup pada memberi,oleh itu jangan sesekali kita cuba untuk lari daripada berbakti. Kelebihan yang ada pada diri kita, kita cuba untuk pergunakannya untuk kemasalahatan orang lain.Barulah kekuatan kita itu menjadi harga yang berguna di akhirat nanti. Sebagai bonus, mungkin itu akan dikesan di mata manusia dan insyaAllah, orang akan mula mengenali dan akan mula menerimanya dengan seadanya. Tetapi awas, jagalah hati dan niatmu tatkala melakukan kerja. Jangan sampai ikhlas itu jatuh ke gaung riyak, kelak tiada apa yang dapat kau kecap seusai melakukannya nanti.


kalau buntu menjejak langkah kehidupan, berbaliklah kepada matlamat penciptaan kita. Jika diri dirasakan kosong tidak bererti, pulanglah kembali menuju Ilahi. "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" az-dzariyat,56 .Andai hidup diisi dengan manisnya beribadah disertakan dengan ramuan khusyuk dan muraqabah, insyaAllah, langkah-langkah hari kemudian terisi dengan sakinah dan kelapangan.Sepanjang mengikuti siri anime Naruto (kantoilah pulak tengok naruto) , banyak watak-wataknya diceritakan tidak punya erti untuk hidup dan hanya hidup kerana ada insan lain yang mengisi kekosongan jiwa mereka.Jika insan itu mati, maka mereka juga ingin mati.Benarlah, hanya dengan mengisi Allah dalam bejana hati ini, kita akan terus kuat untuk menempuh badai kehidupan.



Pilihlah karakter-karakter terbaik untuk dicontohi. Kita dihidangkan dengan banyak insan terpilih daripada rentetan sirah nabawiyah seperti para sahabat.Peribadi Umar, Abu Bakar, Hamzah, Saad abi Waqqas dan banyak lagi. Ulamk-ulamk muktabar yang terpuji akhlak mereka,Imam Syafie, Hassan Al-Banna, Syeikh Saeed Ramadhan Al-Buthi,Syeikh Yusri dan banyak lagi.Mereka ibarat bintang yang menjadi penyuluh jalan kita ummat yang terkebelakang ini.Jangan kita hanyut dengan peredaran semasa yang lebih suka memilih artis-artis picisan,bintang-bintang sukan yang tidak begitu terjamin pekerti mereka.Untuk jarak dekat, mungkin kita boleh contohi abang-abang dan kakak-kakak kita yang setiap hari kita dampingi. Kikislah ilmu daripada mereka kerana kita mampu menyumbang pahala kepada mereka.

setiap hari, setiap kali melihat cermin, pasti doa tidak kunjung malap meniti di bibir, melihat sekujur wajah yang tidak kan lupa di ingatan. Diri penulis yang insyaAllah hanya satu di dunia ini,meskipun kita semua tahu , 1 itu hanya milik Allah.Senyuman tidak lupa disedekahkan buat diri agar lebih yakin melangkah.Tatkala mata yang sebenar bertembung dengan mata pantulan cermin, itulah penulis yang mudah tersenyum, gemar ketawa, sukakan penulisan, sukakan makanan, sukakan warna coklat,sukakan cenderahati,sukakan itu dan sukakan ini.Tidak begitu gemar bermain bola, tidak begitu sukakan sukan meskipun suka berlari, tidak sukakan game yang melampau-lampau, tidak suka durian, tidak suka berjalan jauh (padahal dalam keluarga penulislah paling jauh berjalan), tidak suka itu dan tidak suka ini.


Setiap kali menatap gambar keluarga yang terletak di atas peti ais di rumah, berkobar-kobarlah semangat untuk belajar dan berjuang."Kalau tak ada saeed yang emosional dan suka ketawa, tak delah keriangan buat kita semua." ucapan yang takkan penulis lupakan.Bukan membanggakan diri tetapi memberikan keyakinan buat diri sendiri.Pesan Abng Ali Irfan, "sebenarnya setiap kita ini tercipta satu ayat Al-Quran yang mampu memberi kesan kepada diri kita.Cari dan teruslah mencari". Maaf abang Ali, pencarianku masih belum bertemu lagi. Mohon doanya selalu.

satu cerita untuk dikongsikan. Sekarang sudah masuk upper limb. Sewaktu belajar tentang mammary gland, prof membuka satu kisah tentang seorang pelajar Azhar 25 tahun lalu. Perangainya seperti perempuan. Berjalan, bercakap, duduk dan berkelakuan seperti perempuan.Hinggalah dia dipanggil dean, barulah dia mengaku dia mengambil hormon wanita. Lantas doia dibuang daripada universiti Azhar. Beberapa masa kemudian, dia meohon untuk masuk ke Kuliah Banat , tetapi permohonannya di tolak hinggalah membabitkan insiden mahkamah, akhirnya Azhar menang. Sekarang dikatakan dia menjadi seorang perempuan dan berkerja di sebuah pusat tarian.Mahu tahu namanya..... saeed.

usai kelas, habis semuanya mengusik penulis. Biarpun agak terasa tetapi lelaki jahil itu tetap bukan penulis.Usikan itu dianggap cabaran untuk membuktikan diri penulis.Dalam hati berdoa dua perkara.Semoga diri ini terus tsabat atas jalan yang diredhai dan semoga Allah membuka pintu hati insan bernama saeed itu.  Ingatlah, kita adalah diri kita, kita adalah permata diri yang berharga. Kita adalah erti hidup yang bermakna. Takkan sesiapa dapat membantu dan menolong diri kita kecuali diri kita sendir. Oleh itu percayalah diri kita sendiri.

"Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah DIRI kamu sendiri dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka"


apa yang ada pada diri penulis yang tidak ada pada orang lain?pada penulis, jawapannya cuma satu,senyuman manis ini
percayalah, kau sangat istimewa



wallahua'lam.

2 comments:

sinar_islami said...

Moga terus thabat...
InsyaAllah Allah pelihara mereka yang ikhlas...
jadilah diri sendiri yang sentiasa sedar Allah mengawasi...

saza s said...

kepada sinar Islami

insyaAllah, semoga doa kita sama-sama Allah makbulkan

punya diri yang dijaga dan dihargai
punya teman yang tidak jemu menasihati
dan yang paling penting, punya hati yang tidak henti mensyukuri

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger