debu-debu itu

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan nama Allah yang maha pengampun dan maha pemberi taubat dan keampunan, penulis mulakan penulisan kali ini.


sekadar perkongsian pengalaman.Hari Ahad baru ini bandar Madinah Nasr di Kaherah ini sangat berdebu. Sejak dari pagi, dada terasa sangat sesak.Hendak melakukan hyperventilation pun tidak boleh disebabkan debu-debu itu. Kalau dalam istilah perubatan,kehadiran debu-debu tersebut sama ada akan dikeluarkan daripada paru-paru kita melalui mucous secretion oleh lung alvoeli ataupun mekanisme batuk atau bersin akan berlaku (mempraktikkan ilmu respirasi yang baru dipelajari~kalau salah minta betulkan ya).


Praktikal phisiology pagi itu dihabiskan dengan pelajaran regulation of respiration , alhamdulillah berjalan dengan baik biarpun agak lewat yang kritikal hingga banyak masa dihabiskan dengan menilik kertas nota didepan mata..hahaha... tetapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya teman di sekeliling berjaya mewujudkan biah study memandangkan musim peperiksaan semakin menghampiri. Usai praktikal phisio tamat, kaki melangkah ke mat'am membelasah kuftah yang sedap dan panas, ada lebih wang sedikit, Hamzah minta dibelanja..hihi.. orait boss!

tetapi...udara sungguh menyesakkan nafas, jarak beberapa langkah antara bangunan kuliah serta mat'am dirasakan teramat jauh.Ingin segera berlindung di balik binaan batu-bata.Praktikal Histology menanti, menunggu professor dengan sangat lama sambil meng'refresh' kembali ilmu histo yang paling senang berkarat itu sehinggalah teringat pesanan professor agar me'revise ' kembali lukisan slide-slide yang telah lalu.Pantas sahaja penulis membincangkan slide-slide yang sudah tersedia di situ.Masing-masing melontarkan pendapat. Itu nerve trunk, itu LS skeletal muscle,itu spongy bone....terhibur dengan kesungguhan semua, hinggakan slide tanpa label yang paling mengelirukan berjaya dirungkai tahniah semua.

kini waktu pulang menjelma, sesudah menunaikan solat zohor di musolla universiti, berjalanlah penulis bersama Hamzah teman serumah ke luar gamiah menanti bas.Sesak di dada masih kuat menekan chest wall ini.Nak bernafas pun terasa sangat berat.Angin ringan bertiup kencang menerbangkan debu-debuan tanah hingga terpaksa berjalan mengecilkan pelpebral fissure ini.Pasti white blood cell sedang bekerja kuat bagi memusnahkan berjenis-jenis bakteria yang datang memenuhi rongga tubuh.Debu-debu jalan hinggap ke baju.Terpaksa berkali-kali mengibas-ngibas baju untuk menghapuskan debu-debu tersebut.
"Tension betul hari ni, dahlah tadi time phisoi prof tanya yang dulu-dulu asyik tak dapat jawab je, keluar gamiah, sesak pulak dada nih nak supply tissue dengan oxyugen yang bersih" katra Hamzah.Penulis mengiyakan sahaja.

dalam hidup kita seharian memang kotor itu sesuatu yang amat kita benci.Pantang ada kotor sikit di baju, sudah minta ditukarkan dengan baju yang lain.Jika di mesir ini, kotor dan debu itu memang tidak dapat dielakkan.DI mana-mana sahaja pasti nampak debu.Mesir dan debu memang sinonim. Jika kita mendahulukan sabda Rasulullah "Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman", alhamdulillah penulis ucapkan tahniah namun jika kita amat kronik menjaga kebersihan semata-mata mahu memancing pujian dan pandangan orang lain, maka rugilah kalian.


Cuba kita fikir sejenak, dalam kita ghairah menjaga kebersihan luaran ini, adakah kita serius menjaga kebersihan dalaman kita.Bagaimana kita menjaga hati kita daripada kekotoran maksiat dan dosa.Adakah kita sangat sensitif kepad kokotoran maksiat sebagaimana kita terlalu menjaga keputihan baju dan tubuh badan kita.Dosa memang tidak dapat kita elakkan.Hinggakan setiap anak adam itu dilahirkan dengan tidak sempurna, pintu dosa terbuka di mana-mana sahaja.Namun bagaimana situasi ini kita hadapi?

penulis pernah terbaca sebuah puisi yang disiarkan dalam majalah Haluan namun maaf isi sajak tersebut tidak dapat penulis sertakan di sini namun beberapa patah bait puisi tersebut insyaAllah, harap betul

setiap saat masa berlalu
hitam dakwat noda tertumpah
di atas kertas amalan putih
pekat
pekat
pekat
hingga tidak ternampak cahaya
kita dimana?



bagaimana sebenarnya kita cuba untuk membersihkan kotor-kotor dosa yang tidak lepas kita lakukan.Sejak dari dosa hati hinggalah ke dosa perbuatan yang kita zahirkan.Adakah kita menganggap dosa sebagai lalat yang hinggap, kita tepis begitu sahaja, atau kita merasakan dosa itu ibarat gunung yang menghempap tubuh kita.Seorang muslim takkan pernah menganggap enteng dosa yang dilakukan dan akan terus menghampiri gerbang taubat yang Allah sediakan. "sesungguhnya Allah amat men yukai hambanya yang bertaubat dan yang membersihkan diri".

Anda bagaimana?
wallahua'lam



NB
-esok birthday abangku sayang
-exam dah dekat...minta doanya ya
-musim orang berpusu-pusu membeli tiket untuk pulang...T_T rabbuna yusahhil

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger