bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kenangan,kerinduan dan kesyukuran kepada Allah atas segala kenikmatan yang telah dikurniakan,penulis mulakan penulisan kali ini
tatkala rindu sudah terlalu mekar , hanya pertemuan yang diidamkan jiwa , buat kembali menyuburkan ikatan hati yang bertaut kerana Allah , tiada lain yang dipinta melainkankan untuk kembali bersama......
sengaja berpuitis sakan sebagai pemula entry ini.Sepatutnya ia ditulis dua hari lalu namun atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya berjaya disiapkan hari bersejarah ini.Penulis menulis sempena perjumpaan ringkas ahli-ahli Ikatan Lepasan SMAKL (Ikhlas) tempohari
meskipun penulis merupakan ahli yang paling kurang sumbangan dalam persatuan ini, namun ternyata ia amat bermakna bagi penulis.Tambahan pula , jika tidak bertemu kali ini maka bila lagi boleh bersua muka , meskipun kalian mungkin tidak terlalu mengharapkan pertemuan ini namun penulis segunung tinggi menyimpan cita-cita untuk bersama
gen1
pertamanya, mohon maaf kerana tidak dapat bersama Hasyimi dan Ali Foudzi ke Kelantan bagi menjemput penuntut KTD kerana ada urusan sedikit biarpun tidak jadi.Mohon maaf buat Suhaib Shafiee yang sanggup menghabiskan kreditnya menelefon penulis bertanya khabar dan memaniskan kenangan ... jika panjang umur insyaAllah kita bertemu....
gen2
keduanya , mohon maaf kerana selaku antara AJK yang bertanggungjawab, penulis gagal menjalankan tugas dengan menyediakan tempat penginapan yang lebih baik gara-gara masalah di pihak atasan.Diharapkan kalian selesa untuk menginap di surau Al-Hidayah sahaja, serta bersesak di dalam bilik warden yang cute dan kecil itu.Sungguh sedih benar hati ini bila lewat dimaklumkan kegagalan kami untuk memperoleh bilik buat antum .... biarpun bilik gerakan lama tidak digunakan sangat, kami kemaskan ia untuk antum sebenarnya
gen3
ketiga , mohon maaf kerana sebagai seorang manusia adalah amat sukar untuk memuaskan hati yang lain.Tugasan sebagai panel bagi group adik-adik form 123 bersama Faris dan Umair itu gagal dilunaskan dengan sesempurnanya.Jazakallah kepada faris yang bertindak sebagai mastermind dalam sesi itu, mungkin hubungan dengan Allah masih belum cukup kuat untuk penulis menjadi semahir Bro Azman di hadapan atau sehebat Dr Azizan di atas pentas ..... jazakallah atas pengalaman yang indah itu
kadang-kadang terasa segan pula pada antum,dengar cerita antum semua sudah banyak program yang antum kendalikan dan alhamdulillah semuanya tercapai objektif dan sasaran.Terasa kecil pula bila dibandingkan dengan antum semua , jazakallah atas pengalaman yang sungguh indah ini.
mungkin ada antara antum yang merasakan penulis agak kurang bersembang dan berbicara dengan antum, kata sahaja mahu berjumpa dan sebagainya tapi bila dah berjumpa buat endah tak endah aje.Mungkin kata-kata itu benar , jarak yang jauh benar-benar memisahkan kita, mungkin kemesraan kita sedikit berkurang namun ketahuilah kasih sayang penulis kepada antum tak pernah berkurang.
kalau dahulu, penulis bukanlah seorang malaikat mahupun pelajar paling baik di sekolah itu.Mungkin kenakalan dahulu masih berbekas di hati antara kita membuatkan kehadiran penulis sedikit pun tidak diimpikan.Penulis tahu , bukan semua ingin bertemu penulis , namun sekiranya kalian mahu mendengar ...penulis ingin sekali bertemu kalian meskipun kalian selalu memalingkan kepala tatkala penulis ingin berbicara dengan kalian.Hanya satu yang mungkin kalian patut dengar ..... ana mohon maaf
still in old blue uniform
apapun,meski penulis dan beberapa rakan lain sekadar ingin mengajak antum berbuka puasa bersama-sama dan bersama-sama adik-adik SMAKL hinggalah bertukar menjadi program motivasi bersama adik-adik...alhamdulillah, Allah masih melapangkan jiwa-jiwa kita untuk turun menebarkan benih-benih tarbiyyah dan dakwah di mana sahaja kita berada ...... jazakallah buat yang sudi untuk turun, meski bukan untuk bertemu penulis , niat kerana Allah sahaja sudah cukup memadai
finally, jazakallah buat semua.Hanya kesyukuran sahaja yang mampu dipanjatkan kepada ilahi kerana mengizinkan antum semua untuk turun ke SMAKL dan mengizinkan kita semua bertemu didalam kasihNya. Hanya dengan kalian sahaja hati-hati kita kuat kerana diikat dengan taliAllah yang kukuh dan teguh.Siapalah penulis tanpa kalian dan siapalah kita tanpa Kasih Allah....meskipun begitu penulis masih berdoa agar Allah membolehkan kita bertemu lagi sebelum penulis berangkat kembali ke tanah anbiyak.Hanya doa kalian yang penulis harapkan.Jazakumullahukhairan Kathira'
dan tidaklah kami perintahkan kamu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan IKHLAS dan untuk agamanya
wallahua'lam
1 comments:
saeed, ana tak leh bilang lah brapa banyak enta tulis perkataan MAAF tue.....
spatutny sume ahli IKHLAS kena mintak maaf ngan enta, bukan enta yg kena mintak maaf.... ish, tak patut2.
enta tak tak tau blkg2 depa ngumpat enta.... (eh, takde2, just a joke)
emmm,kita ibarat jejari di tangan, mungkin Saeed adalh telunjuk, ana adalah kelingkingnya dan masing2 dgn posisinya... tapi dengan tangan itulah kita bersama2 akan menggemgam seerat2nya tanggungjwb Daie ilallah.... (eh, ana serius ni..)
wallahua'lam..
" kemanisan islam lahir dr kemanisan tarbiyah dan kemanisan tarbiyah itu akan lahir drpd penyerahan hati secara total untuk ditarbiyah"
Post a Comment