bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kerinduan seorang putera, sedikit rasa sedih menjalar di dalam hati serta rasa syukur yang tidak terhingga penulis mulakan catatan rindu ini
Alhamdulillah, dari 1 April membilang hari, akhirnya tiba juga ke saat ini.Tanggal sepuluh April mencatatkan sejarahnya tersendiri.Kelahiran 52 tahun seorang puteri yang sudah bergelar ibu kepada 8 cahayamata juga berpangkat isteri buat suaminya yang tercinta.Itulah ummiku sayang.
Naziah Binti Hassan
10 April 1958
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanggol
ummi
bagaimana harus penulis mulakan, penulis juga tidak tahu.Kali pertama menulis surat layang buat ummi yang jauh di tanah air.Semalam, tanggal 9 April, dalam hati sudah berpuluh kali diingatkan agar menelefon ummi memandangkan semalam adalah jumaat dan esok adalah birthday ummi, lantas setelah ulangkaji siap dilakukan, terus sahaja diri ini melangkah ke Laptop Paan untuk menelefon ummi.Ditekan-tekan beberapa kali papan kekunci untuk menghubungkan talian..,.tup tup terputus...belum sempat lagi mengucapkan salam.beberapa kali lagi dihubungi tetapi masih belum berjaya....sedih!!!
mengenangkan hingga saat ini penulis masih belum berjaya menguhubungi ummi, terkenangkan sms ucap selamat yang dikirimkan lewat pagi tadi (still lambat) kepada ummi.
"salam ummi, try to reach you last night but i can't.however, i am not upset coz i know your love reach me every day and night, sanah helwa ummi,barakallahu alaik."
sesudah menekan punat sent, puas rasanya dalam hati.memberitahu rasa hati ini kepada ummi.Biarpun bukan ayat itu yang paling indah didengari tetapi doa dalam hati yang tidak putus-putus agar Allah memberikan kerahmatannya kepada ummi dan abi setiap masa dan ketika itulah yang lebih penting.Kata ummi, kita bukan nak berlebih-lebihan dalam bekerja, tetapi andai kita bekerja, maka berikanlah usaha yang paling memberi makna kepada kerja kita itu. Thanks ummi
tak salah rasanya kalau penulis katakan penulis ini memang 'anak Mak'.Dari kecil hingga besar, setiap kali berjalan bersama-sama ummi, pasti ramai yang akan berkata "ikut naziahlah muka saeed ni' hahaha, kalau dulu itu adalah sesuatu yang biasa.Kalau pandang cermin pun memang iras kepada ummi lebih sedikit.So, kalau penulis ni anak mak pun, tak salah lah yerk...haha... abi macam mana? hihi, abi juga tetap ada pada diri penulis.warna kulit yang membalut tubuh ini diperturunkan abi kepada penulis, hitam manis, gelap sekata.Setiap kali berkumpul 8 beradik, penulis selalu membandingkan dengan adik-adik yang lain, 'kulit saeedlah yang paling gelapkan antara kita semua' dan yang akan mencerahkan suasana adalah ummi 'bukan warna kulit yang penting, tapi warna hati tu' . thanks ummi
ummi adalah seorang ibu yang penyayang.Dari luar, ummi selalu dilabel sebagai mak cik yang garang. Mungkin ummi punya kerut masam tu lebih kuat kot dan rasanya yang tu pun diperturunkan sekali kepada penulis.hihi, tetapi ummi tetap seorang ibu yang penyayang.kasih sayangnya takkan pernah dibandingkan dengan apa-apa.Mungkin tak banyak kisah yang tragis bersama ummi, sepanjang membesar didepan matanya tetapi yang begitu menyentuh hati penulis adalah ummi tak pernah menunggu untuk merotan anak-anaknya yang melakukan kesalahan.
kebanyakan ibu bapa pasti akan menyayangi anak-anak hinggakan terlupa resmi mendidik anak, kalau sayang anak, tangan-tangankan.Antara anak-anak ummi, mungkin penulislah yang paling banyak menerima rotan daripada ummi,kesalahan itu, kesilapan ini, tabiat bururk itu, kelakuan menjengkelkan dan macam-macam lagi.kalau dulu penulis pasti akan menangis dan lari naik ke bilik.Pernah sekali ummi mengheret penulis ke rumah jiran untuk menyuruh penulis meminta maaf dan mengaku salah biarpun ramai orang-orang yang nampak.Ummi tetap tidak malu asalkan anak-anaknya terdidik.
kini, usia pun sudah melangkau masa.Membesar di depan mata ummi, sejak dahulu rotan ummi sentiasa hinggap di telapak tangan, dah besar-besar tak bolehlah nak rotan kan...kalau nak marah pun ummi pasti akan mengeluakan suara sahaja.not more than that.tetapi penulis tetap merasakan dengan menjadi tegas seperti dahulu,didikan itu lebih bermakna.Something is precious not until we lost it.itulah yang mampu penulis utarakan.Kata kakak dan abang dahulu sewaktu mereka kecik (baca: penulis belum lahir) ummi memang garang.Sama naik dengan kakaka ngan kak da ngan abang nakal.
