bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.
menyambung kembali catatan yang tertangguh.Internet di rumah semakin tidak ada hingga terpaksa merantau jauh untuk masuk ke jaringan sesawang.Aduh , perjalanan di musim panas , Allah memang bersama kita.
menghadap Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha
menghampiri muzium polis
sejarah yang terungkap
pelbagai barangan untuk dilihat
sebetulnya muzium polis di Qal'ah ini lebih kecil berbanding muzium polis di Terengganu namun khazanah pameran yang terdapat di sana benar-benar berbeza.Barangan-barangan yang lama-lama membuatkan penulis benar-benar ingin berada lama di sana.Namun oleh kerana Along ingin sekali mempercepatkan langkah, terpaksalah melakukan selayang pandang sahaja.Keajaiban dunia.Antara benda yang membuatkan penulis tertegun adalah koleksi gambar-gamabr dan pistol-pistol yang ada.Menakutkan ada juga ~
koloksi pameran bersama senyuman
menuju muzium Tentera
dengan sedikit hampa ... T_T
tidak begitu lama di Muzium polis, Kami terus melangkah menghapiri muzium Ketenteraan.Di sini , suasana peperangan terasa lebih jelas.Terimbau kenangan ketika menyiapkan kerja kursus Tingkatan 3 tentang penjajahan Jepun , pasti maklumat di sini dapat membantu.cumanya kat sini mesirlah, bukan jepun.Dapat melihat jet-jet pejuang , kereta kebal yang telah dibersihkan dan yang paling indah adalah replika pemimpin-pemimpin perang mesir seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan sebagainya.Along banyak memberikan maklumat mengenai mereka-mereka ini , maklumlah pengetahuan penulis tentang ini agak cetek .. ^_^
apakah ini?
replika Salahuddin Al-Ayyubi dan banyak lagi
perhatikan kuasa Allah ini
itu di bahagian luar muzium,masuk ke bahagian dalam seperti masuk ke kawasan larangan.Haha .... ini merupakan tanda protes kerana pengawal di sana tidak membenarkan sebarang kamera di bawa masuk.Terpaksalah menahan keinginan untuk mengambil gambar.Terlalu banyak benda yang dipamerkan.Satu hari belum tentu cukup untuk menghabiskan tour di dalam bangunan besar itu. Gambar-gambar ketua tentera, salasilah menteri itu, gambar perang ini dan sebagainya.Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati namun kurang gembira kerana tidak dapat berada lama atas urusan masa dan sebaginya. ^_^
bercita-cita menjadi tentera Islam ~
Waktu Jumaat semakin menghampiri.Lewat usai meneroka bangunan muzium tentera, Along mengarahkan kami untuk melawat Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha yang sangat cantik dan besar.Kelihatan orang ramai memenuhi kawasa tersebut.Tatkala masuk , penulis tertegun dengan keindahan lampu-lampu yang ada di masjid itu.Cantik sekali.Rupa-rupanya barulah penulis perasan, ada penggambaran sednag dilakukan di sana.Temna-temna lain sibuk berkata "jomlah masuk, boleh masuk TV" ... penulis lebih suka mentertawakan mereka-mereka yang berlakon.. haha.. kelihatan agak lucu aksi mereka.
masjid Sultan Muhammad Ali Pasha
di bahagian luar, pelbagai barangan di jual.Penulis terpaksa mengakui 'topi addiction' yang penulis miliki telah menunjukkan tanda-tanda kronik apabila hati ini menggelepur ingin memborong semua jenis topi-topi comel yang ada sana.Alhamdulillah duit tidak begitu banyak memadamkan keinginan biarpun dalam hati ada sedikit kekecewaan.Tak mengapalah, tahun depan boleh datang lagi dan insyaAllah boleh beli.... Ingat di mana-mana sahaja , Allah berada !
Allah ada di mana-mana
tamat sudah kembara di Qal'ah.Terpaksa berkejar untuk menunaikan Solat Jumaat.Along mengajak kami untuk bersolat di Masjid Imam Syafie di kawasan Sayyeda Aisyah.Jadi untuk ke sana kami terpaksa berjalan ke mahattah Sayyeda Aisyah untuk menaiki tremco.Oleh kerana Along mahu kami merasai pengalaman berjalan di musim panas, kami tidak dapat naik tremco untuk ke mahattah itu.Terpaksalah menahan bahang mentari dan berjalan.Alhamdulillah topi dan Allah menyejukkan hati dan perasaan.Sampai di Mahattah, tremco pula susah di dapati kerana sudah hampir masuk waktu Jumaat setelah semuanya menikmati asir tamarhind yang hitam pekat itu, Along memutuskan untuk solat jumaat di Masjid Sayyidah Aisyah yang berdekatan sahaja.
masjid sayyidah aisyah
makam sayyidah aisyah
sesudah solat, dengan perut keroncong, kami dikejutkan dengan kehilangan selipar salah seorang teman penulsi Naufal. 'Tadi aku letak situ kejap aje.Duduk-duduk tunggu semua orang , lepas tu aku tengok balik dah hilang'... itulah kuasa Allah, selaku teman penulis hanya mampu memintanya bersabar sambil cuba berlegar di setiap pintu masuk menolongnya mencari.Allah tidak izin ketemu namun Allah kurniakan selipar baru yang berharga sekian-sekian dan bermulalah perjalanan menuju ke Masjid Imam Syafie.
menuju Masjid Imam Syafie
makam imam Syafie
keadaan jalan agak menyesakkan nafas dengan debu dan habuk-habuk yang tidak pernah mahu berhenti berterbangan.Berjalan pula tidak berhenti.Panas jugak masih lagi ada.Allah memang sayangkan kita.Sesampai di sana penulis sempat berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan peperiksaan, kehidupan dan urusan pergi dan pulang nanti.Juga doa buat semua ummat islam di dunia terutamnaya saudara kita di palestin sana.Sedih tidak puas hati kerana makam Imam Syafie tidak begitu terjaga sedangkan yang lainnya bagai ditatang minyak yang penuh..harap pihak terbabit dapat mengambil perhatian.
mendedikasikan gambar ini buat abiku sayang
seleranya pada makanan arab diwarisi penulis
perut keroncong tidak dapat di tahan.Along mambawa kami makan makanan arab yang sungguh menyelerakan.Penulis tidak tahu nama sebenarnya tetapi along mengatakan namanya 'simen' dan menurut pendaoat penulis namanya itu kerana ia merupakan makanan yang dicampur, sosej berinti nasi, kuftah, kibdah bersama roti 'isyh.Kalau orang lain mungkin tidak lalu, tapi penulis... nyam nyam.
menuju masjid 4 mazhab
Usai makan , kami bergerak pula ke Masjid 4 Mazhab dan Masjid Sultan Rafaie. Kepenatan berjalan daripada masjid Imam Syafie terpaksa dihilangkan sebelum melangkah ke bangunan yang indah dan tersergam itu.Tidak banyak mahu dibicarakan memandangkan masing-masing keletihan.Sedikit tips untuk datang ziarah, datanglah hari Jumaat untuk mengelakkan kena bayar entrace fee yang tidak tahu berapa geneh itu. Alhamdulillah Allah sangat sayang...
masjid 4 mazhab
penat berjalan-jalan , masih teringatkan baby Turmenistan yang comel itu , Along akhirnya memutuskan untuk pulang.Pergi ke Mahattah Sayyeda Aisyah untuk naik tremco ke Hayyu Sabik.Baru berjalan beberapa langkah nampak sebuah bas tertulis di dindingnya 'Sayyidah Aisyah' ,. kami terus naik , namun ALlah nak bagi berjalan lagi, bas tersebut membawa kami hingga entah ke mana penulis pun tidak tahu.Melewati Mohandissien , Sayyedah Zainab , Cairo MAerican university dan macam-macam lagi.Namun Allah sangat sayang apabila Bas tersebut telah menurunkan kami ke kawasan Ramsis dan akhirnya selamatlah penulis sampai ke rumah dengan tremco ke sabiek.
biar penat asal beroleh manfaat
sungguh perjalanan yang penat
apatah lagi tugasan memasak terhidang tatkala pulang
Allah sangat sayang
doakan penulis untuk result final
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment