bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.
dengan mengharapkan huluran kekuatan jiwa daripada Allah atas segala mehnah yang tidak henti menimpa penulis serta doa agar dikuatkan juga jiwa-jiwa mukmin yang berjuang di luar sana,Penulis mulakan penulisan kali ini.
'Kekuatan itu bukan lagi satu harapan tetapi satu tuntutan.'
sejujurnya tersentak membaca ayat itu di salah seorang status teman YM penulis tempohari.Mengenangkan bahana jahiliyyah yang semakin gemilang ini, kita sebagai mukmin yang mengaku beriman dan beragama Islam, punya ikatan akidah sesama muslim yang lain. Kita tidak lagi diharapkan menjadi seorang yang kuat tetapi kita dituntut untuk menjadi seorang yang Kuat.Dunia yang semakin tidak mengenal aman hanya tahu menitipkan kalimah-kalimah perang dan kezaliman sahaja lewat hari ini harus kita tempuh dengan bara kekuatan.
mengenangkan tajuk yang tertera ini mengingatkan penulis kepada tajuk artikel yang disunting sahabat penulis , Luqman Zulkifli sewaktu membikin majalah kelab Bahasa beberapa tahun lalu," Saeed anta rasa tajuk apa yang sesuai untuk artikel nih?" dalam hati mengumam, ooo..pasal kekuatan. Pentingnya ummat itu menjadi kuat bagi membolehkan mereka menawan kembali tanah-tanah yang dijajah. Tajuk asal, 'kekuatan kita' " ermmm baik letak kekuatan dan kita.Barulah nampak kaitannya antara kekuatan tu dengan kita yang semakin lemah ni" sempat lagi berseloroh.
menyoroti dahsyatnya perilaku ummat dewasa ini , sedih tatkala menyaksikan mereka terhuyung-hayang bersama botol alkohol sambil berkait lengan lelaki dan perempuan. Sedih juga melihat rambut-rambut terpacak serta tahu yang penuh menghiasi tubuh. Wanita-wanita yang pakai baju adik serta yang tidak pandai menjaga kehormatan diri , berkeliaran di tengah malam....aduh takut sekali mahu berjalan-jalan menikmati angin malam. Biarpun kita kota terengganu sendiri dahulu, waktu malam , usah didekati pinggir kota.
kenapa harus kuat? kerana orang yang kuat itu lebih dicintai dan disukai Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. "mukmin yang kuat itu kebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah" .Rasulullah mengajar kita untuk mendidik diri menjadi manusia-manusia yang mempunyai upaya sendiri bagi melakukan sesuatu. Mempunyai tenaga kerja yang dapat disumbangkan ke jalan yang benar dan bermanfaat.
Sifat kuat itu abstark. Sungguh abstrak. Apa yang dikehendaki oleh hadis ini adalah mereka yang mempunyai kekuatan yang seimbang. Kuat tangan dan kaki serta kuat hati dan jiwa. Tidak hanya kuat satu bahagian semata-mata.Ramai yang hanya mementingkan kekuatan luaran semata-mata. ramai yang menyertai taek won do , silat pencak dan macam-macam lagi seni mempertahankan diri yang dikatakan mampu menjadi diri mereka kuat.Tetapi pada hari ini ita lihat , tidak ramai yang mempergunakannya dengan baik. Gagsterisma serta vandalisma semakin berleluasa. Tidak semua yang begitu cumanya kesedaran itu tidak berputik.
kepentingan kekuatan rohani, apabila hati kuat insyaAllah badan terasa ringan untuk bekerja. "Dalam badan kamu ada satu daging, jika baik daging itu, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika sakit daging itu, sakitlah jasad seluruhnya, tidaklah ia melainkan hati" . Pentingnya kekuatan hati tergambar melalui proses didikan yang diajarkan oleh Rasulullah , Rasulullah memulakan dengan mendidik jiwa, ditundukkan hati dengan qiamullail, solat malam, tilawah alquran serta tazkirah-tazkirah dan peringatan. Barulah rasulullah meneruskan dengan mendidik jasmani para sahabat, diarahkan belajar berenang,menunggang kuda dan memanah , itu hanyalah sebahagian sahaja,
pokoknya, kekuatan itu harus seimbang dan tidak boleh dilebihkan untuk sebahagian sahaja. Kenapa kita perlu kuat , kerana hari ini Islam semakin lemah, ummat islam yang lain semakin tidka kuat. Maisng-masing bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tidak lagi mengamalkan bersatu-padu semuanya kerana hati mereka tidak kuat. Tidak kuat hubungan persaudaraan kerana Allah itu.kesannya tidak kuatlah sebuah perjuangan , tidak kuatlah berperang melawan musuh-musuh islam.Biarpun punya banyak senjata dan kelengkapan, musuh-musuh pasti dengan mudah dapat menkaluki kita
untuk kuat ....ikutlah cara ini...
-mengikhlas hati untuk menjadi kuat kerana Allah taala
-yakin dengan seyakinya bahawa punca kekuatan itu hanya datang dari Allah
-jangan sesekali merasa diri kita lemah ... ingatlah kita sangat istimewa
-mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan diri kita
-menjaga amalan-amalan sunat seperti yang disarankan seperti qiamullail
-hidup dalam besederhana untuk mendidik kekuatan jiwa
-menkaji sirah kehidupan para sahabat yang sangat kuat dengan tauladan dan uswah yang baik
-sentiasa tafakkur akan kehebatan ciptaan Allah
-muzakarah ilmu dan menghadiri majlis yang mengingatkan diri kita kepada kekuasaan Allah
-berkawan dengan orang yang soleh dan berperibadi mulia
-menjauhi maksiat yang boleh memadamkan bara kekuatan hati dan jiwa
-sentiasa melazimi sesuatu yang boleh membentuk kekuatan diri
wallahua'lam
NB-
-keputusan spm semakin dekat...bertindih-tindihan pula...bittaufiq adik-adikku
-menghitung hari
0 comments:
Post a Comment