Namun garang ummi itulah yang mendidik anak-anaknya.Nilai tambah yang ummi curahkan, asuhan rempah ratus kasih dan sayang serta keprihatinan ummi memang tidak dapat dibalas walau segunung emas sekalipun.Kata kak da dan kakak, mereka dahulu selalu diceritakan ummi akan kelebihan ma'tsurat, ummi selalu menceritakan kisah-=kisah nabi dan tazkirah.Tetapi kini, ummi sudah semakin sibuk.Pernah sekali penulis mempersoalkan kenapa ummi menerima jawatan sebagai guru besar (baca:tahu ummi akan sibuk) , adakah kerana ketika itu abi sedang di emsir dan ummi mahu cari pendapatan lebih.Seperti agak biadap bertanya begitu.Tahu bagaimana jawapan ummi
"saeed, ummikan tengah bekerja.Bekerja ummi kan tengah berjuang.Berjuang di sekolah ummi, berjuang di Sriq .Kalau saeed rasa perjuangan ummi ni ummi berikan untuk Islam, Ummi minta saeed doakan untuk ummi je.Keselamatan pergi dan balik.Ummi tak minta saeed tolong ummi mengajar,tak minta saeed tolong buat kelas.Ummi nak anak-anak ummi berjaya dunia dan akhirat itu sahaja." tamaparan keras hinggap di pipi penulis saat itu.Sungguh murni hati ini. Dididik anak-anak mengunakan bahasa yang indah.Aku engkau tidak pernah keluar,Bodoh gila terus sahaja dipukul mulut anak-anak ummi yang menyebutnya.Kalau ada antara kami bergaduh pasti dihadiahkan dengan rotan.

itu semua adalah kenangan yang akan terus penulis jadikan azimat untuk meneruskan kehidupan penulis. Setiap kali sebelum berpisah untuk masuk asrama dahulu pasti tiga pesanan ini akan dititipkan. "saeed, jaga akhlak, jaga sembahyang jangan lupa belajar sungguh-sungguh" pesanan jaga akhlak itu terus dititipkan di mana sahaja penulis pergi hinggakan di airport itu, itulah pesanan yang ditinggalkan.Kata abang, ummi gembira ada anaknya yang terbang jauh, ada anaknya yang sudah memijak tanah anbiyak. diharapkan diri penulis tidak lupa untuk mengirimkan salam doa buat ummi.
warna coklat mengingatkan kepada persamaan kami.Saling meminati warna tanah itu.pakaian ummi memang banyak warna coklat. kalau nak beli baju penulis ummi pasti akan carikan warna coklat dan lengan panjang, namun antara benda yang sangat berharga yang ummi perturunkan kepada semua anak-anaknya adalah kefahaman islam yang syumul yang tidak mampu dibeli dan dicari melainkan dengan didikan tarb iyah dan islam lahir daripada tangan seorang ibu yang beriman. Jika pepatah china mengatakan siapa yang memuliakan gurunya , maka dia memuliakan dirinya.Jika penulis memuliakan ummi, seorang guru yang mengajarkan penulis bahasa inggeris, matematik, memasak, menjahit dan menggosok baju dan memberikan ilmu islam ini, maka penulis kembalikan kemuliaan penulis kepada ummi.Ummi, dikau sungguh mulia.
hingga saat ini masih berharap agar ummi mebghubungi penulis kerana talian online ini sering sahaja putus-putus...not much present to give mommy, just a simple wish "may Allah bless your life ummi" ..you light up my life. thanks ummi, sanah helwa ke 52.
wallahua'lam
NB
-menahan empangan daripada pecah
-sanah helwa juga kepada dawotd khan yang menyambut ulang tahun ke 19nya pada 10 april ini
-ummi, call lah saeed cepat..rindu (mode:sedih)
2 comments:
salaam..saeed..henfon abi sakit,ade lam hospital..sbb tu blom boleh call awk..iAllah akak akn mintak abi aktifkan nombo so bole contact awk..ummi dah bc blog, kakak bukakkan (bacaan ummi dengan linangan air mata, terharu habes la,..amaze sbb awk bole menulis..)take care saeed..
kepada anonymus,tiadalah apa yang diimpikan oleh seorang anak melainkan keredhaan ibubapanya
andai air mata ummi meredhai saeed, itulah kegembiraan saeed yang diinginkan
happy aniversary ummi, abi
maaf lewat wish
Post a Comment