summer vacation ~ Qal'ah Kaherah 1

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan menyebut nama suci Allah serta kesyukuran atas segala nikmat dan kurniaannya dan kepenatan berjaulah yang masih lagi bersisa , penulis mulakan penulisan kali ini.

Alhamdulillah setelah dua minggu terperuk di rumah bersama movie dan buku-buku, Allah izinkan juga penulis untuk melangkah keluar dan berjalan-jalan seketika di sekitar Mesir.Kali pertama menjelajah kawasan kaherah setelah 9 bulan menghuninya ... terima kasih diucapkan kepada Imran yang memberitahu penulis akan jaulah ini serta terima kasih kepada Along yang menjadi ketua rombongan secara tidak rasmi dan terima kasih kepada semua ahli rombongan yang telah menjayakan jaulah tersebut hingga ke petang.

ahli rombongan ... not all


entrance


25 LE with or without kernih

jam 9.15 pagi penulis bersama dua teman serumah , Paan dan Khai mula bergerak setelah terlewat 15 minit menuju ke Mahattah untuk mengambil bas.Memandangkan penulis tidak tahu jalan menuju ke Qal'ah yang terletak di Kaherah ini , terpaksalah ALong menunggu penulis di sana.Terpaksalah menerima sedikit kritikan manis daripada Along setelah bertemunya bersama Fathul, Harith dan Najmi.Bas 912 dinaiki setelah menunggu sedikit waktu .Bermulalah perjalanan menuju ke kawasan Sayyidah Aisyah itu.

merentasi kawasan Kaherah menuju ke sana.Mengatuk sering kali menyapa.Harith yang kelihatan tidak cukup  tidur kelihatan tersengguk-sengguk di dalam bas.Penulis juga begitu untuk seketika.Terasa rindu untk ke Arma yang sudah tidak lama dikunjungi serta Universiti Azhar  yang memang sudah lama tidak dilewati semenjak musim cuti ini.Sekitar setengah jam menempuh perjalanan dan kepanasan yang tidak begitu menyengat, akhirnya Along mengarahkan kami semua unutk turun di suatu simpang.Berjalan bebrapa minit akhirnya ternampaklah bangunan tersergam indah bertentangan bulit-bukit gergasi...


approaching citadel


bukit gergasi bertentangan

berjalan menuju ke gerbang masuk, setelah menjelaskan bayaran 25 geneh biarpun telah ditayangkan kernih daripada universiti , akhirnya bermulalah perjalanan.Along dan Marwan yang sudah masuk kelihatan tidak se excited kami yang pertama kali datang.DIjamu dengan panorama yang indah serta deretan bangunan sejarah yang penuh nostalgia , penulis beberapa kali terpegun biarpun banyak nama-nama masjid dan pintu yang lupa dan tidak ingat , insyaAllah Allah sentiasa ada untuk mengingatkan kita ...


first step in the citadel

towards inside


berehat sebentar ... amazing mosque


tourism mosque


inside it


kawasan muzium polis


kawasan kubu


menerawang jauh bersama senyuman ^_^

still have lots to write ....
wait and wait
running out of time and opportunity

wallahua'lam

NB-
-want to go somewhere else 
-Allah always be there
-ummi, bila nak call ?

2 comments:

Husna Sani said...

ktorang masuk citadel FOC sbb gam'ah yg bawak.. :)

saza s said...

owh... ye ke...
tak mengapalah siapa pun yang bawak...

moga kita semua memperolehi ibrah yang ingin disampaikan

gambatteh

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger