bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan lafaz kesyukuran kepada pencipta yang Maha Esa serta kehidupan yang tidak pernah lari daripada pengawasannya, penulis mulakan penulisan kali ini.
Alhamdulillah, PERUBATAN telah berjaya menganjurkan program Cairomedicophillic Week 2010 (MeW) sepanjang seminggu pada minggu lepas .Bermula tanggal 12 Mac hingga 19 Mac (tanggal yang indah) , seminggu pelajar-pelajar perubatan di Kaherah disajikan dengan berbagai-bagai program menarik dan mencabar minda.Minggu tersebut diumumkan bermula ketika slot bersama Biro Akademik Perubatan ketika program LIFE dua minggu lalu.
Gaya ketua biro,Ahmad Ibrahim Yahya yang berketrampilan itu benar-benar mencabar penulis untuk meningkatkan kredibiliti serta ketrampilan diri.Katanya, minggu itu diadakan buat julung-julung kalinya untuk mencetuskan semangat cintakan pelajaran perubatan serta memupuk semangat belajar dan fokus study dengan lebih baik dan berkesan.Di samping menguji minda dengan pelbagai aktiviti, pertandingan yang penuh dan tak ter'join' itu menambahkan seri dan kesibukan sepanjang minggu lalu.

Banyak acara yang disediakan.Kuiz online,kuiz buzzer,debate English,kuiz kertas,article writing,video competition....semuanya benar-benar menggiurkan selera penulis.Hari pertama mendapat berita, sudah merancang untuk menyertai video competition secara berkumpulan tetapi mungkin disebabkan minggu lepas agak pack dengan nota kuliah serta kerja rumah yang menimbun dan bertimpa....video itu tidak menjadi juga. Online quizzes yang diupdate setiap dua hari benar-benar mencabar minda.Baru tahu tinggi rendah langit biru.Banyak betul benda yang perlu dirivise dan diulang banyak kali.Semangat di awal tidak bermakna jika tidak menyertainya tetapi Allah izinkan, pagi khamis bercadang untuk menghabiskan baki soalan , baru tahu tarikh tutupnya semalam.....biiznillah
Kuiz kertas juga menjadi sasaran.Sepetang mencari jawapan tetapi tidak berjaya ketemu semuanya.Akhirnya mengaku kalah di atas kertas buiarpun dalam hati masih berkobar-kobar rasa untuk meneruskannya.Acara ini memang tidak akan penulis lepaskan.Menulis artikel memang bukan bidang kepakaran penulis.Maklumlah tangan ini lebih kuat mengabu dengan ayat bunga-bunga di skrin, dunia falsafah mahupun intelektual yang selalu berkait dengan 'artikel' jarang sekali diadun dan dianyam.Namun Allah beri kekuatan juga,tanda sokongan buat PERUBATAN juga niat untuk menyampaikan sesuatu untuk orang ramai mendorong semnat juang.Akhirnya 2 artikel siap dihantar.1 Bahasa Melayu dan satu lagi English.
konflik kuiz buzzer dan debate antara ikhwah dan akhawat Azhar berakhir dengan pasukandebate oleh akhawat Azhar dan kumpulan kuiz oleh Ikhwah.Pasukan debate kelihatan kurang berkeyakinan.Banyak baca dan kurang menyampsikan hujah yang bernas.Masih perlukan bimbingan dan latihan yang lebih gigih dan efektif.Kepentingan saringan untuk dihantar ke interuniversity match benar-benar terbukti.Apapun antunna tetap hebat dan bernas.

kumpulan kuiz??? hihi...ahli bait sendiri sahaja tetapi penulis tidak masuk.Sekadar menjadi pengiring, pemerhati , penyokokng yang setia serta pendoa dan peneman sejak keluar rumah hingga ke perjalanan pulang. Farhaan,Hamzah dan Safwan memang mantap di pentas kuiz biarpun kalah ditangan Cairo university di tangga pertama juga Ain Shams university di Tangga ke dua.Mengajar penulis untuk maintain study serta consistent revision.Bukan study bila exam sahaja.Tahniah buat semua peserta.Haziq, Khairul ,Syahir serta peserta akhawat 3 orang yang benar-benar astonishing semuanya...Gambatte kudasai~

