bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan lafaz bismillah, kerinduan yang tidak putus buat kakak tercinta , penulis mulakan penulisan kali ini.
23 Mac , Allah berikan kealpaan kepada penulis biarpun sejak 1 Mac lalu membilang detik untuk tiba ke saat itu.Mungkin kerana petang 22 Mac sudah penat menolong teman mengadkan tahlil di rumahnya, ingatan itu Allah palingkan ke tempat lain.Wallahua'lam.Apapun di tengah-tengah melayan internet pagi itu baru teringat.Sayu pula mengenangkan sudah jam 3 di Malaysia , barulah sms ucapan selamat dihantar. Mengutus kembali ring tone happy birthday yang dikirimnya kepada penulis tanggal 12 Mac lalu.
Syuwaida Nasuha binti Zahari
23 Mac 1986
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
syuza86@yahoo.com
kak da
pesan kak da juga kakak sebelum berangkat ke bumi Mesir "Saeed , nanti birthday kakda ngan kakak jgn lupa tau" ... penulis membalas dalam hati. "bukan setakat birthday, hari-hari saeed ingat awak berdua ". Sungguh hati ini rindu pada suaranya yang mendamaikan.Bicaranya yang menyejukkan dan wajahnya yang comel dan kegirangan. Kak da memang mempunyai ciri wanita sejati.Sama seperti kakak. Lemah-lembut dan prihatin itulah aset utama yang kak da punyai seiring dengan pegangan agama dan aqidah yang tersemat kukuh di dalam hati.
setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja yang berkata "kak da, gemuknya awak sekarang" dan pasti jawapan ini yang akan keluar. "ceh, cakap elok-elok sikit tau.Kak da tengah diet sekarang ni." tertawa sendirian. KIranya hampir dua tahun tidak dapat mengusiknya sebegitu.Itulah harga perjuangan yang perlu dibayar. Kak da tidak pernah ambil hati jika ada adik-adiknya yang mengusik, kerana itulah tali persaudaraan kami. Terbina atas mawaddah yang diredhai. Kak da pula tidak lupa menonjolkan akhlak yang baik kepada adik-adiknya
diajarkan kasih-sayang tanpa batasan. Kalau kawan pun boleh bergadai itu ini, adik sendiri mesti boleh lebih lagi. Anak kedua daripada 8 beradik,tugasan kak da memang tidak seberat kakak apatah lagi ketegasan kak da memang tidak mampu menandingi jelingan mata kakak tetapi setiap tunjuk ajarnya ada amaran , amaran kasih sayang yang tidak pernah berbelah-bahagi. Kalau kakak , lebih ditakuti kerana ketegasannya sebagai serinkandi, kak da pula lebih dipatuhi kerana kelembutannya. Kalau kakak ada membaca ketahuilah kakak juga tetapp istimewa.
kak da, banyak sebenarnya insiden yang berlaku antara kami berdua. Antaranya ,ketika penulis umur lapan tahun, kak da telah membuat lawak ketika sedang study bersama penulis di dapur.Penulis ketawa hingga terhantuk kepala di bucu meja hingga berdarah dengan sangat banyak. Tetapi bukan salah kak da insiden itu, mungkin urat ketawa penulis sangat mudah distimulate.Ada banyak lagi sebenarnya tetapi tetiba Allah bagi tidak ingat. Kami banyak berkongsi rasa, maklumlah anak-anak genap. Kak da anak kedua, penulis anak ke empat, kak da suka patung, penulis pun suka patung. Kak da suka senyum , penulis pun suka senyum. Kak da suka meniru ayat-ayat dalam cerita, penulis pun sama. Kak da tak suka durian , penulis pun anti durian juga.

tetapi kak da juga mempunyai citarasa dan kegmaran yang pelik-pelik. Fanatik bola sepak melebihi lelaki biasa...hahahah....fanatik keropok lekor dan kacang buncis kronik amat.Asal balik rumah, ummi mesti tidak lupa memasak benda-benda ini. Tapi kak da tak suka sate...entah kenapa penulis pun tak tahu. Kak da, sate sedap kot. ada ayam, ada daging.... rugi kak da tak suka.Kak da juga memang menggilai warna ungu..sama macam si dia... asal nak beli barang untuk kak da, mesti cari warna ungu...tapi kak da tak jelak. Makin dibagi, makan dia suka. Ungu ni memang punya daya tarikan yang tinggi ya?
tetapi biar apapun yang selalu menimpa kak da, daripada segi akademiknya ketika zaman persekolahan dahulu yang sering dibanding-bandingkan hinggalah ke zaman memandu pun beberapa kali tidak lepas, penulis tetap tabik salute kak da, enggan dibantu secara dalam biarpun ramai yang menawarkannya. Benci kejayaan lahir tanpa usaha sendiri dan tegar biarpun halangan tetap kunjung tiba. Teringat kata-kata seseorang kepada kak da dahulu "... tak percaya sangat da kalau bawak kereta.Sebab da kan .... kali ambik lesen..." nah! sekarang penulis pulangkan balik paku buah keras yang tak berapa keras tu. Di UIA pakcik-pakcik takkan bagi pinjam kereta yang bergaya-bergaya tu kalau bukan SYUWAIDA yang bawak.. hih

kata-kata kak da, adikku jangan lupakan Allah dan abi ummi. Azimat yang dititipkan buat penulis sbelum berlepas ke mesir. Ayat-ayat bunga mu zaman sekolah menengahmu yang mendidikku terjun ke bidang penulisan takkan kulupakan kak daku. Biarpun semua orang merendah-rendahkan dikau, kau tetapi kakak ku yang tidak mungkin berganti. Sungguh di sini, abang ramai sahaja sebenarnya biarpun abang siddiq sahaja yang layak dipanggil abang, kakak pula sudah lama tidak dilantunkan dari bibirku.
saeed mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan. 19 tahun adikmu membesar di bawah jagaan mu. Suap makan dan didikkan mu takkan dilupakan. Pesanan dan nasihat selalu tersemat di ingatan dan kasih-sayangmu akan terus ku rindu dna ku nantikan saat kepulanganku ke tanah air nanti. Kak daku, umurmu sudah 23, maka fikirkanlah hayatmu untuk 23 tahun yang akan datang. Semoga ALlah melimpahkan rahmatnya kepada dirimu, Jika kakak adalah Safiyyah pejuang yang gagah di medan perjuangan , maka dikau adalah sumaiyyah yang memberikan kedamaian di hati (biarpun namamu bukan sumaiyyah).
saeed hadiahkan Nasyid yang awak hadiahkan pada saeed usia 10 tahun dulu
syukran kak da ku sayang
Sanah Helwa yang ke 23
dengan rindu dan air mata
moga menjadi anak soleh, hamba yang solehah serta pejuang yang mukminah
syuza n saza
0 comments:
Post a Comment