perjuangan tiada noktah

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kerinduan , kesyukuran terhadap ilahi yang mengurniakan ilham dan kekuatan serta tanggungjawab yang tidak pernah sudah terhadap amanah dakwah yang dipegang, penulis mulakan operasi membersihkan blog daripada sawang ini.

pertamanya , alhamdulillah kerana Allah masih memberikan hayat kepada penulis untuk meneruskan perkongsian di dalam laman penulis ini.Sudah lama tidak meng'touch up'kannya hingga sudah penuh dengan debu dan sawang.Tambah-tambah lagi shoutbox telah 'hang' kerana stuck dengan video Palestine will be free' untuk entry sebelum ini.Sebenarnya sengaja membiarkannya begitu , alasannya tidak akan disertakan di sini. :D

penulis sebenarnya ingin memohon maaf kerana tidak sempat untuk memberitahu kepada sekalian pembaca , sebulan sudah blog ini dibiarkan tidak disentuh kerana ingin menumpukan perhatian untuk peperiksaan final yang baru tamat semalam.Mendapat restu dan keizinan daripada ummi dan abi tercinta serta sokongan padu daripada kakak tersayang serta teman serumah yang memahami , sebarang bentuk penulisan harus dihentikan dahulu , aulawiyyat tetap perlu diutamakan.Teringat pesanan seorang sahabat suatu ketika dahulu "utamakan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting'.

Tahun satu Perubatan


tidak banyak yang ingin ditulis sebanarnya di sini kerana ingin allocate satu entry khusus untuk itu nanti namun sebanrnya jika diulang kembali satu persatu imbauan memori sapanjang tahun satu ini , hanya senyuman sahaja yang menjadi balasannya.Terlampau banyak kenangan yang indah yang berlaku.Tidak salah kiranya penulis adunkan semuanya menjadi satu dalam seribu.Cukup segala rasa.Ada suka, ada duka, ada cemburu , ada puas hati, ada tangisan , ada kemenangan ada kekalahan dan yang paling penting yang tidak pernah penulis lupakan ... Allah always be there.. insyaAllah tahun 1 akan penulis kupaskan nanti.

final exam , musim macam-macam

macam meniru entry orang lah pulak...tapi memang exam ini adalah musim macam-macam.Musim perintah berkurung berkuat kuasa, musim buku menjadi teman istimewa ,musim laptop jarang dibuka dan yang paling penting musim  panas semakin membara.Fatrah imtihan kali ini disambut dengan bermulanya fatrah 'daylight saving' ertinya waktu dimesir menjadi awal sejam berbanding biasa.Walaupun penulis masih tidak begitu faham kenapa perkara ini terjadi ..mungkin kerana penulis bukanlah seorang geografist yang suka untuk menelaah perkara-perkara itu.

Musim exam ini adalah musim exam yang paling berjuang ...walaupun penulis ketika inilah mula suka menonton chef jo di portal TV3 juga dikenalkan teman serumah game zombie VS plant yang terhenti seketika kerana sudah boring  juga anime Naruto yang tidak pernah miss selama setiap minggu ^_^ ...cumanya yang penulis kurang gembira adalah , musim exam bererti musim berhenti program...sekadar berprogram secara nafsi... juga menjeguk malaysia daripada jendela internet yang semakin melaju dua tiga minggu ini ... itulah jalannya mengumpul kekuatan.

musim berkurung,event bertimbun

antara perkara yang sangat penulis kesalkan adalah musim exam ini banyak pulak event-event penting.Hari ibu, hari guru, birthday kawan tu, beirthday dia, wedding itu, wedding ini , program sana, program sini.Namun kuatkanlah jugak hati ini menghadap cik anatomy serta teman-temannya yang banyak dan memeningkan itu untuk menatap lebih lama ketika cuti ini.Bukan salah mereka kerana terjadi lewat musim ini, tapi mungkin salah penulis kerana tidak cakna akan tarikh-tarikh itu.Tapi let bygone be bygone ... ada kerja tertangguh yang perlu diselesaikan.

hajat di hati untuk tahun ini mahu tidak lepas mengucapkan selamat hari ibu kepada Ummiku sayang serta semua ibu yang pernah membesarkan penulis serta ingin meucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang yang ada di dunia ini termasuklah 7 orang cikgu penulis yang berada di rumah kecik ini ^_^ serta bercita untuk tidak lepas mengucapkan selamat hari jadi kepada sahabat-sahabat dan teman-teman semua ...di tambah dengan anak-anak April yang tertangguh , nampaknya banyaklah perkataan 'belated' untuk the coming post ya...

LifeLine 4 Gaza

flotilla perdamaian ini sekarang sedang berjuang.Kadang-kadang terasa kurang cakna sekali terhadap perjuangan seluruh ummat ini.Ditambah subjek medik serta kelalaian yang sedia ada membuatkan penulis selalu terlepas pandang.Mungkin masih kurang syuur Islam dalam diri dan itu perlu disegarkan dengan secepat mungkin.Namun antara perkara yang tidak mampu penulis tahan adalah kes Talian hayat itu ditahan tentera Israel, jika kita kan, orang luar masuk ke rumah kita sudah pasti kita akan menghalaunya dengan sesungguh hati, begitulah yang dilakukan oleh semua ahli rombongan kapal perjuangan itu.Namun dunia sekali lagi tersalah anggap apabila ada pihak yang jahat dan busuk hati mahu mengeksploitasi perjuangan ini mengatakan manusia yang berada di atas kapal itu pengganas memukul tentera Israel

