bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kesyukuran terhadap kekuasaan dan kekuatan Allah yang melindungi diri penulis daripada segala ancaman zahir mahupun batin , penulis mulakan catatan kali ini.
entrydebt pertama yang harus dilangsaikan. ^_^
biarpun planner PERUBATAN penulis tidak banyak tercatat apa-apa untuk penghujung April ini,anggap sahajalah sebagai muhasabah untuk masa yang lalu.
waktu itu, musim peperiksaan sudahpun bermula.Kehangatannya sudah makin dirasai.Apabila kelas anatomy terakhir menutup tirainya maka dengan itu, diisytiharkan peperangan sudah dilangsungkan. Mulalah musim buku menjadi senjata utama untuk melawan musuh serta letih dan penat menjadi musuh untuk yang perlu ditumpaskan."berjuanglah kamu sehingga letih pun letih dengan kamu,penat pun penat dengan kamu dan futur pun futur dengan kamu". Group alumni SMAKl pernah membahaskan kata-kata ini , namun hanya satu pendapat berjaya membuka mata penulis
'biarlah kita nak letak apa-apa perkataan sekalipun letih ke penat ke lesu ke apa ke , selagi tubuh kita tidak mampu membuktikan apa-apa, selagi hati kita masih mahu terus terleka selagi mata kita tidak berusaha sedaya upaya selagi itu berbagai-bagai perkataan di atas itu tidak memberi makna. Medan berjuang jauh bezanya dengan medan penulisan.Jika kita kuat melakarkan kata-kata insyaAllah kita juga mampu mengerahkan tenaga kita.yang penting ingat Allah dan Rasulnya dan ingat Jihad kita'
Final bakal dimulakan tanggal 8 Mei dengan subjek killer kebanyakan mahasiswa Azhar (written physio) bererti kels terakhir pada 29 April itu menjadi penutup tirai kuliah dan pemula tirai study leave.Itu masih belum dikira dengan kelas gantian untuk embryologi serta beberapa kali hadir ke gamiah untuk consultancy project histology , pendek kata seminggu masa diberikan untuk mengulangkaji physiology agak padat.tak apalah... itu penulis ceritakan nanti ya ^_^

kelas terakhir jatuh pada 29 April , ulangtahun hari lahir Abiku sayang, biarpun ketika itu line internet di rumah sedikit nyawa-nyawa ikan, serta abi ketika itu mengalami sedikit masalah dengan hensetnya , awal mei barulah ucapan itu dapat diberikan kepada abi... insyaAllah nanti saat hari ayah sedunia penulis ceritakan pasal hero no 1 penulis ini.Abi tidak pernah marah biarpun sejak belakangan ini penulis dapat rasakan abi macam merajuk sahaja dengan penulis kerana penulis selalu sahaja sms ummi,penulis tahu kasih dan sayang abi tak pernah berbelah bahagi untuk anak-anaknya.
setelah mendapat keizinan daripada ummi dan abi serta sokongan daripada kakak dan kak da, akhirnya penulis memutuskan untuk tidak mengupdate blog.bukan mahu melupakan hak blog ini namun mahu mengutamakan aulawiyyat yang lebih penting.Juga sengaja membiarkan shoutbox itu tersangkut dengan video youtube itu kerana tidak mahu sebarang penambahan komen di situ.Penulis ingin mengucapkan berjuta kemaafan kerana membiarkannya hingga ramai bertanya bila mahu update dan sebagainya
kakda : saeed , awak memang mode exam je ye mase final ari tu?
penulis : ye ke?
kakda : dah tu blog tak update pun , langsung
penulis : kan saeed dah kata , saeed tak nak diganggu dengan blog tu tapi saeed tetap update dengan blog sahabat-sahabat lain.
kakda:a awak nak concentrate ye?
penulis : lebih kuranglah... padahal naruto tak pernah miss tiap-tiap minggu
^_^ ^_^ ^_^ ^_^
penulis biarpun sudah penghujung april tetap terasa terkilan kerana yang paling terkilan adalah tidak dapat menulis pasal abi dan lambat wish birthday abi.keduanya dua paper pertama penulis Allah uji dengan dosa yang sangat penulis takutkan dan penulis biarpun tidak mahu ingat akan dosa itu, syaitan selalu sahaja datang dan membisik dengan godaannya yang kuat. Allah sahajalah tahu betapa hati ini gementar dan tidak suka.Alhamdulillah sepanjang exam yang lain dapat penulis kebalkan diri daripada godaan dan insyaAllah akan terus istiqamah hingga ke akhir hayat...
disini juga penulis ingin sekali mengucapkan selamat hari lahir kepada semua anak-anak April kerana post yang sepatutnya khusus ini tidak sempat dibuat dan dipublishkan.Semoga Allah merahmati hidup kalian dan semoga kalian sentiasa dinaungi dengan naungan daripada Allah di akhirat kelak.Penulis tidak punya sebarang hadiah, sekadar sekuntum doa buat kalian Agar Hati kita tidak pernah lupa akan pertolongan dan pengawasan yang tidak putus-putus daripada Allah ....
1 April - Nurulhusna Ahmad Sani
4 April - Nik Hassan Syukri Nik Zainal Rasyed
8 April - Muhd Lutfi Muhammad , Muhd Farhaan Muhd Siril Asrar
10 April - Ummiku sayang , Ahmad Dawotd khan Mad Mikhan
11 April - Ali Ahmad Foudzi (aliku sayang)
14 April - Abangku sayang , Abu Ubaidah Musa
20 April - Muhd Imran Ismail,Muhd Amir faris,Siti Ramziah dan Siti Khamsiah Abdul Ghani
27 April - Nur Sakinah Sidi Ahmad
29 April - Abiku sayang
khusus ucapan sayang kasih dan rindu buat kalian
couple of the year dan forever
abi and ummi
my second lifetime hero
abangku sayang
(yang macam muka penulis itu adalah abang penulis ya..bukan dua-dua)
semoga Allah redha dengan kalian
DIA menolong !
wallahua'lam
NB
-sangat sedih kerana dough karipap yang dibuat semalam tidak menjadi
-sangat gembira kerana berjaya menelefon ummi sekeluarga yang sekarang berada di Perak
-selamat pengantin baru Abang Anuar...selamat menjadi kapten bahtera rumah tangga !
0 comments:
Post a Comment