bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan pemberiannya, bertambah usia menginjak dewasa menghampiri yang Esa...penulis mulakan penulisan kali ini.
Alhamdulillah, angka yang dinanti sudah menjelma.Usia kini makin bertambah ... berkat dorongan yang diberikan, hasil didikan yang tidak pernah padam..seorang saza s masih berdiri teguh menghadap langit yang biru dan mendamaikan.Alhamdulillah wa syukurillah....mungkin tidak banyak yang boleh dikatakan , memandangkan ini adalah hari ya ****** sekali hanya ucapan terima kasih sahaja yang boleh mewakili hati yang kembang malu tidak bertempat ini.
khusus buat ayahanda dan bonda yang tercinta, terima kasih kerana telah selamat menghantar anakmu ini menjenguk dunia dengan serba kepayahan dan kelemahan.Terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkan anakmu ini dengan didikan iman dan didikan islam yang tidak pernah henti dikirimkan melalui doa dan ingatan.Terima kasih kerana membentuk peribadi anakmu ini sehingga menjadi seorang 'saeed' pada hari ini. Terima kasih kerana sudi menerima dan menyayangi anakmu ini tanpa dibezakan sedikit pun kasih dan sayang biarpun terpaksa dikongsikan 8 beradik.

buat abi dan ummi yang tercinta , terima kasih kerana sepanjang 19 hidup berdiri , doa kalian tidak putus-putus menyirami hidup , andai datang dugaan hadir bayangan kalian mendatangkan peringatan, , andai datang cabaran hadir pesanan kalian memberikan kedamaian, andai datang kesusahan hadir nasihat kalian menjanjikan kelapangan. Pesan kalian agar akhlak terpelihara , solat dijaga, doa jangan lupa dan belajar bersungguh-sungguh takkan pernah dilupakan biarpun kita berjauhan. Di sini, beribu-ribu batu kita dipisahkan , hanya kalian yang bertahta di ingatan selepas Allah dan pesuruhnya....terima kasih abi dan ummi
buat kekanda bertiga dua kakak dan seorang abang. Kalianlah role modelku yang tidak pernah lelah menunjukkan teladan yang baik.Bair adikmu ini banyak kerenah banyak mendatangkan masalah tetapi kalian tetap sabar dan menerima segala kekuarangan diri ini.Nasihat tidak pernah lupa dititipakn setiap kali Allah beri kesempatan untuk berhubungan.Datangkanlah sejuta abang mahupun kakak yang lain, hanya kalian sahaja yang layak mengisi ruang hati ini. Mohon maaf segala kesilapan mohon ampun segala kesalahan terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian
buat empat adinda yang tidak jemu-jemu mendoakan kekandamu yang seorang ini agar terus taba menjalankan tanggungjawabnya serta tidak putus-putus memberikan bahagia buatnya terima kasih kerana sudi menerima kedatangan insan hina ini dalam hidup kalian, biarpun abang saeed selalu marah dan kadang-kadang menyakitkan hati ketahuilah itu semua untuk mendidik. Maaf jika cara mendidik itu salah , sesungguhnya abang kalian ini banyak silapnya.Jazakumullah sekali lagi...suara kalian amat dirindui , jangan lupa untuk terus belajar bersungguh-sungguh kerana usaha itu adalah milik Allah untuk dinilai dan dihadiahkan dengan kejayaan yang melimpah insyaAllah...
genap usia 19 berkurang sudah umur ini setahun...pesanan bangzai di shoutbox tetap diingati. "umur anta sudah berkurang setahun, beware!" ... peringatan di mana-mana..itu yang lebih disukai sebenarnya.Teman-teman pula tidak berhenti mengucapkan perkara yang sama. Sepetang menelefon sahabt-sahabat setelah kecewa tidak dapat menghubungi ahli keluarga tercinta , dihabiskan dengan meluahkan rindu kepada mereka. Suara-suara dakwah itu dirindui hingga sekarang. Pesanan ikhlas ini tatp dalam ingatan...
berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun di bulan tiga ini dengan kalian yang tidak pernah lelah memberi sinar di hati.
2 Mac - Siti Syafiqah binti Yusoff
12 Mac - ^-^
15 Mac - Muhd Khairullah bin Abdul Ghani
17 Mac - Muhd Zuhail bin Abdul Rahim
23 Mac - Syuwaida Nasuha binti Zahari n Muhd Safwan bin Mazlan
26 Mac - Muhd Taufiq bin Abu Zakaria
28 Mac - Salma Syakirah binti Zahari n Khairul Azmi bin Hanapiah
30 Mac - Hanzalah bin Ahmad Tarmizi
31 Mac - Muhd Zharif bin Muhd Amin n Munirah binti Muhd Nasri
ketahuilah kalian, umur adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Takkan berganjak kaki anak adam di akhirat kelak melainkan ditanya akan empat perkara. Kesihatannya bagaimana dipergunakan, umurnya bagaimana dimanfaatkan,hartanya bagaimana dihabiskan dan hartanya juga bagaimana didapatkan. Sebelum terlambat..perhatikanlah setiap usaha kita agar kita dapat memberikan semaksima mungkin peluang untuk kemaslahatan jalan-jalan Allah yang penuh pengharapan. Ingat , kekuatan bukan lagi satu harapan tetapi satu TUNTUTAN !
menunggu dengan sabar hari jadi dua insan istimewa ini .... bersama fikiran, mahu diberi hadiah apa ya kepada mereka
Syuwaida Nasuha binti Zahari
Salma Syakirah binti Zahari
ramai bertanya ... dapat hadiah apa? penulis menjawab....dapat doa dan melepaskan rindu buat yang dirindui. Itulah hadiah yang tidak ternilai harganya.Taktik lari ke program Perubatan pada 12 Mac sungguh menjadi sehingga tengah malam barulah ada seseorang menghantar mesej ucap selamat. Begitulah merahsiakan tarikh penting daripada pengetahuan semua. Apa-pun bukan itu yang dihajatkan. Sekali lagi...cuma doa yang diinginkan agar insan lemah hina ini terus diberikan kekuatan oleh Allah s.w t.
credits for abi for the new engset casing
credit for Zikril Halim for the purple 'zippo' n the long pencil
credits for 'ahmad sani's daughters' for the Tuhan Manusia
wallahua'lam
NB
-joning medicophilic week ...doakan penulis agar berjaya
-sudah tua rupanya..... sedarlah diri tu ya penulis
3 comments:
Salam,ada khabar gembira...YIK hantar pembetulan result SMU.Tb dapat same cam awak.10A1 mumtaz.Doakan keberkatan ALLAH ye...Ameen
Terlambat rupanya ana...
Moga berlalunya tahun2 dalam kehidupan...
bakal meningkatkan amal ke negeri abadi...
kepada pejuang fitrah
tahniah atas keputusan awak yang sentiasa menggemparkan itu
abang saeed doakan yang terbiak untuk awak selalu adikku
rindu~
kepada sinar_islami
terlambat pun tak pe ... ahli bait pun terlambat jugak ...
sama-sama muhasabah baki umur yang tinggal insyaAllah
kak sinar, nak tanya sket boleh...
tahun ni akak pegang jwtn dlm PERUBATAN cam sesi lalu?
organisasi baru nak tngok kat mana ye?
Post a Comment