abiku sayang

 bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kesyukuran,kerinduan dan kasih seorang anak lelaki kepada ayahnya, penulis mulakan penulisan kali ini.

dikira sebagai salah satu entrydebt yang masih belum dilunasi , alhamdulillah segala puji bagi Allah atas kesempatan ini.Pertamanya ingin sekali memohon maaf kerana entry ini dirancang akan disiapkan pada bulan Julai nanti Namun ALlah telah membuat penyusunannya dan pada bulan Jun ini ia akan disiarkan. ^_^. Penulis sebenarnya berasa sangat yakin bahawa hari bapa jatuh pada bulan Julai.Rupa-rupanya diri melangkah meninggalkan masa yang Allah tetapkan.Ampunkan anakmu abi kerana lambat sekali mengucapkan selamat hari bapa.


abiku sayang
Zahari bin Salleh
53 tahun
29 April 1957
Pegawai Penilaian 

mungkin sangat tidak adil sebenarnya jika penulis mengatakan penulis anak emak kerana penulis juga tidak lepas daripada resemblance abi.Apatah lagi warna kulit ini memang menyerupai kulit abi.Mungkin abi lebih manis lagi.Biarpun seringkali tersalah anggap oleh ramai kawan-kawan abi, penulis berasa cukup bangga dan bertuah menjadi salah seorang anak abi.Lebih-lebih lagi anak yang banyak meluangkan masa bersama abi.

abi mungkin tidak seperti bapa lain.Ini kerana apa yang selalu abi ingatkan adalah menjaga hubungan dengan Allah di mana sahaja anak-anaknya berada.Abi mungkin tidak seperti bapa lain kerana abi memang tidak pernah kisahkan penampilannya, pemakaiannya sangat simple dan itulah yang sangat penulis kagumi.Abi mungkin tidak seperti bapa-bapa lain kerana abi seorang yang sangat mementingkan ilmu dan  pengalaman.Abi mungkin tidak seperti bapa-bapa yang lain kerana abi sentiasa ada di hati anak-anaknya.

semenjak kecil, mungkin penulis dibesarkan dengan sikap abi yang terlalu memberi.Kurang sedikit berbanding ummi yang agak tegas dan menyekat sedikit hak anak-anaknya.Kalau dulu, nak beli apa sahaja mesti akan minta dengan abi.kalau dengan ummi mesti susah nak dapat.Apatah lagi abi keluar ke pejabat agak lambat berbanding ummi , jadi sebelum ke sekolah selepas sahaja ummi pergi ke sekolahnya mesti akan meminta apa yang dihajati daripada abi.Namun kini suatu benda yang sentaisa ummi dan abi berikan tanpa ragu-ragu dan curiga adalah kasih sayang kerana Allah kepada semua anaknya

badan abi agak besar dan mungkin abi termasuk dalam kalangan obesiti.Biarpun begitu penulis tidak pernah malu pada abi bahkan penulis berasa sangat bangga dan bahagia kerana mempunya seorang ayah seperti abi.Kalau masa kecil-kecil dahulu penulis sentiasa malu untuk mengungkapkan perkataan 'abi' di depan kawan-kawan.Mungkin kerana penulis seorang sahaja yang menggunakan istilah abi itu sedangkan orang lain memanggil dengan panggilan ayah , bapak, abah dan sebagainya.Namun setelah mengetahui mulianya panggilan syurga itu,penulis sentiasa gembira untuk memanggil,menyalami,memeluk dan mencium abi di mana sahaja penulis bertemu dan berjumpa dengan abi.

abi merupakan seorang penuntut ilmu yang sangat gigih dan tidak pernah kenal erti putus asa.Sehingga kini abi sudah pernah menuntut ilmu di lebih 5 buah universiti dan sekarang abi sedang berusaha untuk menyelesaikan PHdnya yang sudah lama dihalang oleh bermacam-macam perkara.Abi memang tidak pernah berhenti untuk belajar.Sanggup berulang-alik selangor terengganu semata-mata untuk menyiapkan thesis dan berjumpa professor.Kalau dulu sanggup berulang-alik perak pulau pinang dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan.Setiap kali berasa malas untuk belajar, mengingat kisah perjalanan ilmu abi, penulis berasa malu sendiri.

kalau sejak kecil lagi, tanyalah apa sahaja pada abi, mesti abi dapat jawab.Tanya geografi yang sangat penulis tidak suka itu ke, tanya math ke tanya biologi ke tanya pasal haiwan ke tanya pasal tumbuhan ke mesti abi paling kurang pun bagi sedikit maklumat tentang benda itu.Tetapi satu perkara yang memang abi pakar adalah soal tempat dan perjalanan serta tawar-menawar.Sikap dan kegilaan abi berjalan ke sana-sini emnyebabkan abi tahu hampir semua tempat.kalau di Terengganu tu sebut sahaja memang peta terenganu tu ada dalam kepala abi.Mungkin peta satu malaysia kot abi ingat

abi seorang yang peramah dan berwajah manis.Sedang bergaul dan bersembang dengan sesiapa sahaja.berbeza dengan ummi yang sering dikatakan mak cik garang dan mungkin agak sukar didekati bairpun ummi juga cukup peramah seperti abi.oleh kerana itu, abi memang punya seribu kawan.Pergi ke amna-mana sahaja mesti berjumpa kawan abi.Yang paling best adalah kalau kawan-kawan abi itu adalah pemilik kedai.Kalau nak beli apa-apa mesti diorang bagi murah.Itulah yang bestnya kalau bershopping bersama-sama abi.Namun begitu, abi tidak pernah mengajar anak-anaknya boros.Setiap kali memasukkan duit untuk penulis abi sentiasa pesan, 'jangan boros ya Saeed'.. mungkin abi tahu anaknya ini memang agak rambang mata bila membeli .... ^_^

semenjak dua ini , penulis sudah jarang bercakap dengan abi.Kalau telefon pun pasti abi akan cakap sedikit sahaja.ummilah setia melayan penulis.Mungkin abi merajuk , sebab dahulu penulis telefon berkali-kali untuk bercakap dengan ummi sewaktu mother's day dahulu sedangkan pada fathers day..penulis lupa pula T_T.Abi memang tidak pernah melupakan anak-anaknya.Setiap kali outstation abi tidak lupa untuk membelikan buah tangan untuk anak-anaknya.... sebab itu penulis tidak pernah lupa untuk mendoakan abi dan ummi setipa kali selepas sembahyang.

abai, sebagai anak yang paling banyak buat silap terhadap abi, banyak menyusahkan abi terutamanya semasa saeed nak masuk universiti, macam-macam hal yang berlaku.Maaf jika saeed ada menyakitkan hati abi, membuat abi terluka dan kecewa dengan sikap dan sebarang keputusan peperiksaan dan ujian Saeed.Saeed tahu saeed banyak mengecewakan dan menyusahkan abi.Saeed tahu abi mahu yang terbaik untuk semua anak-anak abi, insyaAllah , nanti Allah akan balas segala pengorbanan abi.

penulis sebenarnya ingin menghadiahkan keputusan final tahun 1 ini kepada abi walau apapun keputusannya sama ada mumtaz ataupun tidak.Biarpun penulis datang ke mesir ini hanya berbekalkan kepercayaan dan restu daripada abi dan ummi, penulis ingin sekali menunjukkan yang terbaik setelah banyak kali penulis gagal.InsyaAllah, kata abi, buat elok-elok ya , kata penulis insyaAllah abi.Tahun 1 ini sangat bermakna biarpun penulis berhutang 18 ribu ringgit kepada abi semata-mata untuk datang dan belajar di sini.Pengorbanan yang tidak dapat dibalas dengan apa sahaja yang ada di bumi ini.

finally, terima kasih abi atas segala-galanya.
semoga Allah memberkati hidup abi dan memasukkan abi ke dalam syurga bersama hamba-hambanya yang beriman
i love you abi
selamat hari lahir
selamat hari Bapa



wallahua'lam


NB
-mohon maaf atas segala kekurangan, terasa diri ini sangat teruk dan menyusahkan semua
-currently reading La Tahzan , english version (masih belum membaca sinergi)
-mohon doanya , peperangan final result
-selamat berjaya kepada semua bakal-bakal doktor yang tengah musim peperiksaan sekarang ~

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger