hepatitis A

bismillahirrahamnirrahim
assalamualaikum w.b.t.



Hepatitis A merupakan sejenis penyakit berjangkit. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu kepada sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan. Sebahagian besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit ringan lazimnya di kalangan kanak-kanak.
Hepatitis A jarang menyebabkan kematian dan mempunyai kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku kepada pesakit tua yang mendapat penyakit ini dengan mendadak. Virus hepatitis A tersebar melalui saluran najis, mulut  serta saluran penghadaman. Kerang,tiram dan kima (siput besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.
Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada demam kepialu. Kematian akibat hepatitis A dilaporkan lebih dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 tahun dan meningkat hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun. Kajian yang dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada penduduk Malaysia di bawah usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A.

populasi taburan pesakit hep A

Antara simptom penyakit ini adalah kencing berwarna gelap,loya, demam, mudah penat,hilang selera makan, muntah dan sakit perut.Jaundice ataupun warna kekuningan pada mata akan kelihatan sebagai tanda. Diagnosis penyakit ini dilakukan dengan mengambil bacaan antibodi yang bertndak terhadap virus penyakit ini (IgM anti HAV).Ini merupakan petanda besar bagi penyakit ini positif dihidapi.Penyakit ini bersifat sepanjang hayat.Sekali sahaja anda akan menghidap penyakit ini kerana tubuh anda sudah mempunyai antibodi terhadap virus ini.

Rawatan bagi penyakit ini masih belum ditemui.Kebiasaannya pesakit akan diminta berehat sepenuhnya dan dikuarantinkan untuk sementara waktu.memandangkan penyakit ini berjangkit melalui mulut dan najis, pesakit diminta untuk diasingkan bekas makanan dan jika keadaan kronik pesakit diminta menggunakan lapik khusus sewaktu menggunakan tandas.Selain ini pesakit juga diminta untuk mengurangkan makanan berlemak, berprotein dan berminyak dan pesakit dinasihatkan untuk banyak makan buah-buahan , minum madu dan banyakkan minum air untuk terus kekal haidrasi.

mengapakah penulis bercerita panjang mengenai penyakit ini? Kerana penulis sudah seminggu terlantar tidak bermaya di atas katil kerana menghidap penyakit ini.Kata teman-teman,kita akan menjadi pakar dalam sesuatu penyakit bila kita menghidapnya....tapi penulis sendiri pun masih belum banyak tahu pasal penyakit ini yang insyaAllah akan dipelajari pada tahun 4 akan datang dalam round community medicine.Tak sabar-sabar rasanya.

Sakit dan susah itu sebenarnya merupakan satu nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai ujian keimanan buat kita sebagai hambanya.Jika diimbas balik insiden sebelum terkena penyakit ini,terlalu banyak muhasabah yang boleh dibuat.Fakulti insan yang terdri daripada tiga komponen, aqli, ruhi dan jasadi yang mana kesemua mereka memerlukan makanan yang khusus dan seimbang daripada manusia.Tidak membekalkan keperluan yang cukup boleh menyebabkan berlakunya masalah mahupun komplikasi yang teruk.Mungkin terlalu kuat menelaah membuatkan tubuh ini kurang dijaga hinggalah Allah membalas kekhilafan hambanya.
sebenarnya tubuh badan kita sangat berkait rapat dengan psikologi dan pemikiran kita.Sekiranya kita berasakan bahawa kita menghidap sakit jantung berdasarkan beberapa pengalaman yang ada , maka kita akan cepat-cepat pergi berjumpa doktor sedangkan doktor tidak menemui sebarang tanda-tanda mahupun simptom-simptom sakit jantung.Imuniti bdan juga banyak bergantung pada emosi kita .teringat satu tweet ukhti Husna Sani 'depression increase immunity,happiness increase it'.Mungkin terlalu memikirkan pasal tuang kelas untuk menghadiri program Zakat di iskandariah menyebabkan emosi penulis terganggu.Terlalu memikirkan terpaksa ponteng kelas dua hari mengakibatkan penulis tidak hadir seminggu.

Allah sahajalah yang memberikan kesihatan kepada kita .maka wajiblah kita meminta pertolongan dan keampunan daripadanya.Sakit itu penghapus dosa.Setiap kali muntah mahupun sakit perut penulis sentiasa rasakan betapa banyaknya dosa-dosa yang dilakukan dan itulah kifarah Allah atas setiap kesalahan yang dilakukan.Meskipun terpaksa pergi hingga 3 hospital dan terpaksa membelanjakan hampir 200 geneh untuk kos rawatan .ubatan dan sebagainya Penulis berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur penulis hingga ke hari ini.

jazakallah buat semua yang datang menolong,berziarah dan mendoakan kesejahteraan penulis.Semenjak beroleh surat cuti sebulan daripada doktor , mula-mula terfikir nak balik tapi bila kesihatan pun dah bertambah baik, tak jadi pula.Lebih-lebih lagi mengenangkan betapa banyaknya pelajaran yang tertinggal seperti glycogenolysis, cranial cavity , signal transmission, metabolism, countercurrent system, gluconeogenesis dan sebagainya.Memandang penyakit ini sangat mudah berjangkit dan teman-teman lain berhak untuk terus kekal sihat maka terpaksalah penulis menjadi masked raider ke kuliah bersama mask dan spek mata hitam.

apapun terima kasih sekali lagi kepada semuanya yang membantu dan kepada semuanya yang datang ziarah dan kepada semuanya yang mendoakan penulis sehingga masih mampu bernafas hingga ke saat ini.Jazakumullah.Ingat dua perkara  yang selalu kita abaikan dan kita hanya akan tahu kepentingannya tatkala ia hilang.Nikmat sihat dan masa lapang.Jaga kesihatan anda kerana anda adalah doktor yang terbaik untuk tubuh dan diri anda.Wallahua'lam
NB
-looking forward to write 2 post more
-hari cuti ini, masih gagal untuk membuka dan mengulang kaji pelajaran
-fisr free day at home ..sangat gembira
-sila berhati-hati , saya hampir kecopetan tempohari

10 comments:

c's said...

err.. tahukah anda penyakit kelamin tu bermaksud sexual transmitted diseased (STD) kalau Hep B ye.. tapi Hep A adalah food borne atau water borne disease senang cerita nya keracunan makanan..

http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_A

bagaimana boleh dapat Hep A yang dikatakan penyakit kelamin jika tiada sexual contact, atau blood transfusion?

ke sebab tgk wiki melayu http://ms.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_A ni?

http://translate.google.com/#

n fhmkan juga mksd video tu apabila dia kata transmitted faeco orally

check sini lg mudah kot.. sng cite die sebenarnya penyakit berjangkit tp bukan penyakit kelamin.
aih wiki ni nak kena ban ke apa.. jauh sgt mksd

bende ni nanti dlm microb, patho akan belajar~

wallahua3lam

c's said...

*sini mksdnye google translate

apa pun, syafakallah

^^

saza s said...

kepada kak c's

sbnrnya memang ana copy dr wiki melau dan ana sebenarnya doubt jugak pasal maksud penyakit kelamin tu sebab sepanjang ana baca buku forth year dia cakap oral faecal tranmitted shja

tapi sebab ana ni baru lagi ... jadi ingat betollah

apapun jazakillah tegur ...tak nak sebarkan maklumat yang salah pada orang lain

gambatte

c's said...

sama2 belajar~ kalau akak jadi awak pun, dah cuak dah dia cakap penyakit kelamin.. dan mungkin akan recheck balik kamus betul ke kelamin tu maksud melayunya yang selama ni kita faham.. cth hati tu rasanya nak maksudkan heart, tapi jadi liver.. :D

wiki bes utk study outbreak atau sejarah sesuatu penyakit, esp microb .. sebab kita tahu bila outbreak n macam2 mitos yg timbul disebalik sst penyakit cth http://en.wikipedia.org/wiki/Plague_(disease)


anyway, doakan kami thn 4 ye ^^

Nuha Hashim said...

semoga Allah kuatkan..dapat khabar sekitar seminggu yang lalu tapi tak berkesempatan untuk mengucapkan sesuatu..

jadi, memadai di sini untuk hasna' titipkan sesuatu buat sahabat di sana;

semoga saeed kuat kerana jiwa mukmin sentiasa kuat. Allah menguji dan terus menguji semata memberi peluang terbesar kepada kita untuk merasai manisnya iman lantaran merasai dekatnya Allah dalam sujud doanya..

hasna' tahu saeed kuat untuk membina kekuatan pada hari esok..

^_^

semoga sentiasa mumtaz..

saza s said...

kepada kak c's

masih belajar dan insyaAllah akan terus belajar

terima kasih atas tunjuk ajar

gambatte kudasai untuk tahun 4
(katenya thn 4 ni tahun honeymoon)

saza s said...

kepada lurv4Allah

insyaAllah , Allah kuatkan kita semua.lama sekali tak dengar khabar , sekadar menjenguk di laman sesawang sahaja.

insyaAllah , bertambah baik , dengan jagaan ahli bait dan shbt2 di sini

sentiasalah ingat Allah kerana insyaAllah kita akan rasa selamat

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

syafakallahu wa 3afaaka...

saza s said...

kepada Abdul Haliim MRARSRS

allahuyashfik
jazakallah

saza s said...

kepada armouris
terima kasih atas pautan
really appreciate it

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger