Pa'lupa'stine @ Pa'love'stine

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan memohon kekuatan daripada Allah serta perlindungan dan pertolongan daripadanya , penulis mulakan penulisan kali ini



kini, Palestin kembali lagi meskipun ia tidak patut sepi daripada kamus kehidupan kita.Menelusuri blog-blog teman-teman lain, mungkin penulis agak lambat merespon akan isu ini.Busy, mungki tidak.Mungkin kurangnya syu'ur Islam di dalam diri ini membuatkan penulis meremeh-temehkan isu ini.Mungkin benar, masih kurang rasa bersaudara antara kita.Antara kita yang sedang enak duduk di atas sofa kehidupan yang indah sedangkan saudara-saudara kita di sana menggigil di dalam kesejukan dan ketakutan.

Kadang-kala kesibukan seharian kita membuatkan kita lupa pada Palestin.Lupa pada kegawatan aqidah yang berlaku di sana.Terlupa pada kekejaman negara palsu Israel yang bertindak sewenang-wenangnya merampas hak Ummat Palestin serta mengusir penduduk asal negara itu.Mungkin kita sering terlupa akan tanggungjawab kita terhadap mereka selaku saudara-saudara seislam kita yang sama-sama menggenggam ikatan janji berpatri aqidah.Mungkin kita terlupa , Allah juga mungkin menimpakan kita keadaan segawat saudara kita di palestin sana.

Sabda Rasulullah "siapa yang tidak mengutamakn urusan saudaranya yang lain, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka"

Kini kita disogokkan dengan tuntutan duniawi semata-mata.Mungkin dalam 24 jam Kita bernafas dan berkerja, Hanya 10 percent masa kita terselit Palestin dicelahnya.Mungkin lebih teruk lagi jika kurang daripada itu (baca:peringatan diri sendiri).Kita mungkin selalu dihidangkan dengan diskusi mengenai isu ini.Jika bertanya kepada sesiapa sahaja mesti semua tahu pasal Palestin.Mungkin golongan yang terlampau unsensible sahaja yang akan mengelengkan kepala mereka.Banyak ceramah-ceramah yang membincangkan masalah ini dan sebagainya

namun sekarang bergantung kepada kita sebenarnya bagaimana untuk menentukan hala tuju ilmu dan maklumat yang sudah kita ada itu.Adakah kita akan membiarkan ia membeku di dalam kepala kita atau kita akan menumpahkan ia agar orang lain dapat sama menikmati kepentingannya.Sebagai manusia yang punya segala kekurangan tetap menjadi masuliyyah kita untuk turun padang dan turut sama bergandingan tangan dalam mendepani permsalahan ini.Menjadi salah satu keperluan dan tuntutan untuk kita tidak lari daripada menyelesaikan konfrontasi aqidah yang gawat ini teman-teman.

mungkin ramai yang akan berkata "kita kan manusia, selalu lupa. Benda-benda medik ni pun banyak lagi yang tidak ingat" ingatlah ya teman-teman sekalian.Yang bagi ingat tu Allah, Kita ingat pada Allah, kita ingat pada agamanya , kita ingat pada permasalahan agamanya InsyaAllah urusan kita akan terus Allah permudahkan. Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba-hambanya yang menolong agamannya. Firman Allah "jika kamu meolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu " .Jadilah kita semua penolong agama Allah, Allah akan menghadiahkan kejayaan buat kita baik di dunia mahupun di akhirat.

Kita , rentetan permasalahan global ini, Kita sekali lagi dihidangkan dengan Lifeline for Gaza


di Pewaris.net pun turut meriah dengan Lifelien ini.Talian hayat yang InsyaAllah dapat membantu meringankan bebanan saudara-saudara kita di sana.Sebagaimana yang pernah penulis utarakan dalam satu entry yang agak lama dahulu , kita bukan lagi diharapkan untuk menjadi kuat, tetapi kita sekarang di tuntut untuk menjadi kuat. Begitulah keadaan nya sekarang , Kita bukan diharapkan untuk membantu mereka tetapi kita dituntut untuk membantu mereka.Menjadi kewajipan bagi kita untuk menghulurkan tangan dan meringankan bebanan mereka selama ini.


sejajar dengan tuntutan yang menjadi kewajipan kita semua, marilah sama-sama kita menjayakan Lifeline for Gaza ini.Mungkin penulis terlupa akan VIVA Palestina yang dikatakan tidak begitu berjaya dahulu namun kini , usaha ini InsyaAllah Allah akan berkati dan permudahkan. Setiap perjuangan menegakkan syariat Islam dan agama Allah takkan pernah dibiarkan Allah , bukan tidak diuji dengan kesusahan tetapi akan selalu diperlicinkan dan dipermudahkan.Ingat lagi kan Jalan menuju syurga itu bukan dihampar dengan permaidani merah tetapi ditabur dengan onak dan duri.

sedikit kelegaan sebenarnya, tatkala menerima sebuah risalah daripada unit Perubatan ketika praktikal Anatomy baru-baru ini , terkejut dengan tagline Lifeline For Gaza "Macam ku kenal ayat itu, tapi di mana ya? " monolog sendiri.Tambah terkejut lagi dengan terteranya akaun bank 'Tabung Palestin Haluan' di dalam kertas itu. Alhamdulillah sekirang-kurangnya Haluan sudah mula mendekati masyarakat khususnya komuniti pelajar-pelajar Mesir ini.Sedikit rasa sedih kerana penulis yang kecil ini masih tidak mampu memberikan sebarang sumbangan terhadap sistem yang menegakkan Islam ini tetapi lebih disibukkan dengan sistem jahiliyyah yang sedang menguasai sekarang.

justeru, lenyapkan kesedihan.Hapuskan kealpaan .Tempa langkah menuju kemenangan.Bina jalan menuju kejayaan.Ada saudara sedang meraung di sana,ada kota sedang diamuk binasa.Usirlah pa'lupa'stin tetapi bentuklah Pa'love'stin.

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"

Nombot akaun : 5-644-902-085-28

Bank : Maybank Berhad

Ikuti perkembangan Lifeline 4 gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook fan Page




wallahua'lam

NB
-counting seconds for dad's birthdays
-bebola palestin yang comel.. i want them!
-exam mode (baca:tercekik dengan masa)
-gambar-gambar dicuplik dari sana dan sini . harap maklum

2 comments:

Unknown said...

salam, akhi fillah. Lama tak reply pesanan-pesanan anta. Afwan banyak2.
Apapun, jazakallah khairan atas semua pesanan, dorongan dan ambil berat anta. Satu nilai yang tinggi buat diri ana.
Ana nak tulis kat shoutbox tu, tp tak bleh pun...ana tulis je lah kat sini.
Apapun, la tansani fi dua' ik...
Anta nak balik Malaysia ke?
Bunyinya mcm nak blk ke sini je...
Takpa, kalau balik boleh jumpa dan sembang lagi lama, ye tak...
OK, InsyaAllah...
Barakallah a'laik...

saza s said...

kepada afdholul Rahman

1-rindu
2-tak pe ... update or not , i know you always on the battle.. my dua always with you
3-you worth more than everything ever exist
4-haha...selagi tak terkeluar mulut ana balik Malaysia...selagi itu tiada apa-apa
5-anta daiman fi qalbi sahabtku
6-lagu mula2 ni untuk anta
7-counting days to sembang lama2 ngan nta
8- sayang kerana Allah
9-moga Allah redha
10-jangan lupa ana juga ya... latansani fiduaik

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger