bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan berlindung daripada belenggu syaitan yang direjam atas segala lubang-lubang dosa yang sedia ada terbuka di sana-sini, penulis mulakan catatan kali ini.
tatkala berbicara mengenai cinta pasti macam-macam yang terbayang dikepala kita.Bahkan perkataan cinta sendiri sudah boleh menerbitkan pelbagai interpretasi dalam benak kita semua.Memilih soal cinta untuk ditulis di sini, bukan kerana sudah layak untuk bercinta tetapi sebagai peringatan agar pandai memilih cinta.Memberikan hak yang sewajarnya kepada makhluk tuhan bernama cinta serta tidak terburu-buru dalam mengejar cinta yang tercipta untuk kita.
kalau cakap pasal cinta pasti golongan remaja yang selalu menjadi sasaran kita.Kalau budak-budak , masih terlalu awal untuk mengajar mereka cintan cintun ini, kalau orang dewasa mahupun tua, sudah layak memilih haluan cinta mereka, tetapi yang sering sahaja terjebak di dalam perangkap cinta yang buta ini adalah golongan remaja.Golongan yang sedang menyusun batu-bata kehidupan serta mencari warna bagi mencorak kanvas kehidupan.Kadang-kala membuat pilihan, mata sering kali dikaburkan.Benarkah begitu?

kenapa remaja selalu terjebak dalam isu ini? Kerana remaja merupakan golongan yang sedang meningkat dewasa.Naluri mencuba itu sentiasa ada dan akan terus ada selagi mana title remaja itu dipegang.Naluri remaja memang mudah dipengaruhi.Rakan sebaya,suasana yang didiami menjadi penyebab utama cinta seringkali menjadi masalah buat mereka.Jika buakn pengaruh luar, kesepian yang membalut jiwa, lantaran kurang bergaul dengan teman-teman serumah mahupun di kuliah menyebabkan mereka ingin mencari seseorang untuk dijadikan teman berbicara, meluahkan rasa...benarkah begitu?
cinta sebenarnya sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua.Cinta yang paling tinggi yang perlu kita rebut adalah Cinta Allah dan Rasulnya.Sebagaimana sabda baginda "tiga perkara jika kamu melakukannya kamu akan mendapat kemanisan iman, Mencintai Allah dan rasulnya melebihi segala-galanya...." Mencintai pencipta yang sudi mendatangkan kita ke dunia ini serta memberikan kecintaan kepada pesuruhnya yang sudi menyampaikan Islam kepada kita.Cinta pertengahan, cinta yang boleh mendatangkan kita kepada Redha Allah.cinta kepada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara.Cintakan sahabat, cintakan guru, cintakan ilmu.Inilah cinta pertengahan dan cinta yang paling rendah sekali adalah cinta berdasarkan hawa nafsu.Cinta berlainan jantina, cinta harta benda, cintakan dunia dan segala isinya.'
menguruskan cinta adalah perkara yang senang andai kita tahu keutamaan cinta.Mendahulukan cinta yang layak iaitu cinta Allah dan Rasulnya.Seterusnya mendahulukan cinta kepada benda-benda yang boleh mendatangkan redha Allah dan terakhir barulah boleh kita boleh berfikir untuk mendekati cinta yang paling rendah itu.ramai yang tidak tahu bagaimana mengurus cinta.Cinta manusia mendahului cinta kepada Allah menyebabkan mereka hilang pedoman untuk bercinta.Bercinta kemudian berkahwin dan kemudia lepas tu...? tak tahu.... itulah kebanyakan senario yang kita lihat hari ini.
Cinta yang paling rendah itu sebenarnya berperanan dalam hidup manusia.cinta antara lelaki dan wanita membolehkan zuriat keturunan dipelihara dan berterusan.Masjid dibina dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah.Sebagai remaja, penangan cinta itu harus dilembutkan dengan tangan-tangan keimanan.Fitrah sendiri memerlukan bimbingan hidayah.Jika kita menolak syariat Allah dalam mendalami cinta, maka akan sumbanglah musika yang kita alunkan.Dengan memenuhi syariat Allah, cinta tersebut mampu menghantar manusia ke syurga, menjadi pelindung daripada api neraka serta menjadi pengubat jiwa yang duka.Tidakkah kita suka, benda yang kita suka mampu menyelamatkan kita?
hati yang lemah dan sepi seringkali mudah terjebak dengan cinta.Kawan-kawan di depan mata tidak dipedulikan tetapi si dia di sebelah sana yang tidak patut kita kenali,yang kita sibuk-sibukkan.kenapa sepi, kerana kurangnya hubungan dengan Allah, kurangnya hubungan baik sesama teman sejantina membuatkan kita sendiri yang mencipta rasa tersisi itu.Mulalah hubungan yang tidak syarie dicari menimbulkan pelbagai kesan yang tidak elok kita dengari.Perasan diri sudah terlalu baik, diri sudah terlalu elok dan nafsu menyala-nyala di dalam hati juga perlu dididik.Siapalah yang layak untuk Khadijah andai bukan Nabi Muhammad, siapalah yang paling mulia bagi Nabi Yusoff kalau bukan Zulaikha, hanya lelaki sewarak ali sahaja yang layak mendampingi wanita sebaik fatimah.Muhasabah , cukupkah kondisi anda sekarang?
hati sudah kronik dengan cinta? hahaha...bagus, andai anda menyuarakan rasa hati tersebut dan cuba untuk menguruskannya dengan baik, tahniah penulis ucapkan.Bukan mudah untuk orang meluahkan perasaan di dalam hati terutamnya berkaitan perkara ini.Jika sudah rasa layak untuk menerima kehadiran cinta manusia di dalam hidup, pilihlah jalan yang paling selamat.Pintu walimah sentiasa terbuka buat mereka-mereka yang bersedia.kalau rasa masih belum kurang pesedian, periksalah hubungan dengan Allah dan teman-teman.laluilah kehidupan yang Allah kurniakan ini.Itulah jalan yang paling terjaga.Hindarilah bercouple atau bercinta secara islamik.Apakah dia nilai islam kalau sudah namanya bercinta antara lelaki dan perempuan. Maka ketika itu cinta siapa yang didahulukan, cinta manusia atau cinta pencipta?
bahaya couple memang tidak ramai yang tahu.Zina hati yang sangat tersembunyi." saya ngan dia tak pernah jumpa pun.Kenal sebab kawan kat sekolah.Mana ada pegang-pegang, dating-dating , jumpa-jumpa berdua je." inilah rasanya ayat alasan yang selalu diberikan oleh manusia-manusia yang bercouple.Jawapannya mudah sahaja.faedah apa rasanya kalau bercouple? ada ke hidup kita tenang? tak...sebab kita selalu fikir, makan tak lagi dia, apa dia buat sekarang, sibuka ke dia, susah ke dia...dan banyak lagi. Hidup kita lebih bermakna? tak..... dia tu memang untuk kita ke? mana tahu nanti ALlah bagi dia pada orang lain.Hidup kita lebih terisi? ... tak,kalau siang malam bersms dan telefon, terisi apa maknanya tu ya? membazirkan duit yang mak bapak kita kirmkan adalah.Benarkah begitu?
sebenarnya penulis pun tidak layak membahaskan soal cinta.Apatah lagi penulis juga masih remaja.Gelora cinta itu ada disekeliling hidup penulis.Apatah lagi suasan oarng bercakap soal cinta, couple dan bait muslim itu kedengaran hampir setiap masa, didiklah hati untuk mempimpin nafsu.Usah dengar cakapnya yang melulu itu.Pilhlah jalan yang terbaik untuk meluahkan rasa cinta kita. Ingat sekali kita tergoda, hapuslah sebuah singgahsana di syurga, jika sekali kita ternoda, berdekah-dekahlah syitan di neraka.
di sini ana sertakan perkongsian tentang masalah cinta yang insyaAllah lebih baik dan lebih bermanfaat.
di sini, di sini dan
di sini.Mungkin penulisan penulis tidak sehebat mereka-mereka yang menakjubkan ini tetapi ingatlah cinta kita adalah untuk kita hargai dan pergunakan.Biar kita pergunakan cinta, jangan cinta pergunakan kita.
C-Cinta
I-Itu
N-Nikmat
T-Tetapi
A-awas
kata kata itu dikongsikan oelh seorang teman penulis sewaktu di sekolah rendah.dan sedikit kata-kata ringkas ini
'single is simple, couple is trouble, marriage is synergism' thanks those tantawian girl for this relieving quotes
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment