bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.
dengan tidak punya apa-apa kekuatan melainkan yang Allah pinjamkan penulis mulakan catatan kali ini
sudah cukup separuh Ramadhan berlalu tanpa menanti kita walau sesaat mengikut peredaran masa yang pantas meniti , adakah amal kita separuh atau penuh
kita tidak pernah tahu adakah puasa kita selama ini diterima oleh... kita menahan lapar dahaga, kita mengekang nafsu dan hati kita , namun apakah cukp berharga untuk Allah membalasnya dengan pahala
adakah kita tidak tahu bahawa puasa itu bukan suatu ukuran... ianya untuk Allah dan Allah sahaja yang membalasnya , bukan kuasa manusia menghukum salah mereka yang tidak berpuasa , memang bukan hak manusia memberi hukuman
adakalanya kita pantas bergerak dalam diam kita duduk , hati menerawang jauh mencari ilusi yang tak mungkin tercapai dek akal yang waras , gugur pahala yang mahal itu kerana hati yang berbolak-balik itu dituruti , hawa nafsu yang durjana itu dikawani
adakah kita sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan, cukupkah amal kita selama ini untuk kita menempuh 11 bulan berikutnya
mungkin kita terlupa Allah sentiasa memerhatikan kita, mungkin kita leka bahawa Allah tak henti menilai diri kita...teruskanlah dengan ibadahmu, jangan biar Allah jijik melihat kita.. sudahlah pahalanya sangat kurang, dosa kering makin bergantang-gantang
separuh akhir ramadhan ini , iftar d i CFSiium tak bisa dihadiri , jemputan ke kelantan juga terpaksa dihindari ... ada tanggungjawab disini yang perlu dilunas... bukan malas kerana malas, tetapi malas kerana tidak mahu.. sudikah memaksa pada yang tidak rela
separuh?
apakah seperti separuh bulan di tengah purnama?
atau separuh mentari di langit senja?
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment