tinta April pertama

bismillahirrahmanirrahim
asalamualaikum w.b.t.

dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, penulis mulakan penulisan kali ini

Alhamdulillah, setelah sekian lamanya tidak mengupdate blog yang semakin bersawang ini, Allah bagi kelapangan juga kepada penulis untuk mencoret sedikit.Rasa hati untuk jemari menari-nari di atas papan kekunci sentiasa , cumanya masa pula yang tidak begitu tersedia.Lantas keinginan itu terpaksa disabarkan.Firman Allah "dan sesiapa yang bertqwa kepada Allah, maka akan disediakan baginya jalan keluar".Sedar tidak sedar, sudah seminggu rupanya April menjelma.


Alhamdulillah, dalam fikiran sudah mencongak-congak entry-entry yang ingin dipostkan sepanjang April ini.Kalau sebelum ini ramai yang berpendapat laman ini memang lebih kepada catatan kehidupan penulis semata-mata, penulis tidak dapat menidakkannya.Memang penulis mengambil keputusan untuk mula berblogging antaranya sebagai medium untuk penulis berkongsi sesuatu dan rasanya perkara yang paling sesuai untuk dikongsikan adalah diari hidup penulis sendiri.

segala pengetahuan dan perkongsian yang ditimba beserta ilmu kecil yang dimiliki dan sedikit 'kemahiran' menulis yang Allah kurniakan ini menjadi mahar untuk penulis terus berblogging.Masalahnya, ramai yang tidak menunaikan hak blog yang telah diciptanya.Blog punya hak untuk terus diupdate dan diperbaharui, bukan ditulis dengan semangat berkobar-kobar disaat awalnya sahaja.Fenomena blogging ini memang sedang hangat mendapat tempat di hati kita semua bahkan punya blog itu menjadi sesuatu yang biasa.Yang membezakannya,sejauh mana medium dakwah ini kita gunakan sebaiknya.

Ramai yang bertanya, kenapa penulis jarang sekali menulis perihal perubatan sedangkan penulis merupakan seorang pelajar perubatan.Dalam hati tergelak kecil tatkala diajukan soalan cepu emas itu. Terkenangkan ahli bait Hamzah bin Marwan  yang aktif sekali berkongsi ilmu-ilmu perubatan di dalam blognya.Penulis tidak nafikan kenyataan itu.Alasannya mudah sekali, sejujurnya penulis masih lagi belum tahu dan faham banyak benda.kalau sekadar faham secara teori di kelas itu memang insyaAllah boleh tetapi untuk merungkai dan membahaskannya di sini, agak berat rasanya bagi seorang insan kecil yang baru setahun jagung berkecimpung di dalam bidang kedoktoran ini.diharapkan semuanya mengerti.


cukup di situ,sudah masuk bulan April rupanya.Masha Allah , Allah seakan melekakan penulis seketika di bulan ini.Kalau bulan Mac dahulu dinanti dan diraikan dengan sesungguh mungkin, bulan ini seakan tidak disedari.Gomenasai April.Seminggu ini, tiadalah perkara sangat yang dilakukan, masa kosong pun semakin banyak cumanya sedang berusaha untuk menggiatkan ulang kaji dan revision.Maklumlah, final exam pun sudah makin hampir, tinggal sebulan sahaja lagi ia akan menjelma.Mengambil semangat abang-abang dan kakak-kakak universiti lain yang sudah pun memulakan round exam mereka.Biarpun tak berapa nak faham sistem pembelajaran mereka, dalam hati ...gambatte kudasai.


minggu pertama April ini , Allah benar-benar menguji tahap kesabaran.Ada sahaja benda yang membuatkan hati kecil ini melenting.pantang sekali melihat orang lain buat silap, senang sahaja hati ini membara.Difikirkan balik, siapalah diri ini untuk marah, mengungkit tatkala minta dibuat kerja,mengeluh tatkala minta dibantu serta bbanyak lagi.Kalau Uluwwul Himmah sudah menegur entry penulis awal dahulu mungkin kini sudah masanya untuk keluar daripada kepompong ketidakmatangan itu.Tahun ini sudah 19, setahun lagi genap usia 20.Tak terbayang rasanya menjadi dua puluhan.Mohon Allah didik hati ini menjadi lebih dawasa dan bahagia.


minggu awal ini juga,konsentrasi dalam belajar semakin berkurang. Mungkin momentumnya sudah memudar,maklumlah kebanyakan subjek sudah habis dan sudah revision sekarang.Waktu balik kuliah yang sentiasa dibelasah dengan membuat nota sudah tidak lagi digunakan untuk perkara itu.Hanya latihan sahaja yang dibuat me'refresh'kan kembali input-input perubatan yang sudah semakin berkarat ini.Tertanya-tanya pula layakkah kefahaman yang ada selama ini cukup untuk melangkah ke dewan peperiksaan apatah lagi menjawat gelaran doktor....Jadikan kami golongan yang berjaya Allah.


minggu ini juga, rasa sepi selalu menebar-nebar dalam hati.Kalau hati sunyi carilah Dia yang sentiasa menemani, Allah memang sentiasa ada di sisi kita setiap masa.Andai kita menjaga Allah di hati kita,nescaya Allah akan sentiasa menjaga kita.Cumanya hati siapa tidak sedih kalau seperti tidak dipedulikan, siapa tidak sunyi kalau kepingin melihat yang lain bersenda gurauan, itulah harga yang perlu dibayar andai akhlaq tidak dijaga dan diawasi.Santun yang baik insyaAllah melahirkan pekerti mulia lantas menerbitkan cinta dan kemesraan....usahlah pentingkan perasaan kita tetapi dahulukanlah ukhuwwah dan hubungan kerana Allah itu.

yang tidak dapat dihalang adalah rindu kepada keluarga di tanah air. Keluarga Encik Zahari yang 10 orang itu benar-benar dirindui.Tekad tidak mahu pulang tahun pertama memang menguji kangen.Sekali lagi, itulah harga yang perlu dibayar setelah berlayar jauh.Rindu kepada keluarga belah abi dan ummi yang selalu menceriakan, rindu kepada bumi wakafan SMAKL,SRIQ dan others yang sudi mendidik penulis.Rindu kepada keluarga sahabat , baik di UIA,MATRI,KTD,SMIK dan lain-lain...ana rindu antum semua.


buat anak-anak April yang sudah pun selamat meningkat umur masing-masing mula 1 April lalu hinggalah ke 7 April ini, Selamat hari jadi penulis ucapkan.Semoga pertambahan umur seiring dengan peningkatan amal ibaadah serta Iman kepada Allah s.w.t.Looking forward for another entry this instant.
\wallahua'lam

NB
-exam dekat sudah...takut2
-dua artikel untuk PERUBATAN itu harapnya bermanfaat
-hati , tenanglah dikau

2 comments:

sinar_islami said...

Alhamdulillah kami selesai exm semalam...
InsyaAllah nanti faham la sistem kat sini...
Sekarang fokus pada tahun satu, letak basement yang kuat...
Asas Islam kuat(akidah,tauhid,sirah,haraki)
asas perubatan kuat(histo,physio,anat,biochem)
InsyaAllah perjalanan seterusnya will be smooth..
Mai la badai ke, taufan ke..kita cool dalam jagaan Allah...
Doa doa dan doa...
Rabbuna ma3ak..

saza s said...

kepad sinar_islami

terima kasih atas peringatan tersebut
mohon doanya selalu buat anak kecil ini

jazakillah

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger