bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh rasa insaf, kesyukuran di atas segala nikmat yang diberikan terutamanya nikmat nyawa dan kehidupan, serta kerinduan dan rasa kasih sayang kerana Allah s.w.t. , penulis mulakan bicara kecil pada kali ini.
firman ALlah s.w.t. di dalam Surah As-Soff ayat 10 dan 11 yang mana mafhumnya "Hai orang yang beriman,sukakah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab api neraka? Kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan JIWAmu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui."
Antara sahabat-sahabat yang cukup cintakan ayat ini adalah Akhi Daud dan Akhi Huzaifah Mahmud. Pernah Huzaifah membahaskan isu perniagaan untung ini dengan panjang lebar di dalam makalah kelab Bahasa tetapi maaf, penulis kurang ingat bagaimana carta yang dibuat Huzaifah.Mungkin masing-masing boleh rujuk tafsir oleh pelbagai imam dan muffassir yang lebih mantap berbanding penulis ini.Atau mungkin boleh hubungi akhi Huzaifah sendiri.
membacakan ayat ini, teringatkan pemuda tercinta yang ditimpakan ALlah sedikit musibah keatasnya.Pertamanya penulis ingin sekali menulis sesuatu tentangnya tetapi mengenangkan diri yang jauh ini,dapat tahu pun sekadar melihat sesawang di internet.Dari jauh cuma dikirmkan berita beberapa patah perkataan sahaja.Tidak berupaya untuk terbang menjenguk dan memberikan kata smangat.Dalam hati tidak putus-putus menghulurkan doa . Maaf sekiranya bingkisan ini tidak bernilai dan tidak begitu tepat dengan fakta yang sebenar.
berita kecil daripada shoutbox Pewaris.net yang terus dikemas kini
14 Mac 2010
-gl0winthedark.. suhaib shapiee kini berada di unit rawatan rapi,kangar..doakan dia tabah menghadapi ujianNya
_ shoutbox Ukhti Amalina Che Ani "doakan Afdhol dan Suhaib yang kemalangan hari ini"
15 Mac 2010
_
khalifah of da world mata kiri suhaib perlu d operate, kemungkinn matanye akn di buang
-
alert2010 berita trkini..mata kiri suhaib dibuang..pendrhn di otak.dn akan dihntar ke hospital di penang..doakan mujahid kita....
- archer93 sama2 kita DOA kpd shbt kita mg dia terus tabah n dberi kekuatan dlm menempuh UJIAN drNYA.Ameen..
16 Mac 2010
- alrumy actually, no bleeding kt bhgn otak dy, cma ada bhgn skull yg t'kna sk8 bhgn oyak dy.cma dr ckp apa yg dkhuatri,x musthil u bleedng time surgeon nk tar
-Fikri Doa untuk mujahid kita.Semoga ada hikmah di balik musibah yang menimpa.
17 Mac 2010
- hanan ya Allah,kuatkn shbt ini...sakitnye die,kite y lain jg trasa...mohon doa dr semua warga pewaris sekalian untuk suhaib...
- hanan mohon doa kalian y sungguh2...sakit itu dr Allah..Die jg y msembuhkn...
- alert2010 ana gi ziarah suhaib kemarin..alhmdulillah dh sdar..pstu tido balik..ana tengok mata dia..masya Allah..moga Allah bg kltabahn dn kkuatn..doakn dia.muke pn bngkak..fmly dia sedih..sma2 bg sokongan doa's.n solah hjt n yasin..
- Humaira ana prnah progrm ngan dia.krjsama ngan dia.dia seorg yg baik hati.mcm x prcya.dia slalu senyum..msti dia tggi drjatnya di sisi ALLAH sbb ujiannya brat
18 Mac 2010
- alert2010 suhaib dh dipndahknke penang..matakiri dijgkiti kuman..esok operate kepala..mohon doa dn solat hjr..doa utk mujahid kita..
- aufa kalau x keberatan, kirimkan gambar keadaan suhaib bg yang x dapat ziarah krn jauh
-
saza s
setuju dengan auifa...kami di oversea nk tengok shbt yg dicintaitu
19 Mac 2010
-
Ar Fauhus Assalamualikum. Suhaib Shapiee stay long way to go, estimated around 7@8pm and will be transferred to icu...Please pray for him..(updated 19/3, 6:09)
-aufa ya allah selamatkanlah sahabat kami...saudara suhaib shapiee...semoga dengan ujian mu ini akan menambahkan imannya dan taqwanya kpd mu
-
bangzai Ya Allah, permudahkan segala urusn sahabat2ku
20 Mac 2010
- Ar Fauhus Alhamdulillah, Sahabat kita,suhaib Syapiee telah selamat operation yang memakan masa hampir 9-10 jam kelmarin di GH penang.beliau masih dibius sehing
23 Mac 2010
-
Ar.Fauhus Salam.keadaan terkini Suhaib Syapiee. Suhaib telah sedar dr bius dan berkomunikasi dgn baik,masih perlu breathing support,rehat di ICU lagi.
24 Mac 2010
-
Ar.Fauhus Assalamualikum. InsyaAllah, hari ni Akhi Suhaib Shapiee akan dipindahkan dari ICU ke Wad Plastic A3. Muka beliau akan dibedah plastic surgery. Beliaubegitu lemah sebab tak makan. Sama2 kita terus mendoakan sahabat kita. (Updated: 24/3/2010, 3:28pm)
dan alhamdulillah hingga saat ini , perkembangan akhi suhaib terus diupdate dari semasa ke semasa seiring dengan perjalanan DnT yang lain tidak dilupakan seperti Kem Pewaris 5 tetap dinoktah dengan baik serta perjalanan konsert Life Line Gaza berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan. Inilah harga orang perantauan.Melihat Malaysia dari jendela kenangan dan doa sahaja.Gambar-gambar yang dikirmkan juga sangat menyentuh kalbu dan menerbitkan kerindua kerana Allah.
akhi suhaib. Peristiwa yang dialaminya juga merupakan tarbiyah dan peringatan Allah buat kita semua. Sebagai hamba Allah kita tidak pernah lari daripada pengawasan Allah biarpun tidak sampai sesaat kita mengingati Allah dalam kehidupan kita.Ini adalah amaran kepada sahabat-sahabat kita agar tidak lalai dalam menunaikan hak dan tanggungjawab yang ditaklifkan sama ada direct mahupun secara tidak langsung.Hak tubuh badan, hak pelajaran, hak DnT dan sebagainya.
mungkin siapalah ana untuk menceritakan riwayat hidup suhaib kepada kalian.Ana sendiri pun masih belum begitu kenal dengan suhaib. Untuk menceritakan perawakannya masih terlalu awal untuk jump itu conclusion.Tetapi ingatlah, suhaib adalah sahabat ana yang paling mudah didekati. Bairpun dibezakan dengan isitusi pengajian, suhaib senang bercampur dengan ramai orang.Penulis pula suka benar memilih-memilih.hihi. Pertemuan pertama , sudah pasti di SMAKL sewaktu kunjungan pelajar form 4 (penulis baru form 3 ketika itu) Matri ke sana. Isu terambil gambar mesih segar di ingatan.
penulis sedang berebut-rebut dengan Amru untuk mengambil gambar sahabat-sahabat yang datang tanpa disengajakan tertekan butang snap dan terpancarlah flashnya terkena muka seseorang. Lantas penulis berkata "bang sori ya tersilap ambil gambar" Terus sahaja klassmate penulis di tepinya berkata "Abang? sama umur ngan kitalah!" Dalam hati 'ooo, ye ke....tuanya muka dia'. Itu semua adalah kenangan lalu yang takkan mungkin dapat diulang. Pagi tiu, sebelum mereka berangkat pulang, sempat berbual-bual sebentar. Rupanya memang betul dia 15 tahun.
pertemuan kedua juga di SMAKL sewaktu lawatan banat penang ke SMAKL. "Macam pernah jumpa anta je?" lata penulis sewaktu bersalaman dengan seseorang.Berkacamata, kulitnya sedikit gelap serta janggut sejemput di dagu penanda kematangan. "la , memanglah pernah jumpa, ana kan pernah datang sini dulu" mungkin mahu cepat penulis mengiakannya sahaja tanpa cakap banyak. Lama kelamaan berfikir barulah Daud membuak cerita itulah dia Suhaib yang datang ke SMAKL tahun lalu. Lain benar rupanya sekarang. Rupa membatasi usia.
setelah itu, pertemuan demi pertemuan diatur Allah dan hubungan menjadi semakin erta biarpun setiap kali bertemu sekadar sempat bersalaman dan bertanya khabar sahaja.Sebelum berangkat ke Mesir, kemasukan Suhaib ke KTD benar-benar menjadikannya orang timur.Seringkali turun ke SMAKL. Sewaktu pertemuan dengan pelajar tingkatan 5 SMAKL, penulis sempat bertemu dengannya. "Suhaib, apa khabar?" "ana sihat, anta ? " " biasalah ana begini sahaja" .Sambil berbasa-basi penulis berkata " Suhaib hujung minggu ni sudah mahu terbang. " "hah, terbang anta nak pergi mana?" "tak tahu ke ana nak ke Mesir?" "la...nak terbang dah anta. Jangan lupakan ana di sini ya" terus sahaja penulis dirangkul ke tubuhnya. Itulah saat terakhir kami bertemu.

kini, sibar mata redup itu takkan mungkin dapat penulis lihat lagi.Tawa sederhana yang mendamai dan memberikan peringatan itu amat dirindui. Matanya sudah diambil Allah (kalau tak silap..sesiapa ada berita sahih tentang mata suhaib boleh beritahu ya). Mengukuhkan impian untuk terus belajar bersungguh-sungguh dal;am bidang perubatan agar nanti dapat berbakti kepada sahabt-sahabat pulak.Bercerita tentang mata , teringatkan kisah Zinnirah . Seoraang hamba perempuan yang disiksa kerana kesilamannya sehingga buta matanya dan akhirnya dibebaskan oleh tuannya. Diizinkan Allah , dibayar harga keimanan itu dengan dua mata yang memancarkan sinar keimanan .Mata cantik daripada ALlah s.w.t Ingatlah sahabatku, hilang mata di dunia insyaAllah beroleh sesuatu yang lebih lagi di akhirat.

dalam ramai-ramai bercerita tenbtang akhi suhaib, minda tiba-tiba diketuk dengan arwah akhi Ammar. Tidak mahu bercakap panjang tentang arwah.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Tambahan pula sudah terlanjur belajar di sini, kisah kematian salah seorang pelajar perubatan yang aktif itu terus disebut orang. Ammar menemui ajalnya kerana kemalangan ketika sedang mencari tempat untuk buat program.Sayunya tidak sempat memberitahu arwah bahawa penulis juga akan datang menuntut ilmu di sini. Semoga kedua-dua manusia beruntung ini Allah kurniakan harga yang lebih besar di akhirat.pemuda penghuni syurga.
cannot continue..having a dam in my eye
wallahua'lam
NB
-terima kasih di atas kiriman-kiriman berita yang tidak putus-putus tanda prihatin kita kepada mereka
- gambar di atas dicuplik daripada pelbagai tempat
-tribute kepada Afdholul Rahman .....ana amat rindu!
2 comments:
ukhuwah itu berpanjangan....
kepada Mohd Syihabuddin bin Mohd Yatim
ukhuwwah itu ibarat cermin.
satu bayangn indah dipantulkan indah juga....
Post a Comment