jauh ~

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

melankolia
tidak termasuk dalam senarai entrydebt
sedang berusaha menyiapkan entrydebt seterusnya
tetiba terasa sangat jauh
biarpun memang jauh ......
sengaja membiarkan hati ini terbuai dengan perasaan
oh perasaan ~


Allah kata , sekiranya hambaku bertanya tentangku , katakanlah sesungguhnya aku amat dekat.Lirik lagu inteam yang sangat su=edap didengari biarpun sudah sangat lama tidak menjadi halwa telinga ... 'semakin cuba kudekati semakin kuat pula kau mendugai aku' ... doa yang dikirimkan saban malam 'Allah yang membolak-balikkan hati , teguhkanlah kau di atas jalanmu ' ... muhasabah yang dilakukan terasa seperti semakin menyimpang daripada landasan yang telah Allah sediakan.kenapa?

menelusuri blog teman-teman blogger yang lain.Alhandulillah di tengah hati terasa seperti dirundum kepiluan Allah hadirkan peringatan yang tidak pernah putus. 'Hati yang keras perlu diperingatkan dengan peringatan yang keras' .Penulis lantas teringatkan adik TB. Kalau adik TB ada di sini mesti adik Tblah yang akan memastikan penulis sentiasa bangun dan terjaga.Seperti di rumah. Rindu kampung halaman hingga terbawa-bawa ke mimpi

expo pendidikan SMAKL
julung kali diadakan
sedih .... T_T
kalau Allah izinkan penulis tahu, pasti penulis beli tiket awal
tapi Allah tak izin
pasti ada sesuatu yang menanti penulis di sini
mungkinkah kena r*p**t paper?
nauzubillah!

pesan abi dan ummi, bawa balik result untuk sem satu dan dua sedangkan sistem di Azhar tidak pernah mengamalkan sistem semester.Mid term yang dulu pun tidak dikeluarkan result penuh.Sekadar professor menunjukkan kepada semua markah masing-masing.Sistem itu tidak pernah disukai penulis tetapi teman-teman lain memang suka.Biarlah...bukan penulis seorang sahaja yang belajar.64 orang penuntut yang menenguk ilmu di dalam dewan kuliah itu.Ikut hati mati ikut rasa binasa... salahkan memilih ?Bila diberitahu kepada abi... 'cuba try mintak, insyaAllah dia bagi' tapi along kata 'mana ada...kan dia tak buat keluar , kalau anta nak mintaklah..tapi mungkin susah' .. Allah sayang sungguh pada kita semua.

alhamdulillah, sudah masuk hari kelima cuti.penulis tidak mahu membilang hari untuk pulang.Bukan kerana sedih , bukan kerana gembira tetapi kerana penulis berasakan masih tidak cukup untuk pulang.Jauh sekali menunaikan kewajipan sebagai mahasiswa azhar, mahasiswa mesir pun sudah cukup berat untuk ditanggung.Semalam bersembang dengan bakal mahasiswa Mesir.katanya dia gembira penulis mahasiswa azhar .Dalam hati 'amboi..nak perlilah tu' tapi lepas tu ada insiden yang berlaku.Penulis tak mahu ingat insiden itu ....dalam hati , penulis katakan 'itulah sebabnya kenapa Allah penulis di azhar'

hamzah nak buat karipap
selaku insan yang pernah membuat karipap di rumah ustaz musab
penulis bertanggungjawab memberitahu itu dan ini
mulalah menukang
didapur dan diruang tamu
tapi
Allah tak izin lagi...T_T
air tertukar dengan minyak
terus dough tidak menjadi biarpun inti sudah siap dan lazat
maafkan ana... hamzah
maafkan ana...tepung,minyak dan air
penulis tidak mampu menyelamatkan kalian
Allah dan tong sampah lebih sayangkan kalian

musim cuti ini sudah berhajat untuk melazimi puasa sunat.Rajab pun sudah menjelma...beberapa purnama lagi, ramadhan akan datang.Biarpun status itu sangat penulis tidak suka tetapi tetap mendidik. Penulis sebelum ini sudah menyimpan duit buat makan tenghari sepanjang cuti memandangkan tiada tugasan memasak untuk lunch.Allah nak kata perut jangan disayang tapi perlu dijaga.bukan dimanja tetapi perlu waspada.Dua tiga hari ini, Allah nak ajar jangan membazir sebab mebazir tu amalan syaitan.Tak mahu insiden nasi menangis terjadi di rumah kecil ini.Sebab itu Allah tangguhkan keinginan untuk membelasah char kuew teow di Rumah kedah.Belasah dahulu nasi yang tak habis di rumah ini. ikut hati mati ikut rasa binasa

musim cuti ni macam-macam boleh terjadi tetapi sebenarnya tangan dan kaki kita yang emncorakkan kehidupan kita.Dengan strong will yang menjadi kekuatan utama manusia , penulis sedaya upaya untuk tidak mahu mengulangi kesilapan dahulu sewaktu menunggu keputusan.'seorang mukmin tidak jatuh ke lubang yang sama dua kali'.. entah berpa kali asyik jerlus ke lubang yang sama ini.Abi dan ummi pesan suruh jaga akhlak.kaka pesan suruh jagan solat.kaka da pesan suruh jaga quran .abang pesan suruh jaga masa,tb pesan ruruh berjaga-jaga sentiasa, Allah pesan tak payah jaga sebab Allah sebaik-baik penjaga.Jaga ALlah dalam hati insyaAllah semuanya akan terjaga. Teringatkan Hafiz hazim, kata bidin tengok muka Hafiz teringatkan Allah sebab hafiz selalu ingatkan pasal Allah.



jauh
Allah dekat dengan hambanya
tapi mati dan akhirat lebih dekat sebenarnya
mungkin malaysia sangat jauh
keluarga pun jauh
tapi hati
solat dan quran jangan jaukan pula
kata TB , DIA menolong!
kata ukhti Deeni,
harapan sentiasa ada sebab DIA tak pernah tak de

jauh.....
macam tajuk lagulah pulak
memang tajuk lagu
Allah..always be there

2 comments:

putrapurabuana said...

melankolia ke melankolik?tb confuse le...Doakan SPM TB yer.

saza s said...

kepada serdadualami

both are correct (i think)
don't get confuse..tanya cg Mat saad
doaku sentiasa bersamamu

doakan abangmu ini juga ya

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger