s*ccess ~

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

Dengan memuji kebesaran Allah serta kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala kurniaan yang telah dianugerahkan kepada semua hamba-hambanya, penulis mulakan catatan kali ini.


Alhamdulillah, biarpun internet di rumah sudah tiada tidak tahu ke mana, Allah izinkan penulis untuk mencatat lagi.Merantau jauh hingga ke Asyir untuk measuk ke jaringan internet meskipun cyber café bersepah-sepah di sana-sini, keinginan untuk ke sana masih belum ada untuk menulis.

Alhamdulillah, tangga 30 Jun lalu, semua Mahasiswa tahun 1 Azhar kuliah Tibb banin telah selamat menerima keputusan final examination.Alhamdulillah , dengan keputusan yang sangat memberangsangkan , insyaAllah , kita semua akan terus mara melakar kejayaan yang lebih cemerlang untuk Islam dan memperjuangkan kalimahNya yang haq dan agung.

Erti Kejayaan

Kejayaan adalah suatu keadaan apabila kita berhasil melakukan sesuatu yang kita ingini dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh.Kejayaan diperolehi apabila kita memberikan sepenuh usaha dan ketekunan yang tidak berbelah bahagi.Kejayaan merupakan idaman semua manusia.Berjaya dalam hidup, Berjaya dalam pelajaran dan Berjaya dan kerjaya yang diceburi.Kejayaan juga menjadi pendorong manusia untuk terus mengejar danb mencapai sesuatu yang lebih baik.

Di dalam kesibukan mengejar kejayaan, sebenarnya kejayaan yang hakiki adalah lepas dan bebas daripada api neraka.Itulah kejayaan yang sebenarnya serta berhasil mendapat keredhaan Allah dan menjadi antara ahli syurganya. Mendengar nasyid merdu Al-I’tiroof … ‘wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke nerakamu’ mengajar kita sebenarnya untuk terus berharap dan berharap kepada Allah agar mengurniakan kita kejayaan yang hakii tersebut.

Doa, usaha, ikhtiar, tawakal (DUIT)


Duit….ketika masih menuntut di SMAKL dahulu , Ustaz Rohmat selaku mudir SMAKL sentiasa mengulang kalimah ini ketika di dalam perhimpunan. ‘Jika mahu Berjaya amalkan 4 perkara ini DUIT.Selain itu sentiasalah melazimi kehidupan yang sihat dan cemerlang. “Barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang-orang yang beruntung” .. ingat tu’ terngiang-ngiang pesanan itu.

Doa merupakan senjata mukmin juga menjadi senjata utama dalam menempuhi perjuangan peperiksaan. Ramai antara kita yang kurang berdoa sebelum dan selepas peperiksaan, sekadar berdoa dengan bersungguh ketika musim peperiksaan sahaja.Padahala Allah mendengar setiap permintaan hamba-hambanya setiap masa.Cukupkah jika kita sekadar berdoa ketika sedang berjuang sahaja, bukankah lebih baik jika kita berdoa sebelum dan selepas berjuang juga.Ingat , perjalanan kita masih panjang, kita tidak tahu ranjau apa yang menanti di hadapan, sebab itu doa harus sentiasa kita panjatkan.

Usaha dan Ikhtiar kelihatan seperti benda yang serupa.Penulis juga tidak ingat apakah perbezaannya. Usaha merupakan bata-bata perjuangan.Usaha melengkapkan perjalanan kehidupan.Seorang yang berusaha insyaAllah akan dibalas Allah setimpal dengan usahanya. “Barang siapa yang berbuat kebaikan seberat zara, dia akan melihat balasannya.Barang siapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, dia juga akan melihat balasannya” begitulah Allah membuat pengadilan yang termaktub dalam Surah Al-Zalzalah. Usaha yang dilakukan manusia tidak pernah Allah abaikan.Cumanya antara kita ikhlas atau tidak berusaha, itulah yang membezakannya. Seorang penyair Arab ada menyebut. ‘ Tiada usaha yang sia-sia .. Cuma kejayaan yang lewat tiba’ … tersenyum sendiri membaca syair ini.

Ikhtiar ibarat melakukan sesuatu yang boleh sama mendorong kepada kejayaan.Kejayan kita tidak hanya dikira dengan segala kerja yang kita lakukan tetapi jua dengan hubungan kita sesama makhluk juga hubungan kita dengan Pencipta Kita.Hanya orang-orang yang mendekatkan diri kepadanya sahaja yang diberikan kenikmatan yang bererti.Allah tidak pernah melupakan sesiapa yang mencarinya. Dalam Surah Al-Baqarah Allah ada menyebut “ Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku, maka jawablah sesungguhnya aku adalah DEKAT .Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahku dan hendaklah mereka beriman kepadaku agar mereka selalu berada di dalam kebenaran” .. Lihat, itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang ingat kepadanya, dan tiadalah janji Allah itu melainkan ia adalah Benar.

Selepas kita sudah habis berentap dengan usaha dan segala macam doa dan ikhtiar kita menempuhi perjuangan, maka habiskanlah perjuangan kita itu dengan tawakal kepada Allah di atas segala ketentuannya baik berjaya mahupun tidak. Kebanyak teman-teman penulis suka sekali memeriksa jawapan setelah habis peperiksaan, jika dulu penulis juga kuat mengamalkannya , semenjak menjadi mahasiswa Perubatan, tabiat itu luput sedikit demi sedikit.Ada baiknya jika kita cuba lupakan keresahan hati dengan berzikir dan menyerahkan kepada Allah atas segala perhitungan dan ketetapannya.

‘dan apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakal kepada Allah’ .. itulah sebaiknya

Si rajin gagal dan si malas berjaya/si baik gagal dan si jahat berjaya

Mungkin selalu sahaja kita berhadapan dengan situasi ini baik pada diri kita mahupun pada orang lain.Penulis juga selalu sahaja disinggahi perkara ini.Kita melihat kawan-kawan kita yang berjaya sedangkan mereka tidak berusaha sebagaimana kuatnya kita berusaha , mereka tidak berdoa sebagaimana bersungguhnya kita berdoa dan mereka tidak belajar sebagaimana tekunnya kita belajar . Benar , jangan sekali-kali kita mempersoalkan keadilan dan ketentuan Allah, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Setiap kali perkara ini yang terjadi dalam kehidupan penulis.Perkara pertama yang penulis tahu adalah muhasabah.Mungkin inilah masa untuk kita memperbetulkan kesalahan yang kita tidak sedar mahupun tidak Nampak.jika kita sudah belajar selama 5 jam tidak berjaya dan dia belajar 2 jam sudah berjaya , maka kita harus gandakan lagi usaha kita kepada 8 atau 10 jam berlajar.Jika kita  tidak main game tidak berjaya dan dia main game berjaya, maka harus kita jauhi game  tersebut dengan sekuat-kuatnya. Namun dalam hal ini ada beberapa pengecualian.Top student tahun 1 Azhar merupakan teman rapat penulis bahkan serumah lagi dan merupakan pemain game yang sangat aktif dan berjaya. Kadang-kadang game membantu untuk mengasah minda cuma kita yang perlu mengawalnya sahaja.

Tidak solat, tidak baca quran, selalu bercakap kotor dan kasar tapi berjaya.Kita yang sudah solat dan berbuat perkara kebaikan ini masih gagal dan gagal. Di mana salahnya? Sebenarnya penulis boleh kata salah dua-dua.Si jahat salah kerana mungkin dia termasuk dalam golongan yang ingin Allah sesatkan ataupun istidraj.Mereka ini disesatkan Allah dengan diberi kurniaan dan nikmat yang melimpah-limpah.Akibatnya mereka berasa kejayaan itu adalah usaha mereka sendiri dan menidakkan ketuhanan hingga akhirnya mereka menjadi seperti Qarun yang tamak dan haloba itu.

Apabila kita sudah melakukan kebaikan tetapi Allah masih belum berikan kejayaan, maknanya Allah ingin tangguhkan kejayaan kita.Allah ingin kita lebih berusaha dan lebih memperbanyakkan taqwa dan solat serta doa.Allah mahu kejayaan itu setimpal dengan  tingginya nilai usaha yang kita lakukan. Kebijakan aqal sahaja tidak cukup untuk menjamin kejayaan seseorang.Ramai sahaja orang-orang pandai tetapi sangkut di tengah jalan.Universiti Azhar sendiri menerima kebanjiran pelajar yang terkandas daripada A-level,persedian ke luar Negara dan sebagainya.Mereka merupakan perlajar top tetapi mungkin bukan rezeki mereka untuk berjaya lagi.

Kesungguhan usaha dan kemanisan jaya


Ramai genius-genius di luar sana yang memang sudah ‘berjaya dalam tangan’.teman-teman penulis sendiri , sudah ditarget akan mendapat mumtaz bahkan mumtaz dalam tangan.Mereka yang sangat cerdik itu tidak tahu erti kemanisan kejayaan kerana mereka memang akan berjaya tetapi kita yang terpaksa menempuh usaha , akan merasai manisanya buah-buah kejayaan itu.Pepatah inggeris ada menyebut ‘the effort is bitter but the fruit is sweet’. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.Meskipun kita sudah memang ditakdirnya untuk berjaya.teruskanlash membina usaha. Tidak rugi jika kita berusaha.

Kepada semua yang berjaya di luar sana , serta semua mahasiswa Perubatan dan seluruh mahasiswa di Mesir ini penulis ucapkan selamat berjaya dan tahniah jika ada yang sudah memperoleh kejayaan seperti mahasiswa Azhar ini.ingatlah kejayaan itu adalah perjalanan , bukan destinasi.Jalan kita masih jauh lagi untuk ditempuh.Simpanlah kejayaan itu sebagai bekalan untuk mencipta kejayaan yang lain.Janganlah terlampau enak dengan kejayaan itu dan lupa diri dan jatuh akhirnya… (pesanan buat diri). InsyaAllah … Allah bersama dengan kita .

‘Dan mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat sesungguhnya Allah bersama orang-orang bersabar’

Keputusan peperiksaan penulis?

mungkin semua sudah tahu namun penulis ingin sekali menghadiahkan keputusan ini kepada abi dan ummi yang telah banyak berkorban untuk menghantar penulis ke mesir ini.Sedih di hati tatkala menyaksikan keputusan.Hati tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran atas kurnia Allah ini.Tidak sabar-sabar mahu pulang dan tunjuk keputusan ini kepada mereka.Penulis ingin sekali melihat mereka tersenyum bangga dan ceria. Tidak mahu lagi ummi dan abi kecewa sebagaimana telah penulis kecewakan mereka sperti sebelum-sebelum ini.

Abi dan ummi, saeed tahu saeed memang bukan anak yang terbaik yang kalian ada.Saeed tahu saeed bukan pelajar terbaik azhar , saeed tahu saeed tidak berjaya mendapatg full mark tapi saeed tahu kalian gembira dengan kelahiran saeed.Saeed tahu abi dan ummi percaya saeed boleh buat yang terbaik di sini.Kepercayaan kalian benar-benar menguatkan saeed.Abi dan ummi, saeed tak boleh dan banggakan abi dan ummi macam kakak,kak da  dan abang siddiq lakukan tetapi saeed tetap ingin hadiahkan keputusan saeed ini pada kalian.Semoga kalian akan tersenyum bahagia kerana bahagia kalianlah yang membahagiakan saeed di dunia ini.Terima kasih abi dan ummi atas segalanya.

Melankolia agak berlebihan ...mohon maaf .Agak terkedu dan terharu.Apapun terima kasih Allah atas segala kurniaan ini.Kepadamu jualah aku kembalikan ucapan terima kasih ini.Dan buat kalian terimalah keputusan peperiksaan final tahun satu kuliah tibb banin Azhar 2009/2010. gambar seperti di entry yang lepas. 

Wallahua’lam


NB
-tahniah kepada 6 orang pelajar imtiyaz yang berjaya mendapat mumtaz dalam semua pelajaran.Kalian memang the best!
-tahniah buat Ilyas sebagai pelajar terbaik Azhar , tahniah buat Hamzah pelajar imtiyaz,tahniah buat farhaan dan bazil pelajar mumtaz , tahniah buat syamil dan khai pelajar jayyid jiddan dan tahniah buat Zikri yang lulus dengan baik peperiksaannya.Keep it up guys!
-doakan agar slip peperiksaan cepat keluar agar urusan biasiswa penulis dan teman-teman semua dipermudahkan
-counting days to go home…. T_T

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger