bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh rasa rindu seorang abang kepada adiknya, seperti rindu Khairul Azzam kepada buah hatinya yang bertiga itu, penulis mulakan kata-kata ini.
Salma Syakirah binti Zahari
28 Mac 1998
12 tahun
Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Menjadi ahli ketiga meraikan ulang tahun di bulan mac ini...tiada apa lagi yang boleh penulis katakan buat empunya diri dan nama.Dialah penawar di kala sunyi dengan telatahnya.Dialah pembuat naik angin di kala senang dengan kenakalannya,dialah seorang adik yang tidak jemu bercakap menghiburkan insan disekelilingnya , dialah insan yang tidak jemu-jemu menyerlah mengisi kekosongan yang ada di setiap jiwa. The one and only , Salma.
melihatnya membesar di depan mata bersama telatah keanak-anakannya, terngiang-ngiang pertanyaan yang pernah diajukan kepada ummi ini "ummi, saeed dulu macam kak ma ke?" kenapa? sebab Kak ma memang tidak pernah berhenti bercakap.Asal ada benda yang dibicarakan, pasti dia ada mencukupkan korum .Hahaha. stiap kali melihat kak Ma petah berkata-kata, dal hati berdoa, insyaAllah besar nanti boleh jadi pemidato hebat kak ma ni."Kalau bercakap, memang susah nak berhenti, pulak tu suaranya mengalahkan harimau hinggakan adik-adik kelas TB memanggilnya dengan gelaran 'volume' dahulu...tergelak teringatkan kisah itu.
kini , kak ma sudah besar.Maningkat 12 tahun sudah lewat 28 mac lalu. Maaf kak ma , hadiah buku yang kak ma minta tempohari tak dapat abang saeed belikan untuk jangka masa terdekat. duit tak berapa ada sangat..tengoklah ya insyaAllah.Abang saeed usahakan secepat mungkin.teringat telatah kak ma yang memang tidak malu minta dibelikan sesuatu buat dirinya.Pantang ada benda yang dihajati.Ringan sahaja mulut meminta.Mujurlah kak ma tidak punya nafsu membeli kronik seperti si bongsu dirumah itu.Keinginannya membeli memang terkawal.Bagus adik ma...pakar ekonomi masa depan.haha
Salma Syakirah binti Zahari, hanya nama memang banyak mendidik penulis, menjadi manusia yang sabar dan tenang.Menjadi seorang abang yang tahu mendidik adik-adiknya dan menjadi seorang manusia yang cekal dan tabah menerima kritikan. Kenapa penulis katakan begitu, kerana bersama kak ma memang perlu sabar.Sabar dengan kerenahnya yang suka bercakap, melayannya dengan penuh hemmah.Tidak boleh marah-marah dan juga perlu ada sabar.Teringat zaman dulu-dulu, asyik-asyik marah Kak Ma tambah-tambah lagi suka benar memerlinya ...adoiii...
Kak ma, Abang saeed memang banyak menyakitkan hati kak ma, sepanjang 9 bulan lebih kurang abang saeed 'menanam anggur' di rumah memang banyak benda yang kita selalu telagahkan, tetapi ingatlah kak Ma , abang saeed sayang pada kak ma.Segala kritikan abang saeed dulu untuk ajar Kak ma agar lebih besar dan matang.Kak ma tu perempuan.Tahun ini pun sudah nak ambil UPSR.Abang-abang dan kakak-kakak kak ma semuanya berjaya, abang saeed tak naklah adik abang saeed ni mencorotkan prestasi itu pula.Abang saeed percaya kak ma memang boleh berjaya.Cumanya kak ma kena kurangkan main dan lebih banyak tumpu dan fokus dalam kelas.Ingat Kak ma.
Kak ma, Kak ma ada adik untuk dijaga.Sebagai seorang kakak kepada seorang adik yang berusia 10 tahun, kak ma perlu tahu tanggungjawab kak ma.Sebagai yang lebih tua, kak ma kena banyak beralah dan mendahulukan adik.Jangan jadi adik kepada adik kak ma tu ya.Abang saeed tak nak dengar adik-adik abang saeed gaduh-gaduh, ingat kak ma tu harus lebih matang berbanding adik-adik. Jadi macam kakak yang tegas dan berprinsip. Jadi macam kak da yang prihatin dan penyayang. Jadi macam kak su yang suka beralah dan cekal. Ingat kak ma, masa depan kak ma bergantung kepada kak ma sendiri. Abang saeed sentiasa mendoakan yang terbaik buat kak ma.
dan untuk hadiah yang tak seberapa ini terimalah puisi pendek daripada abangmu ini ya.
Seringkali teringatkan si kecil itu
Anak kecil yang ku timang dan ku didik dahulu
Lantas terus kuusir rindu
Menjelmakan telatahnya di dalam memori
Alangkah hangat senyumannya yang mesra
Sehingga saat ini aku berdiri
Yang ku marah dan ku perli dahulu
Adalah adikku sendiri , adikku sendiri
Kiranya saudara apakah aku ini
Imbauan suaranya yang manja buatku menangis
Rinduku padanya membuak-buak di hato
Andai masih ku punya waktu dan usia
Hantarkan aku bertemu dengannya
sayang rindu dan kasih , SALMA SYAKIRAH
menyisipkan Kak Ma di dalam doaku seharian
Sanah Helwa adikku
semoga menjadi anak yang solehah serta pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.
0 comments:
Post a Comment