life as it is

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

'hidup sebagaimana yang anda tentukan , maka fikirlah sendiri'



penulis suka sekali dengan ungkapan di atas.Ia diucapkan oleh seorang teman penulis ketika di SMAKL dahulu dan masih terngiang-ngiang di telinga penulis cara dia mengucapkannya.Benarkah hidup ini kita yang tentukan?

dua tiga hari ini sakit seringkali menjengah menyebabkan hidup menjadi tidak keruan.Habis segala amal menjadi tergencdala hanya kerana pening kepala yang tidak henti-henti.Ditambah pula dengan selsema yang tidak mahu surut ini membeuatkan diri menjadi makin tertekan.Study setiap malam menjadi terganggu dan hidup pula semakin huru-hara.

namun percayalah bahawa sakit susah dan payah itu semuanya adalah nikmat yang tidak semua dapat rasai dan sebagai hamba yang tahu erti dan maksud syukur , kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku itu adalah suatu ketentuan yang tidak pernah dijadikan untuk mendatangkan mudharat kepada kita bahkan ia merupakan didikan yang langsung daripada Pencipta.

Ust Sufian : Ana tengok anta macam tak sihat je
penulis : haah ustaz, uhuk uhuk , ana tak sihat , sakit kepala, sakit perut , selsema , pening ...macam nak demam pun ada
ust sufian : ana rasa anta ni kurang bersenamlaa....selalu sangat membaca, kan tubuh kita perlukan sukan jugak
penulis : adoiii..tak laratlaa ustaz, ana tak suka sangat main-main bola ni
ust sufian : jogging pun boleh
penulis : mengangguk

insiden ini berlaku kepada penulis ketika tingkatan 3.Sejurus selepas perbualan ini najmi selaku ketua asrama terus mengarahkan penulis masuk ke bilik dan berehat daripada amal jamaie dan keesokan harinya penulis terpaksa di bawa ke klinik dan terus dihantar pulang ke rumah kerana demam yang sangat teruk dan terpaksa ponteng kelas beberapa hari semuanya kerana tidak tahu bagaiman menguruskan kehidupan.Mengabaikan tanggungjawab terhadap sesetengah hak.

bila belajar perubatan ini , rasa macam jadi makin tak tahu , sebab apa? sebab kita belajar tentang Tuhan dan takkan ada sesiapa pun yang tahu macam mana rupa tuhan tu.Besar kah , kecilkah , tinggi kah atau apa-apa jelah.Dalam kelas meskipun selalu sahaja dapat 'good, you right' tetapi makin banyak diajar makin kecil rasanya.Ditambah lagi doasa-dosa yang membuak-buak dilakukan oleh tangan kecil ini.

sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum di antara kamu sehinggalah kaum ini mengubah nasib mereka sendiri.

itulah resmi hidup yang sebenar.Diciptakan lengkap dengan tangan , kaki dan akal fikiran yang bersih adalah untuk memastikan diri kta sentiasa berada di atas landasan yang benar bukan untuk bertindak memenuhi kehendak dan kemahuan diri sendiri.Berfikir untuk menjadi sesorang yang tahu akan hak dan tanggungjawabnya kepada Allah adalah tugasan bukan pilihan yang ada di tangan kita.Kita mesti menjadi seorang yang betul dan bagus

marwan : Saeed, ko tolong aku untuk PSMB esok bleh tak?
penulis : kerja apa marwan?
marwan : sikit je , sambut VIP atau tolong mc jadi proggrammer
penulis : marwan , layak ke orang macam ana ni jadi...ana tak retilah nak buat semua tu
marwan : kau ni suma bende aku mintak tolong suma kau tak reti
marwan : nilah masanya kau nak belajar

hidup untuk belajar itu yang lebih pasti.Belajar daripada kehidupan kerana kehidupan adalah guru yang terbaik.Namun begitu hidup itu adalah untuk mencari keredhaan tuhan dan tanpanya sia-sialah kita menadah waktu esok di dunia ini.That's life as it is.

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger