dengan penuh kerinduan seorang adik kepada abangnya nun jauh di mata serta kesyukuran diurniakan seorang kekanda yang banyak melindungi dan mendidik diri, penulis mulakan penulisan kali ini.
pertamanya penulis ingin sekali memohon maaf kepada semua yang selalu sahaja singgah di blog ini kerana hampir seminggu penulis tidak mengaktifkan jemari di atas papan kekunci ini.Disebabkan kekangan masa serta gelombang peperiksaan yang semakin mendekat membuatkan semakin terbatas waktu untuk berdua-duaan membersihakn blog itu. (baca:releasing).Maaf tidak terhingga.Pasti abangku sudah penat menanti post ini, ampunkan adikmu yang sorang ini abangku.
Siddiq Syukkri Affandi bin Zahari
abangku sayang
22 Tahun
14 April 1988
Fakulti pendidikan Khas
Universiti Kebangsaan Malaysia
http://sirulasrar88.blogspot.com
siapa abang sdi hati penulis?Seorang manusia yang paling berhak mendapat panggilan 'abang' daripada penulis.Seorang manusia yang mendidik penulis menjadi seorang yang berguna.Seorang manusia yang tidak berhenti menasihati penulis di dalam semua keadaan,seorang manusia yang memahami penulis di saat suka dan duka.Seorang yang mampu membuatkan penulis tersenyum ketika air mata membasahi pipi.Seorang manusia yang bertanggungjawab mengajar penulis ilmu memandu dan ilmu bekerja dan yang paling penting seorang manusia yang menunjukkan kepada adiknya jalan menuju ke syurga.
abang dan penulis memang jauh berbeza.Tubuh kami sahaja sudah cukup.Abang berkulit kuning langsat sedangkan penulis hitam dan gelap.Abang tubuhnya sedikit 'sihat',penulis kurus dan kering. Abang badanya rendang sedangkan penulis tinggi tidak rendah pun tidak. Kalau berjalan atau dalam gambar senang sahaja untuk membezakan abang dengan penulis.Lain dengan penulis dan adik Tb, kami memang dekat-dekat sama cumanya Tb lebih cerah berbanding penulis.
Abang memang sangat dikagumi penulis.Tokoh kedua dikagumi selepas abi.Abang mendidik adik-adiknya memang dengan kekasaran.Kegarangan abang memang terserlah hinggakan adik-adik dir umah memanggilnya 'tsunami', tetapi jika penulis imbas kembali waktu muda-muda dengan abang dahulu, zaman kami sama-sama lumba basikal sampai jatuh-jatuh hingga berdarah lutut, zaman kami main hujan sama-sama lepas tu tangkap berudu dan simpan dalam botol.Zaman kami cuba-cuba nak masak jagung guna resepi ciptaan abang sehingga akhirnya kami buang sahaja jagung itu , terlalu manis untuk dilupakan.
sebagai abang sulung, abang memang banyak mempengaruhi penulis.Jika di sekolah rendah dahulu, siapa tidak kenal Siddiq? tanya semua cikgu pasti kenal.Diperturunkan kepada penulis tempias itu sedikit-sedikit hinggakan saat darjah enam pun kalau cikgu tanya "saya ni adik siddiq cikgu" barulah cikgu tu ingat.Sekarang abang pun memang dikenali ramai. ata Suna, di kolej Ibu Zain di UKM itu, siddiq memang menjadi bintang paling popular. Sekejap-sekeja ada yang jerit "Siddiq! " dari jauh.Bukan bangga punya abang yang dikenali ramai tetapi bangga sasaran dakwah abang sangat luas.
sebagai abang, tanggungjawab terhadap adik-adiknya tidak pernah dilupakan.Dengan kemahiran memandu yang sangat menakjubkan yang abang miliki, abang selalu sahaja mengambil dan menghantar adik-adiknya ke sekolah,penulis sendiri selalu sahaja dihantar abang pulang ke asrama.Jika abang pulang bercuti, pasti abang yang akan diajak ke sana dan ke sini,Tambahan pula abang memang kaki berjalan.Dari motor bertukar ke kereta.Pernah sekali ummi memberitahu "abang kamu tu, dulu motor sekarang kereta, lepas tu kot-kot nak bawak kapal terbang pulak". tergelak penulis mendengarnya. "tak pelah ummi, abang tu bawak motor bawak dakwah sekali tau.Bukan tak tahu hala ke sana-sini" jawab penulis pula.
abang memang inherit both sikap ummi dan abi yang 'branded2'.Suka beli baju yang branded2 macam ummi.Suka makan yang sedap-sedap macam abi.Tambah lagi, suka shopping macam ummi dan suka berjalan macam abi.Tertawa besar penulis mendengar luahan hati ummi. Abang , duitnya memang tidak pernah lokek.Sebab itu wang sakunya tidak pernah putus-putus.Jika penulis ke UKM, pasti dia tidak lupa membelikan sesuatu terutamanya makanan.(baca:terharu).Dan sekarang wajib bagi penulis untuk membelikan sesuatu kepadanya sewaktu pulang nanti
biarpun abang merupakan anak lelaki sulung dan tanggungjawab terhadap keluarga tertanggung di bahu abang, namun dia tidak pernah melupakan atau membelakangkan kakak-kakaknya yang berdua itu.kakak dan kak da sentiasa diutamakan.Pendapat mereka selalu diminta sebelum melakukan sesuatu.Pernah sekali abang menerima panggilan orang yang tidak dikenali sewaktu bersembang bersama-sama kakak.Terus diminta kakak menjawabnya.Kalau kita, pasti kita akan pergi ke tampat tersorok dan menjawab panggilan itu tanpa diketahui orang lain kan? Keprihatinan abang memang tidak dapat dinafikan. Selalu menjadi orang pertama yang meng'wish'kan setiap hari lahir adik-beradiknya. (baca:envy)
yang paling penting mengapa harus ada rasa hormat dan sayang penulis kepada abang adalah kerana Hanya abang sahajalah yang memahami adik lelakinya.Kakak mungkin memahami juga tetapi hati lelaki sahaja yang selari dengan naluri sang Adam.Untuk itu, penulis sangat bersyukur dikurniakan abang yang tidak jemu-jemu dalam dakwah dan tarbiyah serta tabah mengharungi hidup serta sabar mendepani dugaan. Seorang abang yang tidak lupa menghukum adik-adiknya yang melakukan kesalahan.Tidak kering bibir daripada nasihat dan pedoman dan tidak lekang bibirnya dengan senyuman tatkala wajah bertentangan.
selamat hari jadi abang
sanah helwa
sayang awak!
ini hadiah saeed untuk awak
wallahua'lam
NB
-wish to write longer but time exceed my speed
-gomenasai abang, seminggu usia hari lahirmu baru post ini dapat disiarkan
-conting days to see those old folks
-exam!exam!exam!
19 year old guy
moderately looking person
friendly and moderate
nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
2 comments:
Haru...
Moga ALLAH sayang kalian berdua...!
Allah, jadikan mereka syabab.. Syabab yang memangkin kebangkitan ummah..
kepada aisyah Ulya'
terharu jugak
ingatkan abangku sayang yang mengomen
rupanya adiknya yang sorang itu
jazakillah
doakan ana utk exam ngan utk balik
minta kepulangan ana tidak dihebahkan
wanna to announce it myself
Post a Comment