debate final, mulanya ingat lebih mantap dan mengancam tetapi auranya kurang berbisa sedikit.Mungkin kedua-dua pasukan keletihan setelah penat berdebat di sebelah petang dalam pusingan separuh akhir. Tahun 1 Kaherah uni VS tahun 3 Kaherah uni.Mungkin interbatch match 1 university menyebabkan syuur berlawan itu kurang.Hihi.Ingin menyaksikan aksi best speaker Ain SHams university , Kakak medic yang lancar sekali berbicara. Takut seketika dalam hati melihat kefasihannya berpidato. Kepada semua ahli debator...tahniah. Bak kata salah seorang peserta,Ayu Amiza. "this is the most stressful debate i had ever participate", kita sama-sama tingkatkan kredibiliti diri kita . mode=tercabar
akhirnya...dinanti dengan penuh sabar dan debar.Penyampaian hadiah, hihi....Allah izinkan penat hari rabu struggle dengan berbagai-bagai masuliyyah. "Article writing competition, english category,first place goes to ........ Malay category , second place goes to.......". Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa berbunganya bangga ini.Bangga dapat menyebarkan fikrah buat semua di luar sana.Terima kasih kerana menganjurkan pertandingan ini dan terima kasih kerana memilih artikel yang tak seberapa itu.....alhamdulillah

finally, menyertai program ini tidak lain adalah sebagai tanda sokongan penulis sendiri terhadap persatuan Perubatan.Seperti yang berlaku hari ini Perubatan lebih kearah ke'kaherah'han sahaja. Tersenyum mendengar ucapan itu. Jika demikianlah senario yang berlaku, maka kita di Madinah Nasr (azhar dan ain shams) ini bertanggungjawab memecahkan cakap-cakap itu.Sampai bila mahu membiarkan cairo dengan cairo, azhar dengan azhar, ain shams dengan ain shams.Sedangkan jury debate pun dipilih dari kalangan ketiga-tiga universiti , inikan pula kita sebagai ahli biasa.Tunjukkanlah taat setia terhadap sesuatu yang kamu pegang selagi mana ia tidak menjuurus kepada maksiat kepada Allah.
gembira di hati kerana berasa , diri kecil ini diterima oleh semua hali PERUBATAN dengan hati terbuka. Bergaul dengan pelajar-pelajar Kaherah khusunya serta menyarung jaket PERUBATAN, itu sebenarnya 1 kebanggaan biarpun penulis hanya memakai jaket itu di dalam program PERUBATAN sahaja, apresiasi itu sangat perlu.Hormatilah dan sayangilah orang lain jika kamu ingin dihormati dan disayangi orang lain.Kata-kata abi tersemat kukuh di ingatan. Tahniah buat semua ahli PERUBATAN dan krew MeW yang berjaya menganjurkan program sebegini. Berdoa agar Allah memasukkan sekali diri ini di dalam kelompok yang berjuang itu.
wallahua'lam
3 comments:
salam..
saeed, kaifahal...
baik2 saja kan..
tahniah tahniah tahniah...
wah wah wah..
aktif nampak kat saner..
ingat apa jadi pd abg, jdkan ingatan tau...
tolong doakan abg yer..
bermula 3 mei ni dan sampai bulan 8, abg akan praktikal kat sekolah...huhu..takut tapi tak sabar nak juper anak2 murid pekak tu...nnt dapat gelaran cikgu siddiq...amin...
wassalam abang tercinta...
alhamdulillah adikmu ini sihat sahaja
insyaAllah kesilapan yang lalu tidak boleh diulang kembali...mohon doanya ya abang
berusaha menjadi insan terbaik, bermanfaat untuk setiap inci kehidupannya.
nanti dah balik, bolehlah panggil cikgu.... cikgu cdeq...hahaha
cikgu tugasan yang mulia, murabbi yang memberikan pengajaran dan petunjuk, moga Allah beri kekuatan abangku..
sayang dan rindu
Tak ku nafikan..
Dr Saeed dah bertambah tampan di sana..
Ini bukan gurauan tapi realiti..
Doakan ana juga Dr Saeed, nak jadi Dr Aisyah dari Jordan :)
Moga ALLAH sayang Dr Saeed..
Post a Comment