TV Al-jazeera menayangkan seenak-enaknya berita palsu ini ke seluruh dunia.Sedangkan haiwan patuh dan taat pada undang-undang rimba, tatkala manusia pun sudah tidak tahu untuk ikut peraturan yang dicipta manusia bukankah lebih teruk daripada binatang itu namanya.Sudahlah kapal tidak bersalah itu ditawan dan terkandas , berita palsu disebarkan tanpa sebarang rasa bersalah , barang-barang yang dibawa turut dirampas dan musnah , tidak cukup dengan itu, ada juga Insan yang cedera parah ... itulah bukti siapa yang lebih pengganas sebanarnya.Jika satu dunia diberitakan dengan tentera israel dihujani keganasan ahli rombongan tetapi jangan lupa semua manusia sedia maklum setiap darah yang menitis di palestin adalah angkara Israel yang dilaknat. Maka mata siapa yang terus buta dan dibutakan?

kini, kita semua perlu lebih cakna, bera sangatlah jarak antara Palestin dan Mesir , mahupun Palestin dan Malaysia jika ingin dibandingkan dengan jarak dunia dan syurga ...jika jarak pendek ini kita tidak mampu tempuh , jangankan syurga, rahmat Allah pun belum mampu kita sentuh.

Jannah Sani , seorang pejuang


pasti kenal dengan gambar ini


bukti nyawa kita Dia yang punya , dua hri lagi praktikal Biochemistry akan menjelang , sejam sebelum maghrib penulis dikejutkan dengan berita kematian Ukhti Jannah.Rasa terkejut benar-benar menguasai , teringat kepada dua kakaknya yang sedang berjuang di tanta, terus laptop awam ini dihidupan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah. Ramai bertanya, kenal ke Jannah tu. Penulis sekadar menjawab.Kenal begitu jelah. Hakikatnya memang penulis sekadar kenal di sebagai seorang Jannah Sani/janas/the_heavengirl ... not more than that... dia tidak lain adalah seorang pejuang.

kenal kali pertama .... tidak begitu pasti.,.. mungkin ketika dia sedang mewakili matri untuk berucap di dalam program kepimpinan tahun 2007 dahulu, mungkin ketika penulis terlampau obses dengan majalah matri tahun 2006 dahulu mungkin juga ketika penulis sedang sibuk ke sana dan sini di dalam PN entah bila dahulu ... penulis tidak ingat.Namun dia tetap seorang pesaing, yang selalu kalahkan penulis. Kalah pertama kerana dia berjaya mendapat (A untuk PMR sedangkan penulis tidak, kalah kedua kerana dia berjaya mendapat biasiswa sedangkan penulis tidak dan kekalahan yang mungkin tidak dapat ditebus adalah kerana terbukti Allah lebih sayangkan dia.....

dia mungkin bukan sesiapa di mata manusia tetapi dia adalah seseorang di mata yang menenalinya .Keluarganya , kakaknya, adiknya serta blognya ... menjadi follower tetap , daripada 'the time of my life' ke 'life of me' hinggalah ke 'bon voyage!' ... dalam hati...nak terbang dah ye cik janas ni.. rupanya dia akan terbang lebih tinggi ke langit pencipta...tidak mahu menulis panjang bagi mengelakkan yang bukan-bukan cukup dua post ini , ini dan ini ... sebagai bukti kukuhnya keimanan serta pegangannya pada agama.... moga Allah mencucuri rahmat keatas dirimu Nuruljannah Ahmad Sani.

cuti , bukan untuk dibiarkan pergi

bila ditanya 2 bulan sebelum pulang mahu buat apa... ada yang kata nak balas dendam main game, ada yang kata nak tengok movie puas-puas, ada yang kata dan jelan-jalan sekitar mesir, ada yang kata nak mengaji kitab, ada yang kata nak belajar bahasa arab ada yang kata nak buat itu ada yang kata nak buat ini. Plan penulis?? hihi , selagi keputusan tidak sampai ditangan selagi itu perjuangan ini tidak ternoktah. Penulis tidak mahu kesilapan lalu  berulang lagi, waktu ini adalah waktu segala macam doa dan solat digandakan, segala amal kebajika dilipat kan, segala perkara buruk dijauhkan kerana mungkin 'kuasa Allah ' bakal direvealkan dalam sekelp mata sahaja.Running out of time, having fun writing this much, see you guys around insyaAllah. wallahu'alam

NB
-entrydebt=banyak
-result in few weeks, doakan penulis ya!
-buat keluarga Allahyarhamah, yang ada membaca tulisan saya kepada arwah, sekiranya agak keterlaluan, saya mohon mohon maaf, dan jika ingin dia dipadamkan, sila bagitahu segera... saya cuma ingin menonjolkan keperibadian allahyarhamah kepada semua agar dapat dijadikan teladan.
-Allah always be there!

4 comments:

putrapurabuana said...

Salam bahagia buat penulis sepi,
semua ahli gembira dengan catatan kali ini.My advice,sentiasa jaga HDA dan cari kekuatan dari luar.Insya-ALLAH,Dia menolong!!!

saza s said...

kepada pejuang fitrah yang sudah tertranslate kepada serdadualami

penulis sepikah abangmu ini?
penulis bahagia mcm lagi best je

gembira jika semuanya gembira
insyaAllah, abangmu sangat lemah,
insyaAllah..tulisanmu sentiasa memberikan kekuatan

DIA menolong!

sinar_islami said...

Alhamdulillah..update juga..
:) Moga Allah rahmati tulisan anta..
Perjuangan tidak pernah henti..

saza s said...

kepada sinar islami

:)maaf..aulawiyyat tetap perlu diutamakan

syukran atas doanya..
perjuangan memang tidak pernah terhenti

DIA menolong!